::KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU::
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
* Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah *
he2.. ekceli, teman memang dah kecur liur baca ayat "limau masam" tu.. yelea.. terbayang masam macam mana yang Rasullah S.A.W. rasa.. kalau teman yg makan limau masam tu.. srpppppp (tgh citer pun air liur kecur2 nii.. masammm..) tak cover2 dah.. memang tersepet2 mata teman..heee...
Subhanallah. Indahnya akhlak Rasulullah kan. KIta ni, kalau tak berkenan cepat je buat muka..kadang tu muka takde feeling je..
BalasPadamha a kan.. kita ni kadang x pandai nak control.. hu3
PadamThanks for the share...btul tu...hargailah pemberian org...
BalasPadamwelcome dear.. klu x suka amik jea untuk jaga hati org tu.. jgn depan2 dia kita tolak kan? jatuh lea air muka dia..
PadamAssalamualaikum kak tenku. allahuakbar! baik sungguh pekerti Rasullullah. semoga menjadi ikhtibar buat kita semua >____________<
BalasPadamwaalalikumsalam sheila.. =)
Padammudaha-mudahan jd ikhtibar utk kita semua.. amin..
thanks for sharing. betul tu, kita hargai apa saja pemberian dari org lain. barulah bersyukur namanya :)
BalasPadamyup.. apa pun yg kita terima kita kena hargai tand akita bersyukur..
Padamnice sharing dan farah suka maksud hidden dari situ... *_^
BalasPadamthanx yunk.. hee.. teman pun.. =)
PadamAssalamualaikum...Akhlak rasulullah penuh hikmah! Salam ziarah ;)
BalasPadamwaalaikumsalam.. akhlak Rasullah memang patut dicontohi kita semua ..
Padambetul tu.... terimalah setiap pemberian dgn ikhlas... :')
BalasPadamiye.. betul tu deno.. =)
Padambetullah . senyum dan ucap terima kasih walaupun dalam hati , alamak !
BalasPadamheee.. teman teringat temsn ni.. pernah gak ada member kasi limau, teman makan depan dia.. adoii.. disebabkan teman n dia dh biasa ckp lepas.. teman pun sebut masyaamaammmmm! sambil muka kerut2.. heee..
Padamitulah..dah dapat tu pun kira bersyukur..moga diri saya ni terkesan dengan cerita ini..hehe..
BalasPadambetul.. bersyukur atas apa yg diterima..
Padamhehe. nanti nak test calon suami dengan bagi limau masam lah. voleyyy? ahaha.
BalasPadamhahahahahaha.. idea yg bagus tuuu.. hooo.. noti yea dia nii.. hik3
Padam:')
BalasPadamheee.. =)
Padamselalu baca kisah ni untuk peringatan diri sendiri.. terima kasih sebab sudi ingatkan teman lg sekali.. :)
BalasPadamsama2 cik iha yg cumey..=)
Padamsusah nak jumpa org yg boleh praktikkan semua yg Rasullah tunjukkan kan.. heee
BalasPadam