Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

13 Mei 2013

SUNAT BUNUH CICAK

Hari ni nak citer pasal cicak lak.. tengokk kaler tulisan 
pun kaler cicak kann.. ha2


Kepada yang masih belum tahu dan ragu-ragu mengenai hukum membunuh cicak...sila bace ek.....
Membunuh cicak sunat hukumnya. Ia adalah sunnah Nabi. Kepada yang tidak peka terhadap sunnah nabi, ada yang mempersoalkan perkara ini. Antara katanya mengapa kita harus membunuh cicak sedangkan ia ada gunanya untuk kita terutama dalam memakan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.

Namun setiap kata Nabi adalah dari Allah. Setiap perintah Allah pasti ada hikmahnya samada yang nampak di mata dan fikiran 
kita maupun yang tersembunyi dan tidak mampu terfikir 
dek aqal fikiran kita.


Antara hikmah membunuh cicak yang mampu terfikir oleh kita:
Cicak ini binatang yang mengganggu. Lihat sahaja tabiat buruk membuang najisnya. Ia akan berak dan kencing di merata tempat di rumah kita, malah di masjid juga. Tabiat buruk ini amat mengganggu kita terutamanya dalam beribadat kerana najisnya akan menyebabkan ibadah kita seperti solat tidak sah.

Cicak ini haiwan yang jelek perilakunya. Mengikut kisahnya semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud, semua binatang lain berusaha memadamkan api. Tapi tidak dengan binatang cicak ini. Ia meniup lagi api sehingga api menjadi semakin besar. Akhlak yang buruk ini dikeji oleh Allah.


Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan baginya seratus kebajikan, jika dua pukulan baginya tidak sebagaimana yang pertama dan jika tiga pukulan tiada baginya sebagaimana dua pukulan. (HR Muslim)
Dari Ummu Syarik radhiallahu ‘anha; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk membunuh cicak. Beliau menyatakan, “Dahulu, cicak yang meniup dan memperbesar api yang membakar Ibrahim.”(HR. Muttafaq ‘alaih).

Dari Sa’ad, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallammemerintahkan untuk membunuh cicak, dan beliau menyebut (cicak) sebagai haiwan fasiq (pengganggu). (HR Muslim)

Allah memberikan bermacam-macam cara untuk kita mendapat pahala sehinggakan membunuh cicak juga diganjariNya.
Untuk kita berfikir bahawa Allahlah yang maha mengetahui kebaikan disebalik suruhan itu.

Jadi, sebagai ummat Islam yang patuh pada ajaran Allah dan ummat Muhammad yang sayangkan Nabinya usahlah dipertikaikan suruhan bunuh cicak ini. Kita buat kita dapat pahala.
Jadi apa nak dipersoalkan lagi?
Semoga kita sama2 mendapat ilmu dan manfaat.

Haiippp.. jangan bunuh cicak ni plak yea.. hehehehe

18 ulasan:

  1. Kalau tak geli boleh aje. Kalau kakak lari dulu sebelum apa-apa itu yg masalah. Kakak memang geli dgn cicak nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha3.. actually teman pun 2x5.. geli nk bunuh cicah tu.. kalau terputus ekor pun teman dh nk termuntah.. hu33.. inikan pulak nk pukoi kasi mati.. aiyakk..

      Padam
  2. Nice sharing dear...
    ALamak baru nak pukul cicak yang bawah sekali tu...
    Hehhehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha.. jangan cari pasal AJ.. klu pukoi cicak man tu nti masuk lokap lak..kui3.. =P

      Padam
  3. acano nak bunuh .. tengok pon geli T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahahahaha.. teman pun x suka.. geliiii.. wek.. hari tu buka almari terkapik cicak tu.. mati terus.. geliii

      Padam
  4. punyalah semangat nak bunuh cicak masa kecik dulu, siap umpan ngan kapur makan tu. bila cicak tu makan terkebil kebil. memang best. sampai mak marah. habis kapur sirihnya di kerjakan dek kami adik beradik.

    ate..dah kata dapat pahala kan.. maka kena la pergi kutip pahala tu.
    sweet je bila teringat kegigihan kami adik beradik nak bunuh ciciak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wshahahaha.. gelihati pun denga citer wantie ni.. hihihi.. bg cicak makan kapur? hahahaha.. sib baik x letak sirih sekali yea.. ha3.. mati x cicak tu??

      Padam
  5. klick 2 iklan je. klik klik ni best la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehewhehe.. memey lea best.. klik2 duik masyukk.. heee.. jap lg teman balas klik yea..

      Padam
  6. iu yang anak akak kalau jumpe cicak mintak getah .. katanye cicak x tolong rasullulah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waa.. pandainya anak akak yeaa.. ! betul tu.. cicak x tolong rasullah.. pandai anak akak.. =)

      Padam
  7. tak nak la bunuh cicak...kesian huhu

    - Admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - Facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog artikel @ Facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    BalasPadam
    Balasan
    1. heeeeeeeee.. mmg lea kesiann.. tp klu bunuh dpt pahala.. xnk pahala? heee..

      Padam
  8. Tak suke cicak! Geli pengotor pulak tu.. EEEEEEE!! Geli kalau nampak cicak. Hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha.. same mcm teman lea jugak.. hihihi.. uwekk

      Padam
  9. Assalamualaikum ? sy bru je follow blog ni.. seriously rasa tertarik dan suka entry2 kt dlm blog ni... sya da msukkn blog awk ni dlm bloglist sya..klau sudi..masukkn la juge blog sy kt bloglist awk.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. o yeke.. thanx sgt2.. teman belum, ada bloglist lagi.. dalam masa terdekat teman akan buat bloglist yea.. =)

      Padam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers