Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

15 November 2013

DOA-DOA PELINDUNG DIRI DARI SIHIR


DOA PELINDUNG DARI SIHIR
Dengan keizinan Blogger Ayie, teman share Doa2 ini.. moga dapat dijadikan perkongsian ilmu bersama.. ekceli nak letak sebagai entri teman.. untuk rujukan teman pada masa akan datang .. thanx Ayie..

korang pernah terfikir tak tentang SIHIR? pernah tak risau kalau2 korang menjadi mangsa SIHIR orang lain yang amat dengkikan korang?.. walhal korang sendiri tak pernah nak menyakiti atau bersikap irihati dengan diorang? hemm.. sebenarnya kita takkan tahu pun diri kita di SIHIR . kadang2 SIHIR tu berbentuk halus yang kita takkan nampak pada mata kasar.. i mean, tak nampak pada luarannya.. bila dah semakin merebak baru kita akan nampak kesannya.. so, berhati2 dan amalkanlah ayat/doa2 dibawah ni untuk bertawakal dan berdoa agar dijauhkan dari sesuatu senjata yang amat dasyat selain senjata tajam/berpeluru.. iaitu SIHIR
1. Baca Al-Fatihah 

(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
2. Baca Surah Al-Ikhlas


(1) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (2) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (3) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
3. Baca Surah Al-Falaq
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (2) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (3) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (4) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (5) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
4. Baca Surah An-nas 
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) Yang Menguasai sekalian manusia, (3) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (4) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, (5) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

2. Membaca surah 3 Qul setiap hari. Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan al-Mu'awizatain (surah an-Nas dan surah al-Falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. (Sunan at-Tirmizi - no: 5072 dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi - no: 3575) 
5. Baca Ayatul Qursi

(255) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

3. Ayat al-Kursi (surah Al-Baqarah ayat 255), lebih baik jika memahami maksudnya sekali. Daripada Abu Hurairah radhiallahu; Rasulullah s.a.w telah mewakilkan aku supaya menjaga harta zakat Ramadhan, lalu datang seorang lelaki mencuri makanan. Akupun menangkapnya dan berkata, "Aku akan membawa kamu kepada Rasulullah s.a.w...Lalu dia berkata, "Sekiranya kamu pergi ke katilmu, maka bacalah Ayat al-Kursi, kamu akan diiringi oleh seorang penjaga daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga waktu pagi." Nabi s.a.w bersabda, "Dia telah bercakap benar kepadamu sedangkan dia adalah penipu besar. Dia adalah syaitan," (Sahih al-Bukhari – no: 4723) 
4. Membaca doa di atas setiap hari sebanyak 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : (terjemahan ayat) "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya. (Sohih Muslim, no 2731) 
(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.
(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim).

5. Dua ayat terakhir surah al-Baqarah di atas. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa membaca dua ayat terakhir (ayat no. 285 dan 286) dari surah al-Baqarah pada malam hari, maka mencukupi baginya (daripada diganggu oleh Syaitan). (Sahih al-Bukhari - no: 3786; Sahih Muslim - no: 807) 
6. Membaca zikir : "Laa ilaaha illAllaah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qodir" (sepuluh kali sekurang²nya). Sabdalah Nabi s.a.w; Barangsiapa mengucapkan "Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu." sebanyak seratus kali sehari, akan memperoleh ganjaran seperti membebaskan sepuluh hamba, satu ratus hasanah (kebaikan) akan dicatatkan untuknya dan satu ratus sa'iyah (keburukan) akan dipadamkan daripada catatannya, dan ianya akan menjadi pelindung baginya daripada syaitan untuk hari tersebut sehingga petang. Tidak ada seorang pun yang akan lebih baik darinya melainkan orang yang melakukan melebihi dari apa yang dia lakukan. (Sunan at-Tirmizi - no: 3390 dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi – no: 3534) 
7. Membaca : "A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq." Sabda Nabi s.a.w; Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (terjemahan ayat di atas) "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. (Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Ketika Subuh, no 336, 1/225) 

41 ulasan:

  1. saya selalu amalkan baca ayat kursi..yg lain kurang sikit.. takutkan kena sihir?kdg2 buat baik jht pun org tak suka, buat baik pun ada org tak suka..huhu lg2 dlm berbisnes, ade je yg mendengki.. huhu, panjang lak..

    BalasPadam
  2. Tq sharing..
    Akk selalu amalkan ayat kursi jerk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. Ayat Kursi memang x pernah lepas.. lepas solat je baca..

      Padam
  3. nice sharing :) singgah klik nuffnang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang surah-surah yang disebutkan ini mujarab untuk berlindung dari sihir, atas bantuan Allah juga

      Padam
    2. tq Liza.. nanti teman klik sana lak yea..

      Memetlenggeng.. bagus.. terus amalkan..

      Padam
  4. Nice sharing :) Ummi Ina selalu pesan baca ayat kursi :D

    BalasPadam
  5. perkongsian yg berguna..semoga ramai yg akan mendapat manfaat

    BalasPadam
  6. Sangat baik N3 begini boleh dijadikan panduan. Hanya doa yg akhir tu kakak tak baca biasanya. Kali ini dah tahu boleh sambung sikit lagi. Thanks so much...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. teman pun x amalkan semuanya.. melalui entri daripada Ayie ni baru teman dapat amalkan yang mana belum pernah baca

      Padam
  7. thanks for sharing... Queen print entri ni utk dijadikan panduan..

    BalasPadam
  8. perkongsian yang sangat bermanfaat dan memang perlu diamalkan untuk elakkan dari disihir... orang2 zaman sekarang ni bukan boleh percaya, nampak suci tapi hati busuk...tak nak tuduh tapi memang ada yang terjadi dan berlaku macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Farah.. takut kan.. luar lain dalam lain

      Padam
  9. semua yang komen sini teman udah bw lik yea.. tq sebab sui singgah n baca sini.. =)

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat berguna memandangkan "bangsa" yg suka amalan sihir ni mmg sesuai di amalkan.

    BalasPadam
  11. tapi betul ker org ckp ilmu sihir dari bomoh siam ni lagi hebat?

    BalasPadam
  12. Terima kasih berkongsi ayat2 berguna ini, elok di amalkan setiap hari. Memang sihir ni sangat halus..saya juga jadi mangsa sihir tanpa di sedari sehingga berlarutan sampai saya sakit teruk. Dah hampir 6 bulan sehingga sekarang saya masih tidak sihat...prestasi pekerjaaan saya juga turut terganggu dengan cuti dah habis. Nasib saya masih ade kedua Ibubapa yang menjaga saya sehingga saat sekarang ini.

    BalasPadam
  13. terima kasih di atas perkongsian ini..semoga Allah swt melindungi kita ..amin

    BalasPadam
  14. terima kasih di atas perkongsian ini..semoga Allah swt melindungi kita .tqvm

    BalasPadam
  15. Tkasih berkongsi ilmu . Alhamdulillah, semoga Allah swt lindungi kita dr sihir. InsyaAllah....Aamiin

    BalasPadam
  16. Terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  17. Kadang2 disebabkan orang lain punya angkara kita yang dikenakan..demi untuk mendapatkan sesuatu..marilah kita amalkan ini..sebagai pendinding diri..Inshaa Allah dilindungi selalu...Aamiin.

    BalasPadam
  18. Izin share ya...syukron sgt bermanfaat ...semoga Allah memberikan ganjaran yg setimpal dan sentiasa merahmati penulis...aamiin :-)

    BalasPadam
  19. Tq share doa2 ni. Kita share ye.

    Jemput singgah ke blog kita ye

    www.thevitaviral.blogspot.com

    BalasPadam
  20. Trima kasih...semoga kita semua dijauhkn dari segala bentuk kejahatan
    dan berada di dlm prlindungan Allah SWT

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers