Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

07 Ogos 2013

DOA SAMBUT SYAWAL..

Ya Allah Ya Tuhan Kami, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini, turunkanlah rahmat dan keberkatan kepada kami semua, ampunilah dosa kami semua, masukkanlah kami semua kedalam SyurgaMu dan jauhkanlah kami dari seksaan api NerakaMu,.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kami kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagian, ketenangan dan kegembiraan kepada kami semua, perbaikilah hubungan diantara kami dan mesrakanlah diantara hati-hati kami dan tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan yang membawa kepada kebajikan di dunia dan lepaskanlah kami dari kegelapan dosa dan jauhkanlah kami dari segala kekejian sama ada zahir ataupun yang tersembunyi daripadanya..

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Terpuji, Engkaulah yang Maha Pemurah dan yang Maha Kaya, kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah ini (sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, dengan rahmatMu yang Ya Karim.. Ya Arhamarrahimin.... 

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala amal perbuatan baik kami diterima dan jadikanlah kami semua hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur ke atas nikmat kurniaanMu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu, Ya ArhamarRahimin.. 

3 ulasan:

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers