Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraannya di Squash Terbuka British setelah tewas di tangan pemain England, Laura Massaro.
Pada perlawanan peringkat akhir semalam di Pontefract, West Yorkshire, England, pemain negara itu dikejutkan oleh Massaro dengan mata 4-11 dalam set pertama, tetapi berjaya menyamakan kedudukan 1-1 bila Nicol mengatasi dengan mata 11-3 pada set kedua.
Bagaimanapun, Nicol kelihatan hilang momentum dalam dua set berikutnya yang menyaksikan Massaro mengikat perlawanan dengan mata 12-10 dan 11-7 dalam masa 53 minit.
Nicol memenangi Terbuka British sebanyak empat kali pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.
"Sebenarnya, saya lebih banyak memerhatikan gerak geri beliau (Massaro), dan tidak menumpukan kepada hantaran saya...Memang, beliau bermain lebih baik," katanya.
Kepada satu soalan, "Oh ya, saya akan kembali lagi," Nicol disebut sebagai berkata pada laman web rasmi kejohanan itu www.britishopensquash.net/blog/ .
Ini kekalahannya kali kedua kepada Massaro setakat ini tahun ini.
Kekalahan pertama di separuh akhir Squasy Terbuka CIMB Kuala Lumpur 2013.
info oleh : Bernama
xpelah kan. bukan rezeki dia. maybe sbb terlalu penat kot
BalasPadamha' a.. ye kot.. lagipun sebelum ni dia dah banyak mengharumkan nama Malaysia kan.. untuk kali ni boleh dimaafkan.. hope akan datang dia kembali semula dengan kejayaan lebih besar..
PadamAssalamualaikum awak. takpe, kita doakan yang terbaik buat nicol. insyallah next time boleh menang balik :)
BalasPadambetul tu Sheila.. x semestinya kalah akan kalah seterusnya betul x.. usaha lebih insyaAllah.. bole ulangi kejayaan
Padamsayang nyaa, takpa lah bukan rezeki. nanti try lagi dato'nicol. uisehh, hahaha
BalasPadamheeeeeeeee.. cayo.. cayo..
Padamrietta dapat rasa kesedihan dato nicol from the photo....
BalasPadamhemm.. teman pun.. bila tgk dia nangis mmg tau dia sedih dgn kekalahan ni
Padamxper lah.ssekali kalah pon xper juga.bagi badan tu rehat dulu.byk sgt dh menang tu
BalasPadamha a.. byk sgt menang tu.. tp kesian dia sedih kan.. dia rasa kecewa sebab boleh kalah plak kali ni..
PadamDah adat pertandingan..
BalasPadamyup.. betul tu.. kalah menang adat ptndingan
PadamKesian juga tapi itulah kena terima hakikat tak selalu boleh cemerlang.
BalasPadamTak apa next game tebus balik.
Dato' Nicol pun dah berusia juga kan...
xpe.. leh usaha lagi.. jgn putus asa kan.. =)
Padamhmmm biasalah tu mesti lawan akan sentiasa berusaha utk kalahkan dia...haha sampai dah 2 kali dia tewaskan nicol mesti dia dah jumpa kelemahan nicol tu....so coach kena cari senjata baru....
BalasPadamha a.. kelemahan nicol dh ditemui.. hemm.. betul jugak kata awk tu timi.. mmg nicol n coach kena cari senjata baru..
BalasPadam