RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK SEDAP DAN MUDAH
Rendang dengan raya tak boleh nak dipisahkan. Kalau raya takde rendang rasa tak bestkan. Rendang Ayam Pedas Perak ni sesuai untuk mereka yang suka makan makanan pedas. Rugi kalau tak cuba resepi ni tau...
Resepi Rendang Ayam Pedas Perak
Nota: Resepi rendang ni langsung tidak menggunakan minyak masak. Hanya menggunakan santan. Minyak yang terhasil adalah dari santan sebab kita masak rendang ini sehingga kering & lama.
Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)
2) 15 biji bawang merah (di racik halus)
3) 13 biji bawang kecil (di racik halus)
4) 5 biji bawang putih (di racik halus)
5) 12g kunyit hidup (di blender)
6) 80g halia tua (di racik halus)
7) 33g lengkuas (di blender)
8) 4 helai daun limau purut (racik halus)
9) 8 batang serai (racik halus)
10) Gula melaka secukup rasa
11) 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yang di inginkan)
12) 2 helai daun kunyit (di racik halus)
13) 1kg santan
14) 90g kerisik
15) Garam secukup rasa
Cara-caranya:
1) Masukkan ayam yang telah di cuci bersih ke dalam kuali.
2) Masukkan semua sekali bahan yang di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia & serai yang di racik halus-halus. Masukkan juga bahan yang di blender iaitu cili boh, lengkuas & kunyit hidup. Dan masukkan kesemua santan. Masak dalam api yang sederhana sahaja. Kacau selalu untuk mengelakkan hangit. Tutupkan kuali dengan penutup sesekali bukakan penutup dan kacau.
3) Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahankan api guna api yang paling perlahan dan masukkan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang diracik halus & kerisik tunggu lagi dalam 30 minit - 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2jam - 3jam bergantung kepada portion yang kita masak. Kalau nak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.
4) Akhir sekali masuk daun kunyit yang di racik halus. Kacau sehingga sebati. Dan boleh ditutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula cuma tambah sedikit air dan jangan guna minyak masak.
NOTA : Rendang yang bahannya di blender & di racik halus akan memberi kelainan dari segi rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis.
Sumber : #FaidhatulArfahAhmad
Sedapnya rendang ayam. Tengah tak sihat tengok makanan rasa teringin pulak. Pandai tb masak
BalasPadamhai kak tenku butang.. amboiii kemain lagi ye msk rendang sehh.. hehhe kite pndai makan je..heheh
BalasPadamwaduh ni yg terasa2 nk bt rendang jgk nih.... terbau2 harum nya rendang ngn daun kunyit tuh
BalasPadam