Hafizh Syahrin Menang Tempat Pertama Pelumbaan di Sepanyol..
Berita bertarikh 22 September 2013. Penunggang muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah melakar sejarah apabila meraih kemenangan pertama di Kejuaraan CEV Sepanyol selepas mengungguli perlumbaan pertama pusingan kelima kejuaraan di Litar Navarra, Sepanyol, semalam.
Hafizh Syahrin sujud syukur..
Hafizh turut menamatkan saingan di kedudukan podium di tempat ketiga pada perlumbaan kedua dan kekal di kedudukan ketiga keseluruhan (110 mata), ketinggalan 12 mata di belakang Alejandro Marinelarena manakala Roman Ramos gah selaku pendahulu (146 mata).
Berlumba di kelas Moto2, Hafizh yang berkelana ke Sepanyol bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia tampil begitu meyakinkan pada perlumbaan pertama sekalipun bermula di petak ketiga dan berdepan kesukaran di awal perlumbaan.
Usaha buahkan hasil
Situasi berubah ketika perlumbaan berbaki enam pusingan apabila Hafizh yang memacu jentera Kalex
berjaya memintas dua pencabar utamanya, Marinelerana dan Ramos seterusnya mengekalkan kedudukan
sehingga penamat perlumbaan.
“Ini adalah kejayaan paling membanggakan dalam kerjaya saya,” kata penunggang berusia 19 tahun yang
merekod masa 30 minit 50.823 saat untuk bergelar juara menafikan Alejandro, kedua ketinggalan 0.305s
diikuti Ramos ketiga 5.617s.
Usaha buahkan hasil
Situasi berubah ketika perlumbaan berbaki enam pusingan apabila Hafizh yang memacu jentera Kalex
berjaya memintas dua pencabar utamanya, Marinelerana dan Ramos seterusnya mengekalkan kedudukan
sehingga penamat perlumbaan.
“Ini adalah kejayaan paling membanggakan dalam kerjaya saya,” kata penunggang berusia 19 tahun yang
merekod masa 30 minit 50.823 saat untuk bergelar juara menafikan Alejandro, kedua ketinggalan 0.305s
diikuti Ramos ketiga 5.617s.
Terima kasih Marinelarena, Roman Ramos, dan Jesko kerana menghormati pelumba muslim. Hafizh Syahrin beredar dari podium sebelum terkena champagne spray semalam
“Dan akhirnya saya memenangi perlumbaan di Kejuaraan Sepanyol. Saya sedikit gementar di grid perlumbaan. Segala usaha kami sebelum ini membuahkan hasil.”
“Kemenangan didedikasikan kepada pasukan, penaja, keluarga dan semua orang di Malaysia. Tanpa mereka, terutama PETRONAS, saya tidak akan berjaya,” katanya. -
Mari kita ke KLIA bagi menyambut kepulangan Wira Negara kita Hafizh Syahrin #55 pescao yang akan tiba di KLIA pada 24hb (hari ini) jam 3 petang waktu Malaysia.
tahniah untuk dia...
BalasPadamrezeki dia kann..
PadamSebagai bekas mat litar yg masih aktif dgn permotoran psti bngga dgn pncapaian hafizh tu. Tahniah
BalasPadamwahh.. aby bekas mat litar? cayalah!
Padamtahniah tahniah, sy dah tgk ni.mmg bangga sungguh :)
BalasPadamkann.. bangga sangat2.. anak melayu kita lak tuu.. fuh..
Padamfuyyooo..hebat dia! make malaysian proud ^_^
BalasPadamkannn.. memang rasa bangga giler kann
PadamMakin berjaya hafizh syahrin ni.. rezeki dia tu kan!
BalasPadamha a.. rezeki dia, anak melayu kita! he2
Padamtahiah la, mmg membanggakan lagi lah org melayu. tk seperti alex yong dlu, ngabiskan duit je, apa pun tk menang.
BalasPadam