Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 Julai 2013

GAMBAR PERNIKAHAN ASHRAF DAN WAN SAKINAH TERSEBAR

Gambar Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah Tersebar 

Senyum je Wan Sakinah n Ashraf masa ni kan.. hemm.. apa lea perasaan Dayana bila terlihat gambo ni.. mesti luluh hati dayana.. mesti ada punya perasaan macam tu kan.. isteri mana yang sanggup lihat suami diorang menikahi gadis lain..? teman sendiri rasa sayu n sedih nengok gambo ni, inikan pulak tuanpunya (Dayana).. bersabarlah Dayana.. moga Allah beri ganjaran buat kesabaran dan dugaan yang Dayana lalui sekarang.. moga Dayana ditemukan kebahagiaan walau apa saja pilihan yang Dayana buat.. Aminn..
berkenaan puisi yang menjadi kontroversi baru2 ni, nakjugak Ahsraff menjawap.. 

“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini. Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu. Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun. Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam. 

Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury. Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir. Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29. Meskipun dikatakan kahwin lari’di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat. Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah. Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik. 

Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat. Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, (bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011. Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. Sinar Harian 

22 ulasan:

  1. Kita doakan yang terbaik buat Dayana :)

    BalasPadam
  2. sana sini cerita mereka ni... andai ditakdirkan isteri ke2 pun x mengandung agaknya si asraf ni kawin lg x? hehehe

    BalasPadam
  3. cantik juga ye dress wan sakinah tu :) kita doakan yang terbaik je untuk ashraff dan isteri2nya.

    fae dah click kat imotiv ad tu. tapi x tau lah if my click tu counted in. just takut if pihak pengiklanan tu only kira click stats from m'sian je. ada masuk dalam stats x? fae bruneian btw ^^

    selamat berpuasa ^^

    BalasPadam
  4. salam tengkubutang..
    baru tahu dayana lagi muda dari 2nd wife dia tu..harap2 lah dayana tabah dgn dugaan hidupnya ni..dugaan bulan ramadhan..hmmmm...

    BalasPadam
  5. Uwwaa takder nk ckp apa.. nk nangis je...klu jadi kt saya la...hihi

    BalasPadam
  6. Baru 2 tahun kawin dgn Dayana...sy dah 3 tahun masih tak dapat zuriat lg.. tp sy percaya, rezeki tu ada..cuma lambat je..kena bersabar..

    BalasPadam
  7. salam...jgn dihalang org nak bina masjid n tambah zuriat..

    BalasPadam
  8. Doakan yang terbaik buat Dayana....moga dia beroleh kebahgiaan....

    BalasPadam
  9. speechless.... nak komen tp emosi, baik diam...

    BalasPadam
  10. Ohhh kisah ashraf ni ...dah bacab dah kat blog mana tak igt... cuma kesianlah dgn Dayana bila dia tgk gambar ni!

    BalasPadam
  11. Dalam banyak2 madu, madu ni je la yg x berapa nak besh.Huhuh.

    BalasPadam
  12. Dayana masih terlalu muda utk mendapat madu.
    Kahwin pun baru 2 tahun. Sedih kan..
    Memang tak percaya kalau dia rela dimadukan
    Kakak percaya apa yg ayah Dayana katakan itu.

    BalasPadam
  13. Allah tahu yang terbaik , simpati dengan diyana

    BalasPadam
  14. Hi dear...I appreciate your kind visit :) I couldn't understand the text, could you please tell me whats it about

    BalasPadam
  15. senyuman diatas tangisan insan lain...mungkin betul dia kenal ashraf lebih dulu dari dayana tapi mestikah diganggu lelaki yg telah sah menjadi suami orang lain?
    lihat pada pakaian mereka, ianya bagai telah terancang dengan baik...

    sampai hatimu ashraf dan sakinah....jangan lupa bumi ini bulat dan benda bulat pasti akan bergolek...

    BalasPadam
  16. tahniah asyhraf... selamat pengantin baru...

    Sudah menikah pun, mahu atau tidak carilah keredhaan itu... sesungguhynya tiada yang mudah dalam mencari keredhaan...

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum kak, kesiannya. sheila nak nangis je bila baca puisi tu. semoga Dayana bersabar banyak dengan dugaan ini >_____________<

    BalasPadam
  18. Salam.

    Taktahu nak cakap apa..sebab tak tahu hujung pangkal cerita.

    Apapun, kita doakan yang terbaik untuk ketiga2nya :)

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers