klik untuk tumbesaran
GARA-GARA AYAM MASAK MERAH, 3 MAUT
59 mangsa termasuk tiga kritikal dirawat di Hospital Yan dan HSAH. Ni berita hari Ahad ritu, teman baru terbaca tadi.. terkejut jugak baca berita ni.. takut pulak nak makan kenduri.. JOM BACA
ALOR SETAR, 30 SEPT – Tiga orang dipercayai keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Merbok, Sabtu lepas meninggal dunia pada Isnin.Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari; Mohammad Norraahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia 15 minit selepas itu.
Seorang lagi dikenali sebagai Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Sungai Petani kira-kira pukul 6.30 petang Isnin.
Nurshazana yang baru tamat latihan amali disahkan meninggal dunia di HSAH manakala Mohammad Norraahmad di Hospital Yan.
Pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar memberitahu wartawan yang menunggu di hospital itu, jenazah Nurshazana dan Mohammad Norraahmad dihantar ke HSB petang ini untuk bedah siasat.
Pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar memberitahu wartawan yang menunggu di hospital itu, jenazah Nurshazana dan Mohammad Norraahmad dihantar ke HSB petang ini untuk bedah siasat.
Menurut Hairul Azahar Harun, 33, Nurshazana yang merupakan sepupunya mengadu sakit perut selepas pulang makan kenduri di rumah sepupu mereka di Tanjung Dawai tiga hari lepas.
Beliau yang ditemui di HSB berkata ibu tiri Nurshazana serta dua adiknya, lelaki berumur 8 tahun dan perempuan berumur 10 tahun juga keracunan tetapi tidak serius.
“Nurshazana ditemui anggota keluarganya tertiarap dalam bilik tidurnya pagi ini lalu terus dibawa ke HSAH untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia di hospital itu,” katanya.
Hairul Azahar berkata Nurshazana anak ketiga dari tujuh beradik berada dua hari lebih awal di rumah sepupu mereka sebelum kenduri berlangsung. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyak malam tadi.
Ibu Mohammad Norrahmad, Norma Khalid, 45, yang ditemui di HSB berkata anak bongsu dari lima beradik itu mengikuti suaminya, Yusof Arifin, 50 ke majlis kenduri tersebut Sabtu lepas.
“Mereka makan ayam masak merah di rumah kenduri.
“Mereka makan ayam masak merah di rumah kenduri.
” Malamnya mereka mengadu sakit perut. Apabila keadaan anak saya semakin teruk hari ini, kami bawa dia ke Hospital Yan. Dia tidak sedarkan diri sebaik tiba dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari ini,” kata Norma.
Beliau berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Singkir, pada Selasa. Sementara itu Bernama difahamkan keluarga Allahyarham Ibrahim membawa balik jenazahnya ke Besut petang ini untuk dikebumikan.
hemm.. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang maut dalam kes keracunan makanan di majlis kenduri kahwin sabtu lalu. Al-fatihah.
hemm.. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang maut dalam kes keracunan makanan di majlis kenduri kahwin sabtu lalu. Al-fatihah.
Sumber :bernama
kesian dekat mereka...nie yang risau nie kalau nak pi makan kenduri kawen...harap-harap lepas nie tak berlaku lagi insyallah..
BalasPadamkesian mangsa dan tuan rumah....nak sediakan makanan utk majlis keramaian, kena jaga kebersihan..
BalasPadamAssalamualaikum kakak. al-fatihah. kesiannya. kena hati2 kalau makan kat kenduri. kesiannya keluarga mangsa :(
BalasPadamitulah teman terbaca juga pagi tadi, sedih dan juga pada yang masak2 kat kenduri tu, hati2lah kendalikan masakan dan juga makanan... bila dah terjadi macam ni mesti orang seriau nak makan kenduri... hu hu hu...
BalasPadamini la kes paling serius kan...sampai meninggal.slalu kes rumah kenduri cirit birit or muntah ja...hmmm something goes wrong somewhere...tp ajal maut di tangan Allah... alfatihah
BalasPadammmg terkejut dgn briter ni.
BalasPadamsiapa sangka boleh jd cmni di hari knduri.
hope bleh jd ikitbar kpada suma yg nk buat knduri lpas nie.
Al-Fatihah untuk semua yang meninggal...
BalasPadamhrp kt dpt info disebalik ayam masak merah ni dan harap semua org lbh berhati2 lps ni..
al-fatihah..adda singgah follow dan isi tabung.. :))
BalasPadambila dah mendatangi ajal , cam tu lah ... semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka ... aaamin .
BalasPadamaduhai.. terus jadi berita kan.. kerana ayam masak merah kenduri, rmai yang meninggal.. semuanya kuasa Allah.. salam takziah..
BalasPadamTeruk jugakkan. Risau jugak nak makan lauk kenduri bila jadi macam ni.
BalasPadampengajaran sungguh...
BalasPadam