Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

16 Februari 2026

Resepi Chicken Perattal

Resepi Chicken Perattal

Resepi Chicken Perattal


Kalau masak Chicken Perattal ni, jiran-jiran confirm tegur. Wangi & bau sedap mcm dekat restoran.


CARA MASAK AYAM PERATTAL @ CHICKEN
PERATTAL


BAHAN-BAHAN:
3 keping ayam paha penuh (whole leg) –
potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika suka @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa


BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari


Klik disini untuk resipi penuh:


CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.

2. Panaskan minyak kelapa. Kalau xde blh je
guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap
utk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah
pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.

3. Tambahkan juga daun kari.

4. Dan juga bahan kisar tadi.

5. Masukkan sedikit air dari blender kisaran.
Tumis sampai pecah minyak.

6. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam
dan serbuk kunyit.

7. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.

8. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam /
daging.

9. Kacau sebati dan masukkan garam dengan
secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan
api sederhana. Kacau sekali sekala.

10. Empunya resipi tidak masukkan air. Lepas
15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri
dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau
kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml
sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari,
segala serbuk kena tambah).

11. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati
dan biar masak selama 5 minit lagi.

12. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan.




Kredit resipi & foto: Sheena Supramaniam

Resepi Nasi Ayam Penyet Original

Resepi Nasi Ayam Penyet Original

Resepi Nasi Ayam Penyet Original



Bahan – bahan:

Rebusan ayam:

1 ekor ayam besar (potong, cuci dan ditoskan dahulu)

Daun salam / Bayleaf

Serai dititik

Garam secukup rasa

Serbuk pati ayam (jika suka)

Bawang merah*

Sedikit halia*

Sedikit kunyit hidup*

Sedikit lengkuas*

Bahan bertanda (*) dikisar terlebih dahulu

Bahan goreng untuk Ayam goreng, tempeh dan tauhu:




1 cawan tepung beras

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil jintan manis tumbuk

1 sudu kecil jintan putih tumbuk

1 sudu kecil serbuk kunyit

Lada hitam hancur sedikit

Garam secukup rasa

Serbuk pati ayam (jika suka)

(Satukan kesemua bahan)

Sambal penyet:




Lada merah & hijau

Cili padi merah & hijau (ikut kepedasan masing – masing)

Bawang merah kecil

Tomato dibelah 4

Belacan

Garam

Gula melaka

Sedikit jus limau kasturi

Sup ayam:




3-4 ulas bawang putih

Sedikit biji lada sulah

Kisar halus

Garam

Kiub ayam

Daun sup

Bawang goreng

Cara – cara memasak:

Rebusan ayam:




Panaskan minyak, masukkan serai, daun salam dan bahan kisar.

Tumis sehingga naik bau.

Masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam.

Biarkan ayam masak.

Ayam goreng, tauhu dan tempeh:




Apabila ayam sudah masak (pada rebusan ayam), angkat dan toskan.

Celupkan ayam dalam bancuhan tepung dan goreng garing.

Kemudian, ambil anak lesung dan lenyekkan ayam.

Untuk tauhu dan tempeh, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.

Sambal penyet:




Goreng kesemua bahan dengan minyak sehingga layu dan naik bau.

Kemudian, masukkan ke dalam mesin kisar dan tambahkan sedikit air.

Kisar kasar bersama ikan bilis goreng yang telah goreng terlebih dahulu.

Tambahkan lagi minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.

Perasakan bersama garam dan gula melaka serta jus limau kasturi.

Kacau rata dan biarkan seketika sehingga terbit minyaknya.

Sup ayam:




Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga naik bau.

Masukkan air secukupnya dan boleh tambahkan isi ayam jika mahu.

Perasakan bersama garam dan kiub ayam dan biar mendidih.

Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Siap!

Hidangkan bersama nasi putih!




Kredit: Laila Aznam


RESEPI CHAR KUEY TEOW!

 RESEPI CHAR KUEY TEOW!

RESEPI CHAR KUEY TEOW!

Kalau ada cili jeruk lagi sedap musim kerang sekarang isi dia penuh2..resepi dibawah..paling ringkas & mudah cara saya masak..hidangan dibawah saya masak setiap pinggan berasingan..

Bahan-bahan
1. Kuey teow (cuci toskan)
2. Cili kering & bawang besar (diblend)
(Bahan² tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram)
3. Bawang putih ketok²..
4. Taugeh & kucai
5. Telor..
6. Udang direbus (asingkan air)
7. Kerang (direbus)

Cara penyediaan
Panaskn kuali, masukkan minyak..(minyak lebih sikit ye,supaya masukkn telor nt kuey teow x batat) kuey teow & minyak diorang ni friend forever... tumis bawang putih,masukkan udang,cili diblend 3 sudu besar,(1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat,) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau2..masukkan air rebusan udang pecahkan telor kacau2 sebatikan, masukkan kerang,kuey teow,taugeh&kucai siap..pastikan guna api yang besar ye..selamat mencuba



Kredit muhammad Abdullah



Resepi Spaghetti Carbonara

 Resepi Spaghetti Carbonara

Resepi Spaghetti Carbonara



Bahan sos:
1 biji bawang besar Holland cincang
5 ulas bwg putih cincang
5 btg sosej
1 tin cendawan
2 tin sos cendawan carbonara Prego
1 liter susu segar
Lada hitam
Oregano flakes


Caranya:
1. Tumiskan bawang besar & bwg putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan.
5. Tuangkan susu. Perasakan dgn garam...siappp.
6. Spaghetti mcm biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.
* nak lg sedap tambah isi udang... nyum2!!

Resepi Sambal Hijau Ayam dan Petai

 

Resepi Sambal Hijau Ayam & Petai

Resepi Sambal Hijau Ayam & Petai


Bahan 
Ayam 1/2 ekor
Petai (ikut suka nk letak bnyk ke sikit)
*Bawang besar 1 biji
*Bawang putih 5 ulas
*Cili api 15 biji ( kalau nk.pedas tambah lebih)
*Cili hijau 3 biji
Kiub pati ayam knoor 1
Garam n gula sedikit
*klu nk.letak belacan sikit pn boleh

Cara 
Basuh ayam dan toskan, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dn garam
Goreng ayam separa masak
Blender bahan yg bertanda *
Minyak lebihan yg goreng ayam tadi tumiskan bahan yg bertanda *
Da agak garing masukkan petai dn kiub pati ayam
Masukkan ayam dan gaul sebati
Perasakan dgn garam dan gula sedikit
Siap boleh angkat

Resepi ayam masak lemak cili padi

 Resepi ayam masak lemak cili padi

Resepi ayam masak lemak cili padi


Ayam 1 ekor

Bahan diblend kasar/ditumbuk
Bawang merah 5 ulas
Cili hidup merah 8 tangkai
Cili padi hijau 15 tangkai(kalau xtahan pedas 7 tangkai pun okey)
Kunyi hidup agk agk setengah inci
Garam

Santan pekat setengah cawan
Santan cair 1 cawan
(guna santan fresh baru sedap tp klau xdan,santan kotak pn xpa)


Cara masak
Tumis minyak dengan bahan yg ditumbuk . Masukkan ayam potato dan santan cair .kacau dengan api perlahan smpai mendidih.lpas mendidih masukkan santan pekat.tggu smpai mendidih lagi sekali.masukkan tomato dn tabur daun kunyit.klau pekat sgt.tambah air ikut selera masing masing

RESEPI MEE GORENG BASAH

RESEPI MEE GORENG BASAH




Bahan

Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos...
Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos..
Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos
Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos..
tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6 ..
Cili kisar 4sudu besar..
Sos cili 5sudu besar..
Sos tiram 1sudu besar..
Sos ikan 1sudu besar..
kicap pekat 1sudu besar..
Kicap manis 5sudu besar..
Kicap mee 2sudu besar..
air putih 1cawan kecil...
Minyak masak 2sudu besar untuk menumis...
Bahan2 tumbuk
Cili api 10biji
bwg putih 3ulas...
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat...

Cara
Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar..
Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..
masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..
Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap
Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup..




Kredit : @Ieda Roslida


AYAM PADPHEK (Masakan Thai Original)

 AYAM PADPHEK


AYAM PADPHEK ( Masakan Thai Original )


Bahan blend
Kunyit Hidup - 3
Bawang Merah - 4 Biji
Bawang Putih - 4 Biji
Serai - 2 Batang
Daun Limau Purut - 4 Helai ( blend )
Daun Limau Purut - 3 Helai ( Potong )
Lada kering - 1 Biji
Cili api - 5
Halia
Belacan
Asam keping - 1 ( Masa Tumis )

Bahan Perap
Ayam
Kunyit
Selain Ayam bahan2 diatas boleh diolah pelbagai lauk Ikan Keli,Sotong,Udang.

Cara - Cara
1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan.
2.Panaskan minyak ( minyak lebih lagi sedap ) masukkan bahan2 blend tumis sampai wangi.
3.Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan Daun Limau Purut tumis sampai Daun Limau Purut layu dan sedia untuk dimakan ( Tunggu berbuka yer )
4.Anak2 yang tak makan pedas boleh asingkan lauk yang dah masak letakkan cili api ( tumbuk ) kemudian..



Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

 Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

Bahan-bahan :-
-Ketam
-1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg)
-10 keping Daun limau purut
-Daun Ketumbar
-Cili api (saya tak guna pun)
-Bawang Merah blend
-Bawang Putih blend
-Halia blend
-Asam Keping
-2 Sudu Serbuk Kari
-3 Sudu Cili Giling
-2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi)
-Gula & Garam sedikit

Cara Memasak :-
-Rebus ketam
-Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti
-Panaskan minyak
-Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau
-Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.
-Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana
-Masukkan asam keping, gula dan garam.
-Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
-Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati
-Enjoyyy





Kredit Resepi : mahfuzah amin





PELBAGAI RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

 

SPAGHETTI CARBONARA

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA


Resepi Spaghetti Carbonara cara saya (utk 2-3 orang makan)


Bahan-bahan;
- Spaghetti secukupnya (saya pakai angel hair punya. Jenama Prego)
- Olive oil secukupnya
- Bawang putih (potong dadu)
- Bawang holland (potong dadu)
- Udang (buang kulit)
- Cendawan butang dlm tin (buang air dlm tin tu) / cendawan shiitake (tak kisah memana, potong hiris)
- 1 kotak kecik whipping cream (xkisah apa jenama, saya pakai anchor)
- 1/2 kotak kecik susu full cream (xkisah apa jenama, saya pakai dutchlady)
- Mozarella cheese parut (ikut suka nak ltk bape banyak)
- Blackpepper Aji-Shio


Bahan-bahan hiasan;
- Chilli Flakes McCormick
- Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh je pilih mana 1 nak pakai)
Cara-caranya;
1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Ltk tepi dulu.
2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih & holland sampai naik bau.
3. Masukkan udang dan cendawan yg dah dihiris.
4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
5. Perasakan garam & secukup rasa.
6. Letak blackpepper.
7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
8. Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dgn chilli flakes & parsley leaves
Sumber : Eka




Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan;
- Spaghetti secukupnya (saya pakai angel hair punya. Jenama Prego)
- Olive oil secukupnya
- Bawang putih (potong dadu)
- Bawang holland (potong dadu)
- Udang (buang kulit)
- Cendawan butang dlm tin (buang air dlm tin tu) / cendawan shiitake (tak kisah memana, potong hiris)
- 1 kotak kecik whipping cream (xkisah apa jenama, saya pakai anchor)
- 1/2 kotak kecik susu full cream (xkisah apa jenama, saya pakai dutchlady)
- Mozarella cheese parut (ikut suka nak ltk bape banyak)
- Blackpepper Aji-Shio
Bahan-bahan hiasan;
- Chilli Flakes McCormick
- Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh je pilih mana 1 nak pakai)
Cara-caranya;
1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Ltk tepi dulu.
2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih & holland sampai naik bau.
3. Masukkan udang dan cendawan yg dah dihiris.
4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
5. Perasakan garam & secukup rasa.
6. Letak blackpepper.
7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
8. Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dgn chilli flakes & parsley leaves



Resepi Sotong Masak Ala Thai

 Resepi Sotong Masak Ala Thaiii

Resepi Sotong Masak Ala Thaiii


Bahan :
Sotong
Kacang Panjang
Cili Padi Merah
Bwg Merah-mayang
Serai-1 (hiris serong)
Daun Limau Purut -4/5 helai
Serbuk Lada Hitam- sikit
Sos Ikan -Renjis ikut suka
Serbuk Kunyit
Mushroom Seasoning- optional


Bahan Kisar:
4-5 btg cili merah
4-5 btg cili hijau
1 labu bwg merah
3 ulas bwg putih
Belacan
Sedikit air


Cara:

1) Panas minyak, tumis kan bahan kisar tadi. Tumis smpai pecah minyak sket.
2) Masuk sotong yg da dicuci bersih. Biar smpai sotong masak.
3) Masuk lada hitam, campak serbuk kunyit sket, mushroom seasoning (optional), sos ikan, gula, garam ke etc.
4) Lastly, masuk cili padi, serai,daun limau purut, kacang panjang.
5) Gaul smpai masak. Setel.
*Sy suka bau daun ketumbar, so apa2 masakan sy mmg tabur daun ketumbar hihi
*Klu nk sotong tu kekal gemok and x kecut, rebus dlu kejap 5 min dgn 3-4 keping asam keping. Sotong dlm pic ni sy rebus dlu cmtu. Sbb nk bg dia kekal gemok tanak kecut. Hihi.




Sumber : Wan Wani


Sotong Masak Ala Thai Sedapppppp

 sotong masak ala Thai

Sotong Masak Ala Thai Sedapppppp !!!

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
1 biji bwng besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar


CARA MEMASAK:
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba



Credit : Wan Maslinda Wan Mohamed

10 Februari 2026

JADUAL BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2026

 

JADUAL BERBUKA PUASA 2026

JADUAL BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2026


Pihak JAKIM telah mengeluarkan JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA TAHUN 1447 H / 2026 M di laman web rasmi https://www.islam.gov.my/en/pengumuman/4955-waktu-imsakiah-dan-berbuka-puasa-malaysia-bagi-tahun-2026

Haa.. untuk korang yang nak tahu waktu imsak dan waktu berbuka puasa boleh rujuk link-link ni ye.. Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia akan ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tidak lama lagi.

Pengumuman akan disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Malaysia Bagi Tahun 2026

NEGERI
1. Johor
2. Kelantan
3. Kedah
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Pahang
7. Perak
8. Perlis
9. Pulau Pinang
10. Sabah
11. Sarawak
12. Selangor
13. Terengganu
14. Wilayah Persekutuan Labuan
15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers