Just Sharing...
※ Bagi yang penah ditnya soklan begini..mungkin boleh jawab macam ni..
tapi kalau ada jawapan lain..silakan share ;) ※
~ KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM ~
Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT.
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Kafir: Pernah.. selalu...
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la.
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la...
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
Kafir: Jadi...?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...
Muslim: Peliknya...
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...
Kafir: Erk.. kau betul..
gambar : extract from google
Wah. Bagusnya walaupun agak pening time baca... huhuhu...
BalasPadamFirman Allah " Tidak ku jadikan kaabah hanyalah sebagai arah kiblat semata-mata."
Supaya kita tuju hanya 1 arah. =)
ho2.. pening? awatnya? errr..cer komen..
PadamPening la sebab cerita tak berapa paham tapi bila baca balik baru paham... =)
PadamDari Masjidil Aqsa kita telah beralih arah ke Masjidil Haram yg mana disitulah kaabah tujuan arah yg sama. Maha kaya Allah pusat titik graviti bumi juga lurus di Kaabah ini. Bermakna tak adalah sekumpulan ke barat, sekumpulan ke timur/selatan/utara sebagainya...
BalasPadamkan.. Allah Maha Kaya membuatkan ianya sebegitu mudah untuk kita semua menentukan arah kiblat walau dimana juga kita berada..
Padamnice entry..
BalasPadamtQ ummu.. just sharing dari kawan fb gak..
Padammintak izin share ye :)
BalasPadamboleh jea.. ilmu elok disebarkan..aminn
Padamwow jawapan padat dan padu ^_^
BalasPadamkan lieya, masa teman koje dulu pun ada org cina tanya pasal ni..
Padamgood entry :)
BalasPadamtq eda
Padamnice sharing :)
BalasPadamtq cik Mun
Padammemang bagus tazkirah ni :)
BalasPadamhe2.. tq.. =)
Padam:)
BalasPadam=) tq singgah..
PadamAssalamualaikum wbt....
BalasPadamdah bukan bangunan itu yang kita sembah ... tapi Allah de Almighty...
dan malaikat pun tawaf di keliling kaabah di arasy/ langit (yang ne teman tak ingat), kan? dan lokasinya kalau dipanjangkan ke atas (i.e ke langit), malaikat pun sedang bertawaf...
so tak timbul lah kes sembah "big black box" spt yang di dakwa....
wallahualam...
tempat malaikat bertawaf diberi nama baitul makmur ..
Padambetul2 diatas kaabah disebelah dunia ni ..
klu baitul makmur ni runtuh .. pasti ianya jatuh betul2 atas kaabah ..
tp mana mungkin baitul makmur ni runtuh kan ..
nhhas dan Abby.. thanx atas perkongsian.. memberi ilmu lagi pada teman yang jahil ini....=)
Padamnice entry..penerangan yg baik
BalasPadamtq Yumida.. ha a.. rasanya ini antara jawapan terbaik kalau berdepan dengan soalan seumpama tu an..
Padamdengan sesama islam menjawap kene ada dalil.. tapi dgn orng bukan islam jawap mungguna ilmu akal atau logik adalah terbaik :D
BalasPadamha2,, sudah semestinya kan..
Padamlagi cun kalau penulisan awk bermula dari belah kiri dan mengikut perenggan lebih tersusun :)
BalasPadamoh yeke? thanx Khairul Zamri sebab sudi bagi tips.. insyaAllah.. teman try adjust mana yang patut
Padamrindunya kat kaabah..pernah sampai ke sana,menunaikan umrah bersama mak dan ayah.
BalasPadamwaaaaaaaaah.. pernah sampai kesana.. masyaAllah.. bestnyaaa...!
Padamsemua yang kome diatas teman dah kunjungbalas yea.. thanx sudi singgah n komen.. sia datang lagi yea.. hu3
BalasPadamok sy faham sy faham :)
BalasPadammemberi maksud yg dalam..allah mmg tak nampak tapi kite sebagai orang islam tau allah sentiasa ada bersama hambanyaa saat susah dan senang..kite juga dapat merasai kehadirannya..semakin kite dekat dgn allah semakain dekat juga allah bersama kita..jadi bykkkan amalan insya allah ;)
BalasPadam