Gambar Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah Tersebar
Senyum je Wan Sakinah n Ashraf masa ni kan.. hemm.. apa lea perasaan Dayana bila terlihat gambo ni.. mesti luluh hati dayana.. mesti ada punya perasaan macam tu kan.. isteri mana yang sanggup lihat suami diorang menikahi gadis lain..? teman sendiri rasa sayu n sedih nengok gambo ni, inikan pulak tuanpunya (Dayana).. bersabarlah Dayana.. moga Allah beri ganjaran buat kesabaran dan dugaan yang Dayana lalui sekarang.. moga Dayana ditemukan kebahagiaan walau apa saja pilihan yang Dayana buat.. Aminn..
berkenaan puisi yang menjadi kontroversi baru2 ni, nakjugak Ahsraff menjawap..
berkenaan puisi yang menjadi kontroversi baru2 ni, nakjugak Ahsraff menjawap..
“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini. Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu. Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun. Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury. Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir. Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29. Meskipun dikatakan kahwin lari’di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat. Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah. Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.
Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat. Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, (bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011. Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. Sinar Harian
sangat simpati pada Dayana.. :(
ردحذفKita doakan yang terbaik buat Dayana :)
ردحذفselamat pengantin baru :)
ردحذفsana sini cerita mereka ni... andai ditakdirkan isteri ke2 pun x mengandung agaknya si asraf ni kawin lg x? hehehe
ردحذفcantik juga ye dress wan sakinah tu :) kita doakan yang terbaik je untuk ashraff dan isteri2nya.
ردحذفfae dah click kat imotiv ad tu. tapi x tau lah if my click tu counted in. just takut if pihak pengiklanan tu only kira click stats from m'sian je. ada masuk dalam stats x? fae bruneian btw ^^
selamat berpuasa ^^
salam tengkubutang..
ردحذفbaru tahu dayana lagi muda dari 2nd wife dia tu..harap2 lah dayana tabah dgn dugaan hidupnya ni..dugaan bulan ramadhan..hmmmm...
moga dayana tabah
ردحذفUwwaa takder nk ckp apa.. nk nangis je...klu jadi kt saya la...hihi
ردحذفBaru 2 tahun kawin dgn Dayana...sy dah 3 tahun masih tak dapat zuriat lg.. tp sy percaya, rezeki tu ada..cuma lambat je..kena bersabar..
ردحذفsalam...jgn dihalang org nak bina masjid n tambah zuriat..
ردحذفDoakan yang terbaik buat Dayana....moga dia beroleh kebahgiaan....
ردحذفspeechless.... nak komen tp emosi, baik diam...
ردحذفOhhh kisah ashraf ni ...dah bacab dah kat blog mana tak igt... cuma kesianlah dgn Dayana bila dia tgk gambar ni!
ردحذفDalam banyak2 madu, madu ni je la yg x berapa nak besh.Huhuh.
ردحذفdoakan yg terbaik buat mereka
ردحذفDayana masih terlalu muda utk mendapat madu.
ردحذفKahwin pun baru 2 tahun. Sedih kan..
Memang tak percaya kalau dia rela dimadukan
Kakak percaya apa yg ayah Dayana katakan itu.
Allah tahu yang terbaik , simpati dengan diyana
ردحذفHi dear...I appreciate your kind visit :) I couldn't understand the text, could you please tell me whats it about
ردحذفsenyuman diatas tangisan insan lain...mungkin betul dia kenal ashraf lebih dulu dari dayana tapi mestikah diganggu lelaki yg telah sah menjadi suami orang lain?
ردحذفlihat pada pakaian mereka, ianya bagai telah terancang dengan baik...
sampai hatimu ashraf dan sakinah....jangan lupa bumi ini bulat dan benda bulat pasti akan bergolek...
tahniah asyhraf... selamat pengantin baru...
ردحذفSudah menikah pun, mahu atau tidak carilah keredhaan itu... sesungguhynya tiada yang mudah dalam mencari keredhaan...
Assalamualaikum kak, kesiannya. sheila nak nangis je bila baca puisi tu. semoga Dayana bersabar banyak dengan dugaan ini >_____________<
ردحذفSalam.
ردحذفTaktahu nak cakap apa..sebab tak tahu hujung pangkal cerita.
Apapun, kita doakan yang terbaik untuk ketiga2nya :)