Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

31 Disember 2012

Tepat Jam 12 malam ini.. a.k.a pagi esok.. good bye 2012.. huwaaa..




haluuuuu.. pekabo semuaa.. sorry teman jarang update blog ni.. sebab bz sikit hal2 umah.. biasa lea.. macam2 nk kena buat.. he3.. tp kali ni teman curi2 masa gak nk menulis N3 terakhir utk tahun 2012.. esok dh tahun baru.. rasa mcm cepat j masa berlalu kan.. sedar x sedar dh setahun kiat melayari hidup dlm tahun 2012.. huu.. teman xtau nape ada rasa sedih sikit bila meninggalkan tahun 2012.. xtau nk gambarkan macam mana perasaan 2.. rasa mcm berpisah dgn seseorang j rasanya.. walhal berpisah dengan tahun 2012 j.. awat nk feeling sgt yewww! he3.. tp itulah yg teman rasa.. xpelea.. kome x paham pun paham2 kan aje yeww! ok lah.. sempena Tahun Baru 2013 ni.. azam teman ialah nk hidup lebih maju dari sekarang bersama hubby tercinta.. nak bina hidup yang sempurna bersama hubby tercinta .. nak eratkan lagi kasih sayang kami.. (err itu bukan azam kan! itu harapan! he3.. apa2 j lea.. yg penting azam kita mestilah lebih up dari yag lepas.. betui x.. yg mana2 azam tahun lepas x kesampaian 2.. apasalahnya diteruskan jugak utk tahun ni.. xkan nk lupuskan terus kot yea? heee.. ok lah.. jom share kalendar 2013.. teman boh dlm lappy terus.. senang nk semak tarikh2 penting nti.. heeee.. ok.. slamat berblog..tataaaa..


26 Disember 2012

PETUA HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA


SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN.. kikikiki..
Rutin yang memerlukan anda bekerja di depan komputer, kurang tidur dan kekurangan nutrisi akan menyebabkan mata letih. Bila hal ini berterusan, kesan lebam bawah mata pun mulai muncul.
Bilamana lebam bawah mata tu mula kelihatan, anda tentu panik, kan? Segan pun ada gak. Tapi nak buat camne, anda sendiri yang mengabaikan kesihatan mata.
Bila bekerja di depan komputer, susah nak berhenti. Walaupun sekejap aje. Secara tak langsung, anda sebenarnya memaksa mata untuk terus bekerja. Mata anda pun tahu letih gak.
Jika terus dipaksa, corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah gelap. Ini kerana berlakunya pembesaran pembuluh darah. Semakin banyak darah yang ada di kawasan bawah mata, itu yang membuatkan warnanya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit muka yang lain .
Justeru, untuk hilangkan lebam bawah mata yang kelihatan, anda amalkanlah beberapa perkara;

1. Banyakkan meminum air kosong.
Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

2. Makan sayur-sayuran hijau
Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.

3. Gunakan timun atau tomato
Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.

Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?

Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.
Namun salah satu faktor yang menyumbang mata lebam ialah.. suka tido lambat.. macam teman sekarang ni lea.. hih3.. so.. jgn tido lewat yea.. tido lea awal sikit.. jangan jadi macam org kat bawah ni.. hih3.. 




22 Disember 2012


                                 KLIK YEA! tQ.. he3
~~ Gambar Hiasan ~~
Hai.. Assalammualaikum buat semua teman2 blogger.. harap2 sihatlea hendaknya kume yea... teman disini sihat2 aje..cuma skrg tgh bz sikit dgn bisnes on9.. so.. nk buka blog pun pk 100x.. ha3.. ni pun sj nk jenguk k sini sebab rindu nk tgk kucen itam teman yg dalam blog ni.. he3.. nk main2 dgn dia jap kasi dia hilang stress.. korg pun main2 lea dgn dia gak tau.. just gerak2 cursor kat muka dia, badan dia n gerak cursor k atas k bwh.. he3... baiklah, hari ni teman lum lg ada idea nk share apa2 yg best.. nti klu ada bru teman share kat sini yea.. sebab masa begitu mencemburui teman la' ni tau.. so, utk x memboringkan korang yg mai sini.. jom kita main kelik2 yea.. teman dh sediakan citer best2 kat bwh ni.. kelik aje.. 

SYARAT2 KELIK
1.) INI CARA NAK CEPAT.. LETAK CURSOR KAT LINK BWH NI.. KLIK KIRI, PASTU PILIH/KLIK OPEN LINK IN NEW TAB .. PASTU KLIK YG LAIN PUN DGN CARA YG SAMA.. SENANG SIKIT KAN.. 

2.) HARUS JUJUR..
3.) KALAU KELIK TU.. TUNGGU SAMPAI LOADING ABES.. JGN BELUM GAMBO  XNMPK DH TOTOP.. HU3..
4.) LEPAS DAH KELIK.. SILA BAGI TAHU KAT RUANGAN ULASAN TU YEA.. NANTI TEMAN REPLY BALIK KLIK KORANG.. TAPI KALAU BAGI LINK LAGI SENANG NAK KELIK.. HE3.. TQ.. SAYANG KAMU SEMUAAA!

20 Disember 2012

Ucapan tQ buat Teman2 Yg Sudi BerTapak di Blog Teman ni.. (aish.. mcm ayat Mazidul dkat FB dia j ni.. ha3 )

bUaT tEmAn2 yG dH FoLLoW TeMaN...
TERIMA KASIH ^^^^^ THANK YOU ^^^^ I LAP U OLSSS!!
RaSa2nYa aNdA yG mAnA 1 dLm picTure cArtOOn kaT aTs ni? he3.. Sudi2kanlah pilih diri sendiri yea.. ha3.. leh komen kat sini.. anda yg mana 1.. x kisah lea.. serupa dgn teman yg lain.. ni saja suka2 j tau.. teman bz sikit nk post cerita terbaru.. yg ni j lea termampu.. hope leh ilangkan fenin2 d ptg2 hari ni.. he3..

Ok.. see u olz d lain en3 okeh! daaaa...!
( jgn lupa pilih korang yg mana 1 tau!.. he3.. )

TUTORIAL WINDOWS LIVE WRITER

STEP 1 : How To and Where To Get The Software

for those yang takde lagi software ni bole download [HERE] or pegi kat web Windows Live atau search je pakcik Google #senang kan?

image

after dah download installer ape lagi, hit la button then install. but be aware, windows live writer ni memerlukan internet connection untuk install which mean perisian ini diinstall secara #online.

STEP 2 : Installation Process

untuk proses pemasangan, pengguna akan ditanya either nak full installation or pilih software yang dikehendaki je. as for me, teman just want Windows Live Writer. so, teman pilih yang tuh je.

image

dalam snapshot tuh pengguna bole pilih nak install yang mana. kalau ada yang tak berkenan feel free tu untick je ok. and yang pasti Windows Live Writer and Windows Photo Gallery and Movie maker akan diinstall. and masa untuk menginstall yang diperlukan akan ditentukan mengikut kelajuan internet pengguna. kalau yang mengalami slow connection tu, memang lama tunggu..sempat makan-makan dulu. selepas install complete, penguna akan diminta memasukkan URL blog, username and passwor blogger.com. ini diperlukan untuk menghubungkan perisian ini dengan blog kita. pengguna boleh memilih untuk biar perisian ini save password and username so,setiap kali kita guna and publish tak perlu masukkan dah. or..kalau ada yang rajin, bolehlah sign in tiap tiap kali nk post.

STEP 3 : HOW TO USE WINDOWS LIVE WRITER

dah install. now jum take a look cemana nak guna software ni. interface software ni sangat mudah difahami dan simple. bila tengok balik umpama Microsoft Word je. Menu kat bar atas pon senang difahami and kalau nak insert or set ape, memang senang nak cari. for instance, kalau nak buat hyperlink, just highlight word mana nak dihyperlinkkan,and click tab hyperlink and insert la URL. as easy as 1,2,3 je Smile

image

keseluruhan proses drafting post bole dibuat secara offline. tu keistimewaan Windows LIve Writer kalau nak bandingkan dengan kita masuk web blogger.com. tak perlu connect to internet pon da bole bukak software ni and terus draft entry baru. kalau menggunakan blogger.com,kena ada connection untuk masuk web tuh dan kalau nk insert gambar kena upload dulu.

untuk Windows Live Writer, kita boleh memilih untuk menggunakan picture dari komputer sendiri or menggunakan link (web source punya gambar – of kos kena online). kalau menggunakan gambar dari komputer sendiri tak perlu online. just insert je.macam dalam Word.so, pengguna tak perlu risau kalau nak draft tapi pada masa yang sana takde internet connection.sama jugak kalau nk insert video. dalam ni juga, pengguna boleh terus buat watermark intuk setiap gambar yang dimasukkan. tak perlu buka perisian pengeditan gambar dah. dalam ni pon boleh. button crop,rotate, sume ade.pendek kata,semua proses drafting bole dibuat secara offline. font pon lebih pelbagai.
image
 and bila pengguna dah siap untuk proses publishing, pengguna perlu online. of kos la kan..kalau tak ,cemana nak upload entry tuh ke blog. selain tu,kalau pengguna takmo publish lagi, ada opsyen untuk set masa bila post pengguna akan dipublish secara automatik. and kalau tak yakin cemana post kita akn nampak apabila dah publish nanti,pengguna boleh klik butang preview yan gada kat bahagian sebelah kiri bawah (kena online baru boleh guna feature ni) .

18 Disember 2012

8 TIPS UNTUK LEBATKAN RAMBUT


Haii!! Assalammualaikum.. he2.. teman rasa nk share tips lebatkan rambut ni dgn korg semua.. tp bkn lea sebab nk kata rambut teman ni lebat yea.. tp just share jer.. rambut teman pun bukan lebat sgt pun.. harapkan panjang j.. tp selalu keguguran rambut.. ha3.. mencikk.. abes lantai penuh dgn rambut.. runsing aje teman.. so.. teman saja je post Tips ni untuk diri teman n kawan2 yg di sayangi semua.. jom tengok n praktikkan.. moga rambut kita cantik macam miss universe yg cun ni..(tengok gambo..)
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
8 TIPS UNTUK LEBATKAN RAMBUT
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
1.) Kisar sebiji nenas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman barulah lumur di rambut selama 15-30 minit. Amalkan 3 minggu sekali.
2) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air.Biarkan sehingga lendirnya keluar.Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.Bersihkan rambut dengan air sejuk.Amalkan dua hari sekali.
3.) Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut.Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih. Ulangi selalu dan lihat hasilnya.
4) Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.
5) Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada,bolehlah gantikan dengan santan segar.Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras.Setelah cukup garing,sejukkan dan kisar halus.Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut.Sapukan pada seluruh kepala,biarkan semalaman dan bilas.
6.) Tumbukkan berberapa helai daun panda sehingga hancur.Kemudian masukkan sedikit air dan perah.Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi.Kacau rata dan simpan semalaman.Keesokan harinya sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam.Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.
7) Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat.Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa.Lumurkan pada rambut.Biarkan beberapa minit.Kemudian bilas dengan air suam.
8.) Rendam tiga sudu teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk embunkan selama satu malam. Setelah itu sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam.Kemudian baru dicuci.Lakukan sebanyak 3 kali seminggu.. lihat hasilnya.. 

PENGUBAT STRESS.. (Post Merapu A.K.A xde modal nk bercerita da.. )


Teman tgh boring ni.. tp xtau nk buat apa.. last2 view aje lea gambo2 dekat google ni.. apalagi menggoogle gambo kucen2 lea wat cuci mata.. heh3.. mmg giler2 sukakan kucen so.. dlm sehari selalu j view gambo kucen dlm google ni.. he2.. ni ada 1 gambo yg saja teman nk share.. sebab kucen yg dalam gambo ni mcm muka butang (kucen teman yg noti 2..) moh kita tengok gambo ni sambil baca post merapu teman ni.. he2cumey kan kucen kat dalam gambo ni.. He2.. kalau lea Butang teman jd camni.. syian dia kan.. baru nk capai ikan kering 2 dh kena ngap kepalanya (tp bkn ngap betui tau..).. alahai.. cumey betui j kucen ni.. lg kelakar bila tgk yg anak kucen sebelah dia punya ekpresi muka.. muka cam terkezut j.. ha3.. gambar2 mcm ni selalu j wat kita rasa hepi n senyum sorg2.. teman suka j tgk gambr2 mcm ni.. gelagat kucing2 yg noti n cumey2.. klu rasa susah hati j.. boleh hilang sekelip mata j bila tgk gambar2 deme' yg cute ni.. mgkin itu cara teman utk hilangkan stress or bg hati berbunga.. kalau korang lak cne pulak yea? cer share jugak dgn teman.. apa yg korang buat klu stress...

Secret Of Us: Kenapa aku malas sembahyang


Asslammualaikum semua.. mintak maaf sebab teman dh lama x update blog.. hanya share2 j apa yg patut.. tp x kisah lea kan.. janji ada juga hidup blog ni dari kaku j xde citer.. ye tak?? he2.. ok.. kali ni teman ada lea berjalan2 merayap2 k blog2 kwn2 yg lain.. tertarik pula dgn apa yg kawan 2 post.. real suka n blognya menarik juga.. pink lg 2.. tuan empunyanya pun sgt2 lah cute.. (honestly.. mmg cute yea.. bukan bodek..) pepe pun.. teman suka apa yg dia sampaikan.. jom baca sama2 yea.. (^__^)v

Secret Of Us: Kenapa aku malas sembahyang: Kenapa aku malas sembahyang, Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa ro...

14 Disember 2012

Teruja.. happy.. baru dpt rasa bernafas..



Miaww... Butang says.. Morninggg.. err.. Morning yg x berapa nk morning... 
heh3.. pagi ni buka2 blog j teman nampak dh ada yg follow.. rasa hepi sgt2.. wlupun x seramai blogger lain.. 

tp amat hargai sgt2 pada yg dh follow 2.. mekasih yea.. he2.. baru lea rasa semangat nk menulis.. cuma 
jarang buka blog sebab xde story terbaru nk share, nak pulak keadaan kesihatan yg agak LOW sikit skrg 
ni.. so.. idea nk berblog pun xmau datang.. heh3.. tp sy still suka view blog org lain.. sbb mcm2 ilmu leh kita 
share bersama kan.. teruja tgk blog org lain n teruja nk improve kan lg blog sendiri.. sukaaaa.. tQ pada yg 
follow blog ni.. nti i'll follow u back yea.. dont worii.. janji dicapati..

Ok.. today xde story nk citer.. tgk lea.. ptg2 sikit kot ada citer nk story morry or share sumtin.. leh lea teman post kat sini nti yea.. he2.. ok.. tahnx u olz.. Tataaa.. 

07 Disember 2012

Apam Polkadottt!! NYUM2..!


Comey kannn!! heee.. gambo exract from google
He2.. awat hari ni asyik rasa nk share resepi j haa? teman ni mengidam kot.. ha3.. xpe.. teman saja j nk share apa yg teman suka mkn.. yg ni memang teman suka sgt2.. Apam Polkadotttt! MasyaAllah .. bg sape2 yg dh pnh mkn.. giler2 punya sedap! mkn 1 nk lg 1.. mkn 2 nk lg.. mkn 3 lg2 teman nk.. aiyooo.. lama2 abes kat teman j apam 2.. ha3.. so, jgn soh teman masak klu nk mkn apam polkadot ni.. hi3.. gerenti tinggal separuh j kot sebelum dihidang.. lalalalala.. bg yg lum pnh wat nk lum pnh rasa lg.. leh tgk resepi kat bwh ni.. senang j buatnya.. sedappp.. he3.. klu menjadi 2 anti lea sikit kat teman d sini yea.. kecur air liur dh ni.. heee.. (baru bcerita.. lum tgk gambo lg..) hah? gambo? ok.. mcm biasa, ni dia gambo Apam Polkadot 2.. nmpk lazat kan! nyum2.. jom try resepi ni jom! .. 
gambo exract from google
Mula2 sekali.. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.. pastu ikut step bwh ni yew....\
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
Bahan-bahan 
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
( 50 biji papercup medium )3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalettefilling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasapewarna
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
Cara2nya
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
Mula2 sekali, masukkan semua bahan2 apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.. pastu ikut step bawah ni yewww..
picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (jgn penuh.. setengah sahaja)letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
dah siap? jadi lea apam polkadott.. hu3..
tengok ni, macam design depa buat.. kreatif betui kan!

Angry Bird 
Strawberi




Durian Crepe.. atau nama manjanya Doyan Krepe



RESEPI DURIAN CREPE
Assalammualaikum.. 
he2.. petang2 cenggini rasa mcm nk mengePOST resepi lea plak.. resepi makanan yg sedang FOFULAR sekarang ni.. tau apa dia? heh3.. memang lea fofular sgt makanan ni.. buka j Fesbuk ada jelah org Post/share gambo2 makanan ni.. nk terliur dh teman bila hari2 nmpk benda 2 dkat Fesbuk.. Last2 dpt jugak teman memakannya.. aumm! 4 biji terus masuk molot.. wahahaha.. kenyanggg n sendawa doyan... burpppp.. (erk.. busuknyeee molot aku.. ) ha3..
dulu kuning jea..sekarang udah ada mcm2 kaler lak..fuyoo..
klu beli n order kat org rege nya dalam RM12.00 4 ketul.. ada yg jual RM10 4 ketul.. n ada jugak yg jual RM8 4 ketul.. tengok jugaklea doyan apa yg diorg letak.. klu doyan spesis mahal 2.. maka mahal sikitlea doyan crepe 2 tau.. mcm cthnya durian D berapa yg sedap n mahe' 2? or doyan Musang k apa ntah (teman tau mkn j.. jenis2 type2 durian teman dok amik tau pun.. hu3..) so, jgn lea tertanya2 lak nti nape yg ni mahe' yg ni murah yea.. heee.. berpadanan lea dgn harga n kualiti doyannya.. ada paham?
he2.. kat bawah ni gambo cara doyan crepe dibuat.. klu nk tau cara buat lebih lanjut tgk kat Utube yea.. ni link nya....video cara buat durian crepe
Yang teman pernah rasa kaler kuning ni.. rasa diaa.. mabelesssss!!!!
Ok.. bg yg rasa rugi membeli n rasa nk makan lebih sikit dari 2.. leh jugak wat sendiri j.. (kalau rajin.. klu maleh.. kuo lea duik sikit, beli j yg org juai 2.. usah byk bunyikk.. ) Okeh2.. ini resepinya.. jom try!

Jom tengok RESEPI DURIAN CREPE

●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
Bahan2 utk crepe;-
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
250g gandum
3 bj telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
Bahan2 filling:
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
Cara2 bungkus crepe:
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream
1. Pukul whippg cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

06 Disember 2012

Oren Oh Oren..


Mula2 buat blog ni, teman asyik x puas hati j xtau nape.. teman letak kaler hijau x kena.. guna template yg dh sedia ada pun x kena.. ada j yg buat teman rasa nyampah nk tgk blog teman ni.. sedangkan teman pun nyampah.. ini kan plak korg yg dtg nyinggah nk tgk blog ni kan.. lg lea korg.. nk termuntah ada kot.. hu3.. (erk.. tp xkan seteruk itu blog teman ni.. ha3..)

Tp rupa2nya teman kena letak gak kaler kegemaran teman.. yakni Oyennnn! (Oren) .. bila dh letak kaler ni sebagai background dia.. baru lea teman rasa bersemangat sikit n repair2 n adjust blog teman yg sunyi sepi ni.. (huu.. xde pun org nk polo blog teman ni.. sadis sungguh.. dh kecik sgt hati ni xtau nk kata apa dh.. )

Bercerta pasal kaler oren... Alkisahnya.. teman ni asalnya nyampah sgt2, tersangat2lah sgt pada kaler oren ni.. nk pulak masa 2 si Zahid AF2 tu minat plak kaler oren.. apa lg.. mmg teman ngata KAW2 punya lea.. x kasi can lansung.. he3.. ada k minat kaler oren? xde kaler lain k? oren jgk yg d minat? hu3.. mmg aku cukup anti kaler oren masa 2.. tp itulah kuasa Allah.. kadang2 benda yg kita benci 2 lea akan pergi kat kita.. hu3.. cthnya mcm kita x suka seseorg 2 sgt2.. last2 tgk2 jd ahli kuarga kita (CTH yea.. xde kena mengena ngan yg idop ataupun mati tmasuklea teman.. xde kene mengena ini statement dgn kehidupan teman.. just bg contoh j ni.. he2..

wlupepun.. teman suka Oren ni.. xmo tuko dh klu bole.. kaler ni mmg buat meriah.. he2.. Ok lah.. Teman udah ngantok.. esok2 lea teman post citer lain lak.. k.. TAta.. TIti.. TUtu... adios... nitee...

To be Continue..........

Awal lagi Butang oiiitt.. Xkan dh ngantok kot?


YG NI BUTANG NAMANYA...
YG NI LAK.. MATE BESO.. SERUPA X?
Opss.. sebelum bercerita panjang.. teman nak bagi tau nama yg teman mention sebagai BUTANG' 2 adalah seekor kucing.. he2.. kucing kesayangan teman yg x berapa nk noti.. (noti sgt2 sbnr nya..) memandangkan teman xde story nk d postkan kat sini (almaklumlea.. newby lea katakan..) so, apa kata teman post ajelah citer pasal BUTANG ni yea.. asalkan Blog teman ni berisi'.. idaklea kosong j bila korang view kan..

BUTANG ni teman gambarkan macam jelmaan kucen teman yg dh arwah bln Mei 2012 lepas.. sebab apa teman ckp cenggitu? sebab byk persamaan deme ni.. kucen yg dh arwah 2 namanya MATE BESO.. manja n cumey sgt2.. selalu mlm2 dia akan dtg bilik teman, dia tgu tepi katil mtk teman angkat dia naik ats katil.. sebab dia xleh panjat katil.. dia ada mslh urat saraf.. dia sbnrnya baru baik dari lumpuh (x bole berjalan).. teman lea yg buat terapi kaki dekat dia.. buat mcm manusia jgk.. klu lumpuh, doktor akan sarankan jalani terapi.. doktor akan lipat kaki k ats n k bwh supaya drh akan bergerak n x lea jem kaki 2 klu d biakan tanpa exercise kan..

mcm 2 lea jugak teman buat dekat MATE BESO, terapi kaki dia sapai dia bole berjalan.. Alhamdulillah.. masa dia start bole berjalan 2, teman hepi x terkata.. bersyukur sgt2.. x sedar airmata menitis tup tap tup tap.. air mata gembira.. (^__^').. pastu makin rapat lea dia dgn teman.. tiap2 malam teman selimutkan dia, tepuk dia mcm baby sapai dia tido (x pecaya?? x pecaya sudaah.. hu2).. bau dia pun teman dh kenal.. dia kucen yg baik.. xpnh beyak ats katil pun.. kecuali klu dia demam lea.. itu kira bole d maafkan.. he2.. x baik mrh kucen kan.. kucen xde akal nk pk..

tp 2 semua citer dh lepas.. MATE BESO dh xde.. skrg Butang lea jd penggantinya.. pengubat rindu teman kepada MATE BESO.. tp si butang ni noti sgt2.. x leh dok diam n suka gigit n cako teman n hubby.. hu3.. dh bercalar balar  kami d buatnya.. hu3(calor balor ckp org perak).. tp xpelea.. kucen ni kan kucen ksygn nabi.. noti camne pun kita kena sayangi dia.. betui x.. hee.. ok lah.. teman malas nk melalut2 lg.. esok2 kita sambung lg yea.. insyaAllah.. Butang kata dh ngantok, nk tido.. ha2.. Yolahhh..

To be continue....

23 November 2012

Morninggggggg!!! Friday!! here i come!





Assalammualaikum.. tadaaaa... Salam Jumaat buat semuanyaa.. gambar diatas sebagai pembuka hari buat teman.. Teman akan tersenyum selalu klu tengok gambar ni.. coz, gambar ni gambar yg istimewa buat teman n hubby teman yg tersayang.. dan.. nk bg tahu ni.. hari ni dgn rasminya terhasil lah blog teman yg x seberapa ni.. he2.. teman baru mula belajar sikit2 cara nk buat blog ni.. teringin nak buat blog bila tengok kwn2 semua asyik ber blog2 ni.. tp memandangkan cara nk buat blog ni agak kepayahan.. maka hangat2 tahi ayam j lah masa mula2 2.. pastu ntah kenapa tiba2 rasa nk buat blog balik.. 

heh3.. tgh semangat berkobar2 ni.. nak pulak line internet clear giler right now, teman pun mengambil kesempatan ini dgn memulakan operasi buat blog.. x kisah lea rupa mana jadinya.. yg penting teman ada sifu yg leh touch up kan mana yg kurang.. heh3.. tima kasih yea.. cik mimi kita, yg bg sokongan sapai terhasilnya blog ni.. klu x.. smlm (22/11/2012) teman udah giveup.. tp d sebabkan cik mimi bg semangat.. akhirnya jd jugak lea blog yg x seberapa ni.. hu3.. x lawa lg.. nti cik mimi tlg makeup kan blog teman ni yea.. heee... kasi comel mcm mimi tau.. (comey mcm mimi n blog mimi.. =P ) tQ!!!.. heh3... sapai sini aja buat permulaan.. moga blog ni nti akan byk lea entri teman masuk kan mcm kwn2 lain punya blog.. (hu3.. belum pepe teman udah berangan beso yew!) ok.. next time kita sambung lg yea.. heee...
To be continue...

04 November 2012

TART NENAS



TART NENAS


BAHAN-BAHAN :
√125 gram butter, premium Anchor butter
√1 sudu besar gula kastor
√1 biji kuning telur
√1 sudu besar minyak sapi
√1 3/4 cawan tepung gandum*
√1/4 cawan tepung jagung*
√1 sudu besar tepung kastard*
√1/2 sudu kecil garam halus

BAHAN SAPUAN :

√1 biji kuning telur
√1 sudu makan air
√1 titik pewarna kuning

CARA BUAT :

1.Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.

2.Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.

3.Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *).

4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut.Rehatkan seketika.

5.Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.

6.Susun di atas loyang yan dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.

7.Sapukan atas tart gulung dengan bahan sapuan.

8.Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.


AIS KRIM HOMEMADE




AIS KRIM HOMEMADE


◐1 tin susu pekat
◐2 tin susu cair
◐Sedikit garam
◐Esen vanila
◐2 sudu besar ovelet

CARA MEMBUAT :

1.Campurkan semua bahan dlm mangkuk mixer. Gunakan speed paling maximum.. Mix kan selama 20 minit.

2.Lepas 20 min adunan akan menjadi lebih pekat. Pastu bahagi2 kan adunan dlm mangkuk.. Letak kan colour. Layerkan adunan aiskrim dlm bekas. Simpan kan dlm freezer 1 mlm.

Rendang pedas ikan kayu




Rendang pedas ikan kayu



Ikan kayu seekor (anggaran 600gm)
4 ulas bawang merah - hiris nipis
2 btg serai besar (hiris dan tumbuk)
8 biji cili kering + 5 biji cilipadi merah - kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar - hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa..

Cara-cara
Masukkan semua bahan di atas dalam kuali dan masak atas api sederhana... Ikan tak perlu di goreng/rebus.. masukkan je mentah2... Sama macam kita masak rendang biasa, cuma yang ni lebih cepat dan mudah....

Ayam Paprik




Ayam Paprik


Bahan-Bahan
2 keping dada ayam - hiris nipis
4 biji cili padi - diketuk
2 sudu makan cili kering kisar
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah - dihiris serong
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit kicap manis

Bahan Sayuran
2 biji putik jagung - dihiris
2 tangkai kacang panjang - dihiris pendek
bunga kobis - dipotong kecil
1/2 biji karot - dihiris memanjang

Cara Memasak :
●Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
●Buang sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
●Masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
●Masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
●Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers