Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

11 Februari 2013

Shila kembali selepas 'hilang' sekejap



fuhh.. bermakna cerita cinta shiela dah berakhir kot bersama Shahnaaz.. bila shiela pulang ke pangkuan keluarga, maka episod kisah cintanya akan dilupa terus dari kenangan beliau kan.. hemm.. xpelea shiela, restu mak ayah penting bila kita nak hidup bahagia.. kerana kita perlukan doa mereka sampai akhir hayat kita.. percintaan memang amat menyakitkan.. tetapi ia akan kita lupa juga suatu hari nanti.. percayalah.. ikut kata mak ayah tak rugi pun.. wlu sekarang kita x nampak apa hikmahnya.. tp disebaliknya nanti lama kelamaan kita akan tahu juga kenapa kita bukan dijodohkan dengan dia (lelaki itu).. berbalik kepada cerita yang teman dapat dari Surat khabar ni, jom kita ikuti antara cerita yang teman baca tadi.. =)
Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.
Dia kelihatan ceria ditemani pengawal peribadi dan bapanya itu tetapi enggan mengulas mengenai kemelut itu. Tetapi, Shila tetap melayan peminatnya di perkarangan hotel itu.
Shila, 23, yang sebelum ini 'menghilangkan' diri sejak tujuh hari lalu kerana tertekan dengan konflik percintaannya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad sudah kembali ke pangkuan keluarganya.
Difahamkan, Shila menghubungi bapanya yang juga penyanyi dan pengacara, ND Lala, 53, selepas berita ND Lala membuat laporan polis mengenai kehilangan Shila disiarkan akhbar, semalam.

5 ulasan:

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers