Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 Mei 2016

KHASIAT BUAH KURMA, KELEBIHAN SERTA MANFAATNYA KEPADA KESIHATAN BADAN

KHASIAT BUAH KURMA, KELEBIHAN SERTA MANFAATNYA KEPADA KESIHATAN |

Hai.. Sudah semestinya semua tahu bahawa Buah Kurma atau Buah Tamar ini adalah antara makanan Sunnah Nabi selain Madu, Minyak Zaitun, Buah Tin, Delima (Jus) dan Susu Kambing.. teman sukakan semuanya.. dan teman memang sedang mengamalkannya tapi bukanlah setiap hari, cuma pasti akan makan salah satunya setiap hari dalam seminggu.. dan Buah Kurma adalah pilihan teman kalau time-time berbuka puasa atau time perut kosong.. minum dengan susu pun sedap tau.. kurma pilihan teman ialah kurma Mariami tu.. sebab tekak teman boleh terima. mungkin sebab kurang manis kot.. huhu.. tapi lama-lama makan, ada jugak lah rasa manisnya.. manis-manis kurma.. heee..

Ok lah.. nak kongsikan sikit tentang Khasiat Buah Kurma, Kelebihan Serta Manfaatnya Kepada Kesihatan Badan Kita.. mungkin ada yang just makan aje.. tapi tak tahu apa kelebihan dan manfaatnya pada tubuh badan kita.. Sp.. Jom baca info kat bawah ni..

Buah kurma atau tamar mempunyai pelbagai khasiat serta memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan. Berikut disenaraikan beberapa khasiat buah kurma yang memberi manfaat kepada pelbagai aspek kesihatan badan kita. 

Serat makanan
Kurma (kulitnya) kaya dengan serat dan boleh meredakan sembelit dan membersihkan usus besar. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, lalu mempermudahkan pembuangan air besar.

Untuk meredakan Sembelit, rendam kurma semalaman dan ambilnya bersama-sama dengan air.

Penyakit jantung 
Kurma adalah rendah kalori, sangat rendah lemak dan tiada kolesterol. Ia menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan menyerap semua kolesterol daripada arteri. Kelebihan-kelebihan ini menjadikan kurma sangat sesuai untuk dijadikan snek bagi pesakit jantung. 

Berat badan 
Hakikat bahawa kurma tinggi dengan serat dan merupakan sumber tenaga yang baik, menjadikan mereka sempurna untuk diet penurunan berat badan. Kurma menghilangkan rasa lapar dan mengekang nafsu makan. 

Kesihatan tulang 
Kurma juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi, yang boleh meningkatkan kesihatan tulang. Jadi, ia adalah makanan yang sihat, yang boleh mencegah osteoporosis dan artritis.

Meningkatkan hemoglobin 
Wanita berisiko tinggi menghidapi anemia, jadi masukkan kurma dalam diet anda untuk meningkatkan tahap hemoglobin anda. Kurma adalah sumber yang kaya dengan zat besi, yang meningkatkan pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan peredaran darah. 

Mencegah serangan stroke / angin ahmar  
Kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke disebabkan tingginya kandungan kalium. Kajian menunjukkan pengambilan kalium dapat menjaga dinding pembuluh darah supaya kekal elastik dan berfungsi tidak mudah rosak akibat tekanan darah. 

Antioksidan 
Antioksidan dan asid amino yang ada di dalam kurma, dapat membantu badan dengan meningkatkan kesihatan jantung, penghadaman, dan penjagaan kulit. Antioksidan dan serat larut dan tidak larut membantu meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan. 

Stor tenaga 
Kurma juga gudang tenaga atau powerbank. Glukosa dan fruktosa yang terdapat dalam kurma adalah sumber tenaga yang baik pada hari yang memenatkan. 

Penjagaan rambut
Masalah rambut seperti hujung bercabang, rambut kusam dan rambut yang rosak adalah sebahagian daripada masalah harian kita. Vitamin B, yang hadir dalam kurma membantu mencegah masalah rambut itu. 

Keguguran rambut 
Vitamin B5 adalah baik untuk rambut. Tetapi, kurma juga membantu menguatkan rambut pada kulit kepala dan membantu menyuburkan rambut dari akar ke hujung. 

Radikal bebas 
Vitamin B5 kurma dan asid amino membantu melawan radikal bebas, sekali gus meningkatkan arteri dan membaiki sel-sel rosak. 

Penjagaan kulit
Kurma mengandungi vitamin A, yang bagus untuk kulit. Vitamin A dan B5 adalah kunci untuk menyegarkan kembali kulit. Jadi, kurma adalah baik untuk penjagaan kulit. 

Note from me : Hemm.. rasanya sejak teman amalkan makan kurma ni, jerawat susah sikit nak tumbuh.. adakah ia berkaitan ye? hehehe.. cubalah..

Wanita hamil dan selepas bersalin 
Buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Sangat sesuai untuk wanita mengandung dan boleh membantu memulihkan para ibu yang dalam keadaan lemah selepas bersalin. Zat besi dan kalsium juga adalah unsur yang paling penting bagi pembentukan susu ibu.

Note from me : Haaa.. yang ni teman ada baca tips kawan teman yang dah mempunyai anak, katanya untuk meningkatkan susu badan seterusnya memeriahkan susu badan, Blend kan kurma sebanyak 7 biji bersama satu jug Horlick pastu minum lah.. rasanya sedap... InsyaAllah, susu akan serta merta meriah kalau rajin amalkannya.. 

Secara keseluruhannya apa yang membuatkan kurma sangat baik untuk kesihatan adalah kandungan vitamin, mineral dan seratnya. Kurma mengandungi vitamin A, B, E, K, niasin dan thiamine dan mineral seperti zat besi, potassium, selenium, magnesium, fosforus dan kuprum, yang merangsang dan meningkatkan tahap kesihatan badan kita.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

2 ulasan:

  1. Ena selalu buat goat milk shake dengan kurma.. Memang rasa bertenaga je sepanjang hari time puasa

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers