Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 Oktober 2013

SUAMI YANG KUBENCI

Sape ada baca Novel ni? best tak? nanti nak baca gak lea.. tajuk macam menarik jea.. 
Selalunya tajuk Suami yang ku Sayang, Isteri Yang Ku Sayang, Kekasihku Sayang lah.. 
yang ni nampak lain sikit kann?
SINOPSIS
“Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya,
tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai….”


Mengikut kata orang, Novel setebal 544 muka surat ni memang best. Ketawa tak berhenti - henti... 
Tak tahu kenapa.. kata pengulas lagi bila baca novel ni teringat lak watak makcik Zoila dalam cerita SINDERELA"something wrong somewere"...itu lah mak mertua Hannah Maryam , mak kepada Uwais Ukasyah. Ramai orang cakap Novel ni memang best , rugi kepada sesiapa tak membelinya. Bak kata lain mesti dalam pelukan. 

Sebelum tu meh kita baca SINOPSIS Novel ni camne.. best ke tidak.. heee.. 
Hannah Maryam terpaksa akur kehendak tuk ayah a.k.a Tan Sri Idris dikhawinkan dengan Uwais Ukasyah. Ini kerana Tengku Muiz tunang Hannah Maryam telah menconteng arang pada kerluarganya seminggu sebelum perkhawinannya. Demi menutup malu Tuk ayah memaksa perkhawinan itu di teruskan dengan mengganti pengantin lelaki. Menurut tuk ayah Hannah akan bahagia dengan pilihannya. Bagi Hannah Uwais tak layak menjadi suaminya kerana Uwais hanya penjual Burger dan dia pula CEO syarikat. 

Perasan benci bertukar sayang kerana kesabaran Uwais melayan kerenah Hannah. Kehadiran Cikgu Batrisya membuat hannah menjadi cemburu. Hannah rasa dirinya tergugat dengan kelembutan yang ada pada Cikgu Batrisya. Dikala hubungan Hannah dan Uwais semakin baik. Fawaz sepupu Hannah datang tanpa diundang. Disini Uwais pula rasa tergugat. Masing- masing mencari keserasian dan memerlukan. Senda gurau dan keletah Mak Uwais yang mencuit hati, Gelagat Fawaz yang baru nak belajar mengorat perempuan cukup menghiburkan pada sesiapa yang membaca novel ni.

Sinopsis dari kulit novel.
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencu...cuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?



Petikan-petikan yang menarik dalam Novel
“Nak tidur kat mana? takkan saya nak tidur kat ruang tamu ni pulak”“Tidurlah dalam bilik..tapi takde sofa dalam bilik tu..takkan awak nak tidur atas lantai papan tu kut..”“Awak ni kan,suka buat saya naik angin..boleh tak jangan nak main-main…saya takde mood nak bergurau..” Hannah muncung panjang.
“Okey..okey…tak boleh nak usik sikit..dah,pergi masuk bilik..awak tidur atas katil..”“Awak?”“Sayalah tidur bawah..takkanlah saya nak biar isteri kesayangan saya ni tidur bawah..” jawab Uwais sambil menutup TV.Hannah sudahpun melangkah masuk ke dalam bilik.

“Awak…jangan tutup lampu ya?” pesan Hannah.“Saya tak boleh tidurlah kalau terang sangat..saya janji,saya tak buat apa-apa kat awak Hannah..percayalah” Uwais meyakinkan .“Memanglah saya percaya tapi..saya..saya..takut tidur dalam gelap..” Hannah malu nak mengaku tapi kalau dah terpaksa dia takde pilihan..“Hah? takut apanya..bukan ada hantu pun..”“Bukan pasal hantulah! awak dengan hantu lebih kurang sama aja,kalau saya tak takutkan awak,maknanya saya tak takutkan hantulah..” Hannah ketawa kecil.Aik? dia ketawa?kata takde mood .. bukan senang nak tengok dia ketawa..dah tak marahlah kut..lega!


Tiba-tiba lampu terpadam.Suasana jadi gelap.“Uwais!!!” jerit Hannah.“Eh,apasal lampu padam? bukan saya yang tutup Hannah…ini macam..black out!” Uwais berbicara dalam gelap.“Uwais!! awak kat mana? suara Hannah kedengaran cemas.“Saya kat dalam bilik ni lagilah..saya pergi cari lilin jap,mak mesti tak sedar black out ni sebab mungkin dia dah tidur..”Kebetulan Uwais ada menyimpan lampu suluh dalam laci.Suasana bilik sedikit terang bila lampu suluh itu dibuka. “Saya takut! awak janganlah tinggalkan saya..” Hannah yang tadi teraba-raba dalam gelap dapat melihat Uwais.Cepat-cepat dia memaut lengan Uwais.


“Saya pergi ambil lilin aja..awak duduklah dalam bilik ni sekejap..” Apa kena dengan dia ni? macam budak kecil pulak.. ada ke takut dengan gelap! 


“Tak nak! tak payahlah pasang lilin..bahaya tahu tak? nanti kalau terbakar macamana? kita tunggu ajalah,kejap lagi mesti ada elektrik..” pegangan Hannah makin kemas.Betul punya takut ni..hairan sungguh! macamana dia boleh fobia dengan gelap ni?

“macamana saya nak bentang narita kalau bilik ni gelap..” Uwais terpaksa membiarkan lengannya dipaut.Aku dah mengantuk ni..Hannah ni pulak,tiba-tiba jadi pelik..


“Errr…eemmm..awak tidur atas katil boleh?”“Hah? kan awak tak nak saya tidur satu katil dengan awak..biar betul awak ni..”“Betullah..saya lagi rela tidur sebelah awak daripada tidur atas katil tu dalam gelap sorang-sorang..”Uwais tak tahu nak cakap apa.Macam tu pulak? kan bagus kalau hari -hari kawasan Bukit Istana tu black out..heheh..dia senyum dalam suasana suram itu.“Tapi dengan syarat..awak jangan nak ambil kesempatan pulak”“Siapa yang ambil kesempatan pada siapa sekarang ni? sindir Uwais.
“Anis, tadi petang mak suruh Anis tutup pintu reban ayam..Anis buat tak?” Tanya Sarimah yang baru keluar dari bilik.Mukanya kelihatan putih dengan bedak sejuk.“Alahai..mak,Anis lupalah Mak..” Anis yang sedang mengulangkaji pelajaran baru teringat pesanan maknya petang tadi.


“Hmm..belum tua dah lupa..sudah,pergi ambilkan mak lampu picit kat dalam bilik”Anis tanpa berlengah pergi mengambil lampu picit.Kemudian diserahkan pada maknya itu.Sarimah keluar ikut pintu hadapan rumah.Sewaktu dia menyarung selipar,dia perasankan sesosok tubuh yang sedang bersidai atas tangga di tepi bilik anaknya,Uwais.


“Aik? Jebon mana pulak yang panjat tingkap rumah aku nibulan mengambang malam itu.Dia jelas sekali melihat Uwais yang sedang bermadu asmara dengan menantunya. Astaghfirullahalazim… rupanya Jebon peliharaan aku yang buat kerja panjat memanjat ni.. Bukan main dia tengok Uwais dan Hannah berge?” Dia mengatur langkah perlahan-lahan.Senyap tanpa dikesan kehadirannya.Melalui cahaya lak tawa, belai membelai..naik berbulu mata aku tengok aksi korang bercinta! Hannah..Hannah…Mengantuk sangat katanya ya? rupanya duk berbulan madu di tingkap rumah aku..Siap ada bunga pulak tu.. yang Si Jebon ni pun satu, tak reti nak bersabar langsung! jaga kau…


“Abang balik dulu ya sayang?”Uwais mencium dahi Hannah dan perlahan-lahan menuruni anak tangga.
“Baik-baik sayang..” Hannah risau kalau-kalau Uwais terjatuh.Betul punya Romeo suami aku ni!
“Hah…dah lama kau buat kerja ni Uwais??” suara sergahan kedengaran sebaik saja Uwais berpaling dan dia betul-betul terkejut bila melihat wajah putih melepak dan bertompok di depannya.
“Mak!!!!” jeritnya bagaikan ternampak hantu.


Longlai tubuh Uwais terjelepok. Dekat situ juga dia pengsan!“Abang!!” jerit Hannah.Dia pun terkejut bila mak mertuanya muncul tiba-tiba begitu.Dengan muka penuh dengan bedak sejuk pulak tu..maunya Uwais tak terkejut! Hannah tanpa berlengah berlari keluar dari bilik.
Sarimah terlongo,dia menyuluh tubuh Uwais yang terduduk tepi tangga kayu. Boleh pulak dia pengsan? buruk sangat ke muka aku ni?


“Baik-baik sayang..” Hannah risau kalau-kalau Uwais terjatuh.Betul punya Romeo suami aku ni!“Hah…dah lama kau buat kerja ni Uwais??” suara sergahan kedengaran sebaik saja Uwais berpaling dan dia betul-betul terkejut bila melihat wajah putih melepak dan bertompok di depannya.“Mak!!!!” jeritnya bagaikan ternampak hantu.


Longlai tubuh Uwais terjelepok. Dekat situ juga dia pengsan!“Abang!!” jerit Hannah.Dia pun terkejut bila mak mertuanya muncul tiba-tiba begitu.Dengan muka penuh dengan bedak sejuk pulak tu..maunya Uwais tak terkejut! Hannah tanpa berlengah berlari keluar dari bilik.Sarimah terlongo,dia menyuluh tubuh Uwais yang terduduk tepi tangga kayu. Boleh pulak dia pengsan? buruk sangat ke muka aku ni?

"Sakit sangat ke?"Mestilah... tengok ni, benjol besar ni..." wajah Uwais begitu bersungguh - sungguh.Sewaktu dia masuk sahaja ke dalam rumah, terus Uwais memberitahu yang dia terhantuk dan dahinya benjol.


" Besar ke? Apasal Hannah macam tak nampak aje benjol tu?" Hmmmm... aku layan la jugak! Dah faham sanagt, sengaja nakkan perhatianlah tu.... Uwais mencapai tanganHannah, kemudian diletakkan didahinya."Cuba sayang rasa dengan tangan... "" Hmmm .. Haah.. benjol la, kan? Tpai sikit aje kut... bukan lah cedera parah pun..."
"Sayang ni memang tak prihatin la.... " Wajah Uwais cemberut. Hannah senyum comel. Eeee macam budak - budak!


"Kau tak payahlah layan perangai mengada dia tu, Hannah .... masa Hannah belum balik tadi, elok aje dia tolong mak tak dapur, tak de pun merengek sakit ke apa...." Sarimah meletakkan dulang berisi juadah minum petang."Memanglah tak ... sebab mak bukan nak layan Uwais pun..! Mak lagi nak tambah benjol adalah..." Uwais mencapai cucur udang. Digigit selepas membaca bismillah."Memang pun, sakit tak seberapa... merengek aje yang lebih... Sedarlah kau tu dah besar panjang... Kalaulah esok dah jadi bapak orang , kau nak buat perangai macam ni lagi ke ? Mengalahkan budak tadika!"


"Dah tu, kalau dapat anak nanti Uwais dah tak boleh bermanja dengan Hannah la mak, ya? Kalau macam tu sayang pregnent tiga atau empat tahun lagilah!" Uwais ketawa. Sengaja dia hendak melihat reaksi maknya itu. Hannah yang sedang menuang air teh ke dalam cawan mengerut dahi. Lamanya?"Tiga atau empat tahun lagi? Errr... biar betul abang ni..." Hannah merenung wajah mak mertuanya yang sudah macam harimau kelaparan.


"Kau ingat aku ni muda lagi ke nak menunggu? Esok lusa aku ni belum tahu lagi Uwais oi..""Mak, Uwais bergurau aje.. relekslah mak.. Belum setahun lagi kami ni khawin. Kalau ikutkan nak anak, Uwais dengan Hannah oun pun nak, mak ... soal anak ni bukan kerja kita, mak... Rezeki anak Allah yang bagi, takkanlah Uwais nak suka-suka aky suruh Hannah ni prenent! Sayang, mengandung sekarang! Takkanlah macam tu mak....


" Mak tahulah itu semua kerja Allah, tidaklah aku suruh Hannah ni mengandung serta merta... Kau ingat mak ni bendul sangat ke? Dah kau cakap nak tunggu tiga ke empat tahun ... mestilah aku hangin!"



Note : Alamak.. macam best jea.. nak cari novel ni lah! he2..

17 ulasan:

  1. udah lama tak baca novel..sibuk memanjang hehe.dulu kita suka kumpul koleksi novel.sekarang macam tak menyempat udah hihi

    BalasPadam
  2. Best ke novel... cam best je... nak juga rasa membaca novel.

    BalasPadam
  3. hari tu nk beli da tp terbeli novel lain ;-)

    BalasPadam
  4. Pernah baca.. agak bestla.. hehe.. ;)

    BalasPadam
  5. hahahahaa...ingat TB yang tulis novel ne... comel...
    hehehehe...
    tapi tu lah, dah banyak sangat novel2 camne di pasaran...cliche...
    pasne mesti kuar drama kat tv3... heheheeee....

    BalasPadam
  6. Laaa... kakak dah terpikat pulak bila baca sinopsisnya. Keadaan black-out itu yg seronok juga melihat pasangan mula saling memerlukan. Ada masa kakak nak carilah..

    BalasPadam
  7. Mcm best jer ni. Dah lama tak beli novel.

    BalasPadam
  8. wahhh cerita mcm best je. huhu hana suka yang novel benci2 nie last2 tankap cintan. :P

    BalasPadam
  9. Menarik, tapi memang dah lama saya tak berkesempatan baca novel lagi. Kalau cerpen boleh lagi kut.

    BalasPadam
  10. Eira dah banyak kali baca..
    Citer dia menarik..
    Rugi kalau x baca..
    Moral of de story..
    Jangan terlalu benci kat orang..
    Lama2 kita kan sayang separuh mati kat org tu..
    Hehehe

    BalasPadam
  11. Dah lama juga sy tak kesempatan membaca novel..

    BalasPadam
  12. nmpak menarik =) peminat novel juga rupanya..sy xbca novel..tp suka tgok orang bca he3..

    BalasPadam
  13. hai, tenku butang , kita dah follow awak, suke baca novel eh..huhu

    BalasPadam
  14. pcl tak suka baca novel.., cepat ngantuk..nt citer ni kuar tv tak ? haha

    BalasPadam
  15. ala... rs nak beli jerk.. :( dh lama x berkesempatan tuk bc novel..

    BalasPadam
  16. Salam, lama dah Asiah tak bc novel since 2007. Tapi tajuk novel ni cam best jerk...asben sk la bce novel...terbalik kan...;)
    * nak tanye la camne tengkubutang leh jumpe blog sy erk? (sy bdak br bljar) & thanks folo my blog...;)

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers