Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

28 Jun 2013

RAMADHAN IS LOADING

~ RAMADHAN IS LOADING ~

Hai.. Assalammualaikum.. Syaaban semakin menjauh, kini ramadhan pulak hampir menjengah.. fuhh.. memang rasa berdebar nak menghampiri bulan Ramadhan ni.. hope dalam bulan Ramadhan ni kita dapat menambah pahala kita dan menjaganya hingga ke akhir ramadhan yea.. makanya, teman nak lea share khutbah pilihan teman ni, teman suka khutbah ni.. tapi ni dah lama, tahun 2010 punya.. teman copy n letak kat FB.. now saja nak share dengan kengkawan semua..  kalau rajin tu, baca lea dua tiga baris.. kalau baca abes pun x ngape.. lagi baguss.. heee.. ilmu tu.. disamping dapat meninsafkan kita di bulan mulia.. (dan bulan2 lain yeaa! )

Khutbah Pilihan Teman bertarikh :
(13 OGOS 2010 / 3 RAMADHAN 1431H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Dalam bulan Ramadhan di mana siang dan malam dipenuhi keberkatanini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menghasilkan ibadat puasa yang memenuhi standard atau kualiti yang ditentukan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menempatkan kita insan yang dikasihi Allah, membawa kebahagian didunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah:  

"RAMADHAN BULAN PEMUTIHAN AKHLAK".

MusliminYang di Rahmati Allah,
Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana didalamnya terkumpul hampir semua ibadat khusus seperti solat tarawih, solat witir, tilawah al-Quran, beriktikaf, berzakat, sedekah dan amalan kebajikanyang lain. Setiap ibadah khusus ini pula mempunyai kelebihan pahala tertentu yang menjadi ransangan untuk kita menjadi insan soleh. Selari dengan keberkatan bulan suci  ini, maka Allah SWT menjanjikan rahmat, pengampunan dan jaminan syurga. Berdasarkan ganjaran pahala yang hebat inilah maka Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat baginda.

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Iman Ahmad  bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.

Persoalan besar timbul ialah puasa bagaimanakah yang mampu meraih ganjaran pahala yang hebat itu?. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183, Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Takwa adalah buah dan hasil yang diharapkan  dari amalan puasa. Buah tersebut akan menjadi bekalan orang beriman dan menjadi perisai agardiri manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat dan kejahatan. Bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT, ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh.Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia hanya melakukan sesuatu yang dituntut dan  diperbolehkan Allah. Dia hanya berada ditempat yang mendatangkan keredhaan Allah dan menjauhi tempat yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Abu Umamah berkata Rasulullah SAW  bersabda, " Barang siapa mengambil hak seorang muslim, maka Allah Taala mewajibkannya masuk ke dalam neraka dan mengharamkannya masuk ke dalam syurga. Seorang bertanya, meskipun dari sesuatu yang sangat remeh, wahai Rasulullah? Ya meskipun barang itu hanya sepotong kayu sugi". Demikian sabda Rasulullah bahawa hanya sepotong kayu sugi yang diambil dengan tanpa izin pun masuk neraka.  Dengan demikian menurut hadith ini, kita mesti berwaspada mengenai mengambil hak-hak orang lain atau melanggar amanah yang ditetapkan dan perbuatan yang diharamkan. Di dalam al-Quran disebutkan bahawa mereka yang bertakwa akan dimasukkan ke dalam syurga secara berkumpulan dan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Setiap Jumaat khatib sering memberi peringatan supaya para jemaah dan umat Islam meningkatkan ketakwaan kerana ia mempengaruhi kehidupan kita. Takwa yang menjadi tujuanutama kita berpuasa bukanlah perkara mudah yang hendak dicapai. Bahkan para sahabatpun melahirkan kerisauan membentuk sebenar-benar takwa sehingga turun ayat al-Quran dalam surah at- Taghaabun ayat 16, maksudnya: "Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu;dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (dijalan kebaikan)adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.".

Seorang muslim itu adalah orang yang taat kepada Tuhan dan tidak mengikut perintah hawa nafsu.  Pertembungan kepentingan antara takwa dan kehendak gelojak hawa nafsu manusia sentiasa menimbulkan konflik dalam diri manusia. Pertembungan ini akan menentukan halatuju dan status fitrah kehidupan kita. Tetapi untuk mencapai kecemerlangan takwa ini, maka seseorang itu memerlukan penglibatan diri dalam perjuangan, kesabaran dan jihad melawan nafsu. Jika gagal maka kita akan mengikut telunjuk hawa nafsu.

Salahsatu  perjuangan hebat yang perlu diamalkan oleh kita ialah puasa wajib Ramadhan. Puasa adalah ibadat yang sukar dan menjadi perjuangan secara senyap melawan hawa nafsu. Perjuangan ini juga adalah rahsia antara seseorang hamba dengan Tuhannya kerana gerak geri amalan puasa tidak dapat dinilai oleh orang lain. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum tetapi seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah hendaklah turut berpuasa.

Kita juga dituntutmemperbanyakkan amal ibadah yang lain dengan mengisi ruang-ruang  yang ada seperti bersolat tarawih,bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dansebagainya.  Amalan wajib dan sunat yangpadat dalam bulan Ramadhan ini memberi tumpuan latih tubi pembersihan hati,pembersihan dalaman, mendisiplinkan anggota badan, mengukuhkan akhlak mulia danmencegah penyakit.

Oleh sebab itu terdapat dua penanda aras atau pengukuran menilai prestasi puasa iaitu apakah puasa Ramadhan kita semata-mata menahan lapar atau kita berpuasa dan dalam waktu yang sama mengambil berat juga aspek pembersihan hati dan akhlak kita. Rasulullah SAWbersabda :
Bermaksud:"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkanganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu".(RiwayatBukhari)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Selari dengan prinsip keluarga bertakwa dan soleh yang bermula di rumah, maka mimbar menyeru, marilah para jemaah, ibubapa serta umat Islam hiasilah, bentuklah ahli keluarga kita menjadi insan bertakwa dengan amalan latih tubi puasa wajib dan digilappula dengan amalan–amalan sunat siang dan malam serta dengan memilih makanandan premis yang halal di sepanjang Ramadhan. Walaupun bulan impian ini kelihatan memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi.

Mengakhiri khutbahpada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahlayat 97: Maksudnya:"Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguhKami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kamiakan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan".


9 ulasan:

  1. marilah kita bersama2 memanfaatkan Ramadhan kali ini dan Ramadhan yang akan datang sekiranya diizinkan Allah SWT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga ramadhan kali ni kita rasa lebih bermakna dari ramadhan2 sebelumnya.. aminn

      Padam
  2. Seronok pulak kakak membaca tazkiray eh... khutbah ini. Lihatlah mencuri sekecik kayu sugi pun neraka balasannya. Tapi walau sebesar zarah pun kebajikan syurgalah balasannya.

    Samalah dgn kita jgn cuti org punya N3 dijadikan N3 kan macam curi juga kan. Tapi kalau dgn izin itu yg terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kan.. amalan besar atau kecik tetap dinilai .. x bole lari punya.. =)

      Padam
  3. tak sabar nk sambut bulan puasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu2.. samale kita.. berdebar2 pun ada.. yg penting solat tarawikh tu.. hu2.. teringin nak solat bjemaah tahun ni..

      Padam
  4. Assalamualaikum kak tenku. subhanallah. terima kasih kerana sudi berkongsi khutbah. insyallah puasa kali ini akan berusaha lebih untuk lebih beramal jariah. insyallah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam sheila.. heeee.. jom kita sama2 beramal untuk collect lebih banayak pahala.. aminn

      Padam
  5. semua yg komen sini teman udah reply n bw blog korang lik yea.. thanx sudi singgah n komen.. lop u all

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers