Selamat Menyambut Maal Hijrah/Awal Muharram 1435H
Kita dah nak masuk tahun baru dah ni, moh kita bersiap sedia untuk sematkan dalam diri untuk behijrah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. jangan lupa baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun nanti yea..
Sedikit Info tentang Sambutan Maal Hijrah 1435h
Sedikit Info tentang Sambutan Maal Hijrah 1435h
sambutan Maal Hijrah ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.
‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut.
Berikut adalah Doa Awal Tahun:‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut.
Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supayaamal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.
‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.
Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.
salam maal hijrah tengku butang.. semoga lebaran baru bulan islam memberikan seribu rahmat buat kita semua.... :)
BalasPadamsalam maal hijrah. semoga sama2 mendapat keberkatan :)
BalasPadamSalam maal hijrah.. :-)
BalasPadamsalam maal hijrah tengubutang...
BalasPadamsalam maal hijrah
BalasPadamsalam maalhijrah TB...semoga tercapai segala yang diimpikan dan hidup berbahagia selama-lamanya
BalasPadamSalam Maal Hijrah ye.. :)
BalasPadam