Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

10 September 2013

ADI PUTRA HANTAR MESEJ GAMBAR BOGEL??

Apabila Artis terkenal yang berimej bersih dikaitkan dengan isu panass..
Polis Siasat Pelakon Popular Adi Putra berkaitan Isu Mesej Lucah
SHAH ALAM - Pelakon Adi Putra, 32, yang didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Menurut laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu. "Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu. "Mereka juga saling menghantar gambar lucah masing-masing dan keadaan itu membuatkan suami wanita tu mengalami tekanan perasaan," kata sumber.
Tambah sumber tersebut, ahli perniagaan yang berusia 56 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru. Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal bagi dianalisa untuk tindakan selanjutnya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan suami wanita berkenaan tetapi enggan mendedahkan nama aktor tersebut. "Pelakon itu juga telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan selepas diminta berbuat demikian susulan laporan polis yang diterima," katanya. Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Adi gagal apabila aktor terbabit gagal dihubungi. Pelakon popular Adi Putra mengakui kini tertekan dengan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan penghantaran gambar lucah kepada isteri orang menerusi aplikasi WhatsApp.

"Saya turut tertekan dengan masalah dan kontroversi yang menghimpit ini kerana saya juga manusia biasa serta tidak sempurna," katanya kepada Harian MetroJelas Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, dia mendiamkan diri bukan mahu melarikan diri, tetapi mahu memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes itu. "Saya juga tidak akan membuka aib orang dan disebabkan itu saya rasa belum tiba masanya untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan lebih lanjut kerana saya menghormati undang-undang. 

Nota : Hemm.. teman xtau nak komen apa pasal ni.. teman minat Adi Putra ni.. selalu tengok lakonan dia kat TV, agak frust kalau berita ni benar.. tapi selagi belum terbukti kita x leh hukum dia, betul x? maybe ada orang saja nak pekena dia sebab bln Oktober ni kan nak keluar Filem KL Gangster lakonan Adi Putra.. manalah tau kan.. hemm.. hope Adi Putra tak teraniaya hendaknya..  

LAGI entri berkaitan : ADIPUTRA KANTOI





14 ulasan:

  1. prmpn yg isteri org tue dh kantoi... tp mcm tak malu pulak bg statement kan ... adoi ai

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lea pasai..skrg ni semua dh x segan silu dah.. hemm..

      Padam
  2. Dok tunggu.juga sapa yang betul ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. teman pun nak tengok sape yang salah.. kalau xde angin masa kan pokok bergoyang kan.. hemm.. malas nk pikior.. tengok apa ending nya.. heee..

      Padam
  3. alahai mcm susah je nak percaya.. tp kdg2 apa yg jd kat artis nie gosip2 tu kdg2 ada gak betulnya...uhuhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann.. susah nak percaya sebab sebelum ni rekod dia bersih aje.. hemm.. wait n see je lah.. =)

      Padam
  4. Balasan
    1. entahlae harith.. lepas satu, satu.. isu artist ni kann.. hemm..

      Padam
  5. tunggu jelah hasil siasatan polis nanti.... sebelum tu jgnlah kita nak kata2 lebih2 kat adi putra

    BalasPadam
  6. Xpernah ada kes lg Adi Putra ni kan..kerja yg bergelumang sosial mcm tu mmg byk fitnah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mieza.. tapi xtau lagi samada fitnah or benar.. kita tgu jea apa akan dtg..he2

      Padam
  7. Haha ni sume politik gak ni.,mcm bdo2 je..klu btol npe.klu ta btol npe..kubur masing2 maa

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers