Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 Januari 2014

SYARAT BARU BAGI JEMAAH PEREMPUAN--WANITA WAJIB BAWA MAHRAM


WANITA WAJIB BAWA MAHRAM

SYARAT BARU BAGI JEMAAH PEREMPUAN
Baru-baru ni teman bersembang dengan rakan-rakan tentang hal ni, ada member teman tu berhajat nak ke Mekah.. nak menunaikan Umrah, tetapi kecewa akhirnya apabila wujud pula syarat baru oleh Arab Saudi, dimana Mulai 2013 Kerajaan Arab Saudi telah mengetatkan peraturan baru iaitu, jemaah perempuan yang berumur 45 tahun ke bawah dan jemaah lelaki yang berusia kurang dari 18 tahun yang ingin mengerjakan umrah tetapi tidak mempunyai mahram yang sah tidak akan mendapat visa

Hal ini telah disahkan ramai dimana mereka tidak dapat pergi kerana Kedutaan Arab Saudi telah menolak permohonan visa berikutan penguatkuasaan undang-undang baru ini.

Member teman tu masih bujang, sebab tu menda ni jadi masalah bagi dia.. dia cadang nak gi dengan kawan2 perempuannya, tapi bila dah jadi camni, harapan tinggal harapan jea kot.. nak ajak ayah.. ayahnya dah lama meninggal.. nak ajak adik lelaki, kewangan lak tak mengizinkan.. so.. acane tu? terpaksa bersabar yea sayang, tunggulah dah bersuami nanti.. gi sana sama2 yea.. mungkin itu yang Allah dah tulis untuk awak..

hemm.. So, info ini jugak buat kengkawan semua yea.. sebar2 kan kalau boleh.. ini 
bagi memudahkan bakal-bakal jemaah yang berhajat mengerjakan umrah dalam waktu terdekat atau beberapa bulan lagi, apa2 pun sila AMBIL PERHATIAN. 

CONFIRMKAN DENGAN TRAVEL AGENT KORANG NANTI TENTANG HAL INI. 
PASTIKAN JUGA KORANG MEMPUNYAI MAHRAM SEPERTI DALAM CATATAN BERIKUT :

PERATURAN PERMOHONAN VISA
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-
1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa

AMBIL PERHATIAN  DAN SILA ALERT DENGAN SAUDARA MARA KAWAN2 YANG BERHAJAT PERGI TETAPI TIDAK MEMPUNYAI MAHRAM.
Kepada semua yang permohonan visa ditolak dan hajat untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian, jangan bersedih lama2 ya. Sentiasa yakin pada Allah yang perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. 
untuk Haji teman tak pasti lak.. 

31 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ho yeke.. teman baru tau baru2 ni... masa sembang dgn member..

      Padam
  2. Susah juga kalau macam tu. Mungkin takut apa² terjadi kot. =)

    ZH Blogger

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah.. klu dh ada niat tu, insyaAllah akan dimakbulkan Allah.. aminn..

      Padam
  4. Balasan
    1. Yea betui.. tp masih ramai gak yang tak tahu pasal ni hinggalah bila timbul masalah visa baru depa tahu hal ni.. kesian kan..

      Padam
    2. Alhamdulillah tahu awal.. sy ada rancang pergi hujung tahun nie.. mgkn bukan rezeki sy lg nak kesana.. insyaAllah rezeki brsama suami akan dtg.. amin

      Padam
    3. Alhamdulillah tahu awal.. sy ada rancang pergi hujung tahun nie.. mgkn bukan rezeki sy lg nak kesana.. insyaAllah rezeki brsama suami akan dtg.. amin

      Padam
  5. Assalamualaikum kak, thanks bagitau. mertua sheila pun ada pesan ni. semoga dimurahkan rezeki dapat buat haji dan umrah bersama suami dan anak. in shaa Allah :)

    BalasPadam
  6. Aah jiran pun cite ank pmpuan dia tak dpt g haji kna suami or adik lelaki ikt , baru settle mslh kalu tak mmg tak dpt g

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa kan.. pasti ada yg xtau lg kann.. sib baik lea dpt gak gi yea

      Padam
  7. assalamualaikum TB...mekacih dgn perkongsian info yg baik ni...:)

    BalasPadam
  8. baru tau..huhu..thanks share..info yg bermanfaat...

    BalasPadam
  9. semoga satu hari nanti dapat juga mencapai impian menunaikan haji... terima kasih di atas perkongsian yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena lekas daftar haji bagi yg belum daftar. Daftar sekarang akan masuk zon menunggu lebih 50 tahun oi...

      Padam
  10. mmg dah tau ttg hal ini... ;) anyway thanx for sharing mungkin ada ramai lg yg tak tahu kan

    BalasPadam
  11. rajinnye entry copy dr paper. rasanya memang pg mekah kne bwk mahram

    BalasPadam
  12. huhuhu ... baru je Nat bincangkan perkara ni dengan kawan2 last Month...

    dulu seingat Nat .. ustaz2 atau pembawa rombongan boleh menjadi Mahram pada kita yang single .. la ni .. memang tak pek la nak nolong ek ... waaaaaa

    Alhamdulillah masa ayah sihat dah pergi dengan ayah & mak ... * tetap sedih sebab belum nampak lagi peluang ke dua ke sana ... :(

    BalasPadam
  13. Semua yang komen sini teman dah bw lik yea.. tq sebab sudi singgah n komen entri teman.. lov u all.. =)

    BalasPadam
  14. Semoga dipermudahkan dan dimakbulkan niat setiap kita yg berhajat ke sana.. aamiin..

    BalasPadam
  15. tq for the info...
    tapi mama eB x da anak laki & suami camna eh?

    BalasPadam
  16. Susahlah orang bujang nak pergi selepas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena lekas kahwin lah. kalau isteri berkerjaya lebih baik, sponcerlah suami

      Padam
  17. baru berniat nak pergi bersama bonda tp terpaksa la ditangguhkan.huhu

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah dn terima kasih pada info yang beri...

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers