KEBAIKAN MINUM AIS
BACA SINI JUGAK--->BAHAYA MINUM AIS
Teman agak konfius tentang artikel ini, sebelum ni teman banyak terbaca artikel2 tentang keburukan minum ais, tapi bila baca yang ni lain pulak cerita nya.. cer korang baca n bagi pendapat korang lak apakah yang benar dan terbaik untuk kesihatan kita sebemarnya.. teman agak keliru dengan info2 sebegini.. Oh ya, artikel ini dikongsikan oleh hubby teman melalui perkongsian rakannya di wall FB beliau, hubby teman share pulak kat wall teman, hemm.. maybe selama ni teman salah kot sebab selalu tegur dia jangan minum ais, tak elok untuk kesihatan.. tapi artikel ni macam susah teman nak terima..wallahualamm.. hope korang boleh bagi pendapat.. yang teman tahu, ais ni memang ada keburukan dan kebaikannya.. cuma teman tak suka amalkan minum ais, teman percaya ais itu melemahkan tulang, hu3.. dah terbiasa dengan info sebegitu terus melekat di kepala.. korang lak camne? sila komen dibawah yea, nak tau gak pendapat korang.. apa2 pun baca dulu..
Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
assalamualaikum wbt.
BalasPadamalammak...kita pun confuse lah camne...
huhuhuhu...
tapi bukan ke Rasulullah s.a.w melarang minum ayour yang bebeno panas, sebab kita tiup lak lagi i.e. menyebarkan CO2. tp idak ler sampai suruh minum ais batu kan kan kan? sekadar sejukkan nya supaya boleh minum, kan kan kan?
ke teman pun silap sudah?
tapi ada gak saya dgr, macam kalau time masak, jangan masukkan garam/gula masa gulai / sup tgh mendidih. biar masak dulu, dah sejuk baru buh garam. n kacau2 kan dia bagi larut.
kalau tak kita telah menukar khasiat/ fungsi garam tu kepada menda lain (tak ingat amenda).
huihuhu...confuse lah weih...
btw, I LIKE DIS POINT... pasne nak makan aiskrim banyak2.. hehehehe
"Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam"
saya ni masa sekolah dulu suka kunyah ais. saya pernah baca fakta yg ais boleh bakar lemak sebenarnya
BalasPadamBukan ke minum ais boleh membuncitkn perut...
Padamgreat
BalasPadamPasal kunyah ais tu dah tahu..tapi pasal kebaikan minum ais tu yg confuse..fening2...tapi akak kt rumah rmh jrg minum ais kecuali bila makan kat luar..
BalasPadampercaya pada Al-Quran,
BalasPadamjgn percaya pada facebook
Subhanallah.. berpeganglah pada Al Quran.. soal ais ni.. wallahualam.. T kasih diatas perkongsian.. :)
BalasPadamOo..ada yg ckp x leh minum ais nnti btuk kn..tima kasih kongsi info tengkubutang :-)
BalasPadamMmg xleh minum ais...tp yg dia ckp ais krim....mmg klu kita rasa gatal2 tekak bila kita mkn ais krim..akan hilang....sbb bila gatal tekak kita nak batukkn....
PadamBiasalah setiap benda tu mesti ada baik dan buruknya kan.. Mcm akk jarang2 amk ais..uhuhuhu
BalasPadaminfo mcm ni kekadnag diuat org yahudi yg sengaja nk memutarbelitkan fakta sebenarnye..utn memusnahkan org islam.jadi kite berpandukan pada al quran.dari segi kesihatan minum ais mmg xbagus sbb boleh menegangkan urat saraf.dan akan menyebabkan badan berasa sengal2.tapi nasib la tb jarang n xbape skee ais ni ;)
BalasPadampendek kata nak ambil boleh cuma jangan berlebihan..=)
BalasPadamYup. This good. Macam kopi la. Ramai cakap kopi tak elok. Tapi Rasulullah minum kopi. Dan baru-baru ni ada dalam surat khabar mana tah, terbaca khasiat minum kopi. Seelok2nya 2-3 kali sehari. Maybe kopi O kot... hehehe
BalasPadamRasanya minum ais ni bergantung kepada situasi. Ingat tak, kalau berbuka puasa dan sahur kita digalak minum air kosong, bukan suam atau panas. Tapi kalau cuaca sejuk, tak elok juga minum air sejuk...kena minum air suam
BalasPadamSame mcm isu x elok minum kopi..x elok makan kambeng..walhal Rasulullah sniri penggemar kopi n daging kambeng..apepn kite kene buka minda n lebeh bykkn study ..jgn just judge x elok based pade ape yg kite dengar..sy sniri kuat mnum ais dr skolah..smpai kawan2 n fmly kate sy nampk mude wlaupn da 34..kikiki.... *tbe2..
BalasPadamApepn pd sy sume ade pro n cons ..bole diambil asalkan berpada2..ok selamat mcekek ais.. ;)
Saya tiap2 ari minum ais.. kdg2 jer air kosong.. hihihi.. tp alhamdulillah sihat lg smpai skarang
BalasPadampada saya ais ini melihat pada konteks. seperti dibarat cuaca mereka sejuk dan mungkin takat beku yang menyebabkan mereka perlukan air yang panas untuk mengembalikan keseimbangan badan, cuba bayangkan sekiranya mereka sejuk dan minum ais?? mungkin mereka akan jatuh sakit, contohnya seperti demam dan selsema,,, konteks dimalaysia atau negara yang berdekatan sememangnya cuaca yang panas menyebabkan kita lebih gemar meminum air sejuk untuk keseimbangan metabolisme dalam badan, menurut saya sendiri apabila terkena penyakit seperti batuk, sakit tekak, apabila meminum ais ianya menambahkan kesulitan pada saya. mungkin ianya bergantung pada individu. pengalaman saya sendiri meminum air panas di suhu yang lebih sejuk pula, sememangnya kita minum air tersebut dalam darjah kepanasan 80 degree, tetapi apabila dengan cuaca yang sejuk ianya seperti meminum air suam sahaja,, Nabi pula mengatakan tidak boleh meminum air panas tetapi kena minum air sejuk? tetapi adakah kita pasti bagaimana keadaan air sejuk baginda? dengan cuaca yang panas di tanah arab mungkin air sejuk mereka takat suhu bilik kita sahaja?? kalau dikaji semula air zam2 itu sendiri tidak sejuk seperti ais.. pada pandangan saya air sejuk yang dimaksudkan dalam konteks masyarakat kita ialah air suam,, sememangnya ais mempunyai kebaikan dan keburukan,, tetapi kajian daripada sains juga harus diteliti.. seperti proses penghadaman sendiri dimana air liur kita ini bersuhu bilik atau normal.. dengan suhu ini dapat menghadamkan makanan yang kanji sifatnya. pada saya fakta ini perlulah kajian yang meluas, sememangnya kita berpegang pada hadith dan al-quran pada yang muslim.. tetapi harus kita kaji secara meluas dari bebrapa konteks.. tidak dinafikan untuk sesiapa yang menghidap penyakit thyrod mereka perlu memakan ais-cream untuk pengecutannya.. tetapi ais-cream juga dispecifikasikan kepada jenisnya..
BalasPadamminta article ini disertakan dengan data.
1) kajian struktur ais, sifat-sifatnya daripada pengkaji muslim.
2) ayat al-Quran tersebut serta terjemahan.
3) hadith yang berkaitan serta dengan terjemahan.
4) data pesakit, atau perlu membuat research terlebih dahulu dalam kalangan masyarakat.
5) temu bual perubatan tradisional.
6) menyediakan borang soal selidik dan make sure responden mempunyai latar belakang yang pelbagai
dan lain-lain lagi.. berdasarkan ketepatan fakta ini baru kita dapat buat kesimpulannya..
kaji juga bila ais dicipta.. zaman nenek moyang dulu adakah ais mereka seperti kita? dari segi pembuatan dan sebagainya.. apabila fakta yang dikeluarkan tidak berdasarkan data dan kajian, ianya boleh diragui.. harap penulis blog lebih prihatin tentang perkara ini, kerana ianya menimbulkan keraguan dalam beberapa konteks terutamanya kepada pembaca.