THAIPUSAM DAN APA YANG BEST
Hemmm.. hari ni teman saja jea buat entri pasal Thaipusam ni.. sebab esok hari Thaipusam kan.. dan apa yang best ialah.. heeee.. esok my hubby Cotiiiii.. haaa.. korang pun coti gak kan?? Apa2 pun teman saja baca sikit2 info tentang perayaan Thaipusam ni, just untuk pengetahuan bukan berniat nak agung2 kan jauh sekali nak sambut... just info dan ilmu untuk diri sendiri aje.. so, jangan ada yang kata teman buat entri ni nak promote Thaipusam lak yea.. hari tu nak buat entri Maulidur Rasul tapi udah terlepas sebab bz dengan tetamu yang datang umah n ajak gi jengjalan.. hu3.. so, terlepas lea entri pasal Maulidur Rasul..
Hemm.. ok lah.. meh kita mulakan, sedikit pengenalan tentang Thaipusam.. Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk.
Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung Merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang.
Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves.
Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.
Upacara Pecah Kelapa Sempena Perayaan Thaipusam
Pesta' memecahkan beratus-ratus ribu buah kelapa oleh penganut-penganut agama Hindu sempena perayaan Thaipusam kini bermula..
Upacara yang diadakan saban tahun itu adalah sebagai persediaan merayakan Thaipusam yang disambut esok oleh penganut agama Hindu di seluruh dunia.
Tradisi ini diadakan bertujuan untuk menyucikan diri daripada kejahatan.
Selain itu, tradisi ini turut dikongsi oleh orang ramai yang turut 'menolong' memecahkan buah kelapa yang disediakan di tepi jalan atau di hadapan kuil.
Beberapa jalan di sekitar bandar raya telah ditutup secara berperingkat mulai semalam, Rabu (15 Januari) berikutan perarakan berhala sempena perayaan Thaipusam esok (Jumaat) ,
Jalan-jalan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves ditutup bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi berikutan perarakan itu.
So, kepada sape2 yang suka berjalan tu.. dok umah jelah yea esok.. hu3.. mana tau nanti terkandas lak kat jalan2 yang digunakan untuk upecara ni.. haaa..
thaipusam xbest sbb sarawak xdpt cuti..kihkih..apa2 pun dpt jugak info tentang thaipusam kt sini..thanks share! :)
BalasPadamOo..baru tau..huhu..kita kja la..xdpt cuti..
BalasPadamyang cucuk-cucuk besi kat badan tu utk apa pulak eh? :O
BalasPadamsarat la batu caves...
Padamhate it :)
good info..selalu baca info deepavali je..
BalasPadamPaling menarik tentang thaipusam adalah..CUTI....hehe
BalasPadamiqa penah belajar agama hindu ni kat matrik dulu. perayaan thaipusam ni menakutkan kot. diorg mencederakan badan2 diorg sendiri sebagai tanda nak minta maaf kat tuhan mereka.
BalasPadammenarik ini. Terima kasih perkongsian ini TB.
BalasPadamSllu nmpk diaorg joget2..hehe..pastu baling2 kelapa :)
BalasPadaminfo camni la ramai orang belum ketahui. hhee
BalasPadamkat Sabah tak cuti..keja mcm biasa
BalasPadamAssalamualaikum. sheila kerja rini. hehe yang pasti Batu Caves jem gila. hehehe mujur dah tak kerja area situ :)
BalasPadamNice info.. Cuma yg pasti.. Jalan makin jem..
BalasPadamThaipusam ni baru hari raya kaum hindu kalau tak silap bukan depavali.. sebab ada kawan kita india dulu pernah cakap tapi kat Malaysia katanya depavali lebih di raikan
BalasPadam