MAKANAN UNTUK MATA SIHAT
Alohaaa! selamat pagi semua rakan blogger!! he2.. hari ni mood teman nak share tentang Makanan Untuk Mata lah.. saja buat entri ni untuk simpan dalam blog teman.. kalau ada masa or terlupa ke apa leh rujuk balik kat sini kan.. he2.. untung jugak ber blog ni yea.. udah macam diari jea senang nak semak balik.. Okeh lah.. jom sama2 baca info ni.. mungkin berguna gak untuk korang kan.. sape tak sayang mata kannn..!
Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai bagi setiap insan. Oleh itu, jagalah mata sebaiknya. Berikut adalah beberapa fakta pemakanan khas untuk mata sebagai hadiah daripada ibu bapa untuk anak tersayang.
Penjagaan mata sangat penting terutamanya pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Atas alasan inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya. Penjagaan mata bermula dengan makanan untuknya. Sajikan hanya yang terbaik untuk anak anda.
Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh mata
Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.
Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:
- Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam.
- Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah.
- Bermasalah untuk memfokus.
- Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti yang tercatat di atas, perlulah segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.
Makanan khas untuk mata:
- Ikan
- Hati
- Labu
- Lobak merah
- Bayam
- Brokoli
- Tomato
- Telur
- Kekacang
- Air yang banyak
- Bijirin
Info penting
- ‘Xerophthalmia’ ialah masalah penglihatan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan boleh dielakkan dengan memakan sayur-sayuran segar, lemak dan protein.
- Dua jenis antioksida yang dikenali sebagai ‘carotenoids’ yang dipanggil ‘Lutein’ dan ‘Zeaxanthin’ mampu menyihatkan mata. ‘Lutein’ ada dalam mangga, ‘bilberries’, dan sayuran berdaun hijau. ‘Zeaxanthin’ pula ada dalam brokoli, jagung, salad (kecuali ‘iceberg’), oren, dan telur.
- Memasak sayur-sayuran dengan sedikit minyak dalam tempoh yang singkat membantu tubuh menghasilkan Retinol. Retinol ialah vitamin yang penting untuk perkembangan penglihatan dan tulang.
- Untuk mata yang sihat, hadkan pengambilan gula, minuman berkarbonat, makanan bergoreng, roti putih, kek, dan coklat.
Bagi korang yang ada masalah mata yang tidak boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atau sebagainya, pilihan terbaik ialah membuat temujanji di mana-mana klinik mata untuk mendapatkan maklumat dan info serta berjumpa doktor sendiri untuk mengetahui tahap perkembangan kesihatan mata korang.
bagus..ikan mmg baik untuk mata kan3x..
BalasPadamha a.. tp teman x suka ikaaannn.. aaaa.. camne ni.. hi3
Padamtengs atas perkongsian ini yer...
BalasPadamsama2.. =) thanx singgah sini.. nti teman singgah lik yea..
Padamentry yg berguna nih.. thanks sebab sharing.. :P
BalasPadamsama2.. thanx jugak sudi singgah n komen.. nti teman singgahbalas yea..
Padamnak makan carrot tue yg liat sikit hihihi
BalasPadammakan baby carrot sedappp.. kecik n rangupp tau.. nyum2..
PadamNice sharing.....
BalasPadamTapi bila sebut pasal kesihatan mata..
yang paling AJ ingat kan..
"Carrot baik untuk mata.."
Hehhehehe....
haa.. betui2.. jom mkn carrott.. he3.. klu gi minu kat luar selalu j order carrot susu.. =)
Padammmg betul tu specially karot tu !
BalasPadamAssalammualaikum...
BalasPadamTerima kasih info nie... makanan utk kesihatan mata, kalau dulu x tahu main bedal aje..makan... makanan untuk mata nie penting kalu x cepat rabun pulak kang...
mselim3
mknn utk mata n kna ambl brat kan..anugerah yg tak ternilai ;-)
BalasPadamentry yg sangat menarik. mata sangat penting dan sy jenis yg tak suka guna spec. In Shaa Allah, akan diamalkan :D
BalasPadamsalam kenal
BalasPadamjom follow ena "D
http://zarenaheeney.blogspot.com/2013/04/pendaftaran-murid-darjah-satu-lahir.html
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam..jemput datang join segmen kathy http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/04/1st-segmen-selamat-hari-lahir-by-kathy.html
BalasPadaminfo yg bermanfaat...terima kasih sebab berkongsi... :)
BalasPadaminfo kesihatan yang menarik..
BalasPadamsatu perkongsian yg bermanfaat :)
BalasPadambagus entri ni.. ada tak tips untuk mata nampak cun? ahaks gurau :D
BalasPadamnice info..
BalasPadamthanks sebab share info bermanfaat ini utk org yg rabun macam sy....ehehee..:)