Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

19 November 2013

VILLA NABILA : MANGSA MUNGKIN DISOROK MAKHLUK GHAIB

Mungkin disorok makhluk halus
Gambar kecil diatas: Shamsuri
Orang ramai turut mengunjungi kawasan berhampiran Villa Nabila berikutan berita di laman sosial mengenai kehilangan remaja di kediaman itu di Jalan Skudai, Johor.

Entri berkaitan-->VILLA NABILA YANG MISTERI

SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul.

“Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan.

Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu,” katanya.

Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa.

“Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun.

“Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar,” katanya.

11 ulasan:

  1. seram2...ramai betul kena sorok..

    BalasPadam
  2. Kecoh dah kat JB ni cerita ini. Kami di office pagi-pagi ini pun dah cerita hal yg sama. Harap-harap dapatlah ditemui remaja tersebut.

    BalasPadam
  3. mcm2 kes kan... tp akak baca kt blog mazidul bgtau dh jumpa dh budak lelaki tuh kt flat sri desa mutiara ngn awek nyer... kite penat lah mencari dia duk kt umah kwn dia rupenyer... boleh baca kt blog mazidul nih

    http://www.mazidulakmal.com/2013/11/saya-tidak-percaya-mereka-disorokkan.html

    BalasPadam
  4. wallahualam.... benda ghaib mmg wujud, tapi sekarang ni manusia dah macam2

    BalasPadam
  5. in da 1st place, awat la rajin p tempat gitu... haiiiii

    BalasPadam
  6. mmg cari penyakit masing2..
    lpas tu mula kuar cerita bukan2..
    salah siapa?

    BalasPadam
  7. terus dah jadi femes dah pulak villa nabila...jadi tempat pelancongan jer la...ihikss...

    BalasPadam
  8. hmm..tak tau nak cakap apa..semoga budak tu akan selamat dijumpai

    BalasPadam
  9. Klu x cukup ilmu di dada, jngnlah kita nk bermain2 dgn benda2 halus ni...

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers