Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 Januari 2014

Warna dan Personaliti Diri - Tengkubutang

Warna dan Personaliti Diri
Aaaaachummm.. salam Jumaat semua, pekabo? sihat ke hari ni? hu2.. teman kat sini sihat2 ajer.. tapi Batuk dan Selsema masih menghuni dalam badan teman ni.. argh.. tension.. malam2 tido hidung tersumbat.. adeh.. apa2 pun teman terima dengan redha sebab sakit2 tu tandanya penghapus dosa2 kecil kan.. Aminn.. Haa.. hari ni teman ingat nak share kan pasal warna dan personaliti.. 

Haaaa.. korang suka kaler apa? mesti korang ada kaler kesukaan masing2 kan?? dan teman pasti.. para Blogger ni sukakan kaler PINK.. sebab banyak blog2 yang teman singgah kebanyakannya background kalernya PINK jea.. kecuali lea blog lelaki yea.. 

heee.. dan kalau korang nak tau teman suka kaler apa, haaa.. teman ni suka kaler Oren tau.. tu sebab blog pun nak gak pilih kaler Oren, Motor kaler Oren, barang2 dapur kaler Oren, botol minuman kaler Oren, kalau ada keta baru pun kalau boleh nak kaler Oren, ada umah pun nak kaler Oren, masa bersanding hari tu pun konon berangan nak kaler Oren, tapi hubby taknak.. dia kata sakit mata.. huk3.. ntah apa ntah kan.. pilih lea Oren yang lembut.. jangan pilih oren striking tu.. memang lea sakit mata kan.. 
Jom kita nengok warna2 ni dan personaliti diri.. betul tak sama dengan personaliti diri korang ngan warne kesukaan korang (^_^).. jeng3

Emas·
  • Positif- Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.·
  • Negatif- Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.
Putih 
  • Positif- Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.·
  • Negatif- Boros berbelanja
Kuning·
  • Positif- Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.·
  • Negatif- Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.
Merah 
  • Positif- Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.·
  • Negatif- Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.
Hijau 
  • Positif- Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.·
  • Negatif- Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.
Merah jambu·
  • Positif- Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.·
  • Negatif- Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.
Coklat·
  • Positif- Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
  • Negatif- Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.
Perak
  • Positif- Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.·
  • Negatif-  Mudah putus asa dan cepat merendah diri.
Ungu 
  • Positif- Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.·
  • Negatif- Sombong dan sedikit emosi.
Hitam 
  • Positif- Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.·
  • Negatif- Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.
Kelabu 
  • Positif- Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.·
  • Negatif- Cengeng dan agak pemalas
Jingga
  • Positif- Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.·
  • Negatif- Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.
Biru ·
  • Positif- Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.·
  • Negatif- Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.
Hohohoho.. So, apa kesukaan kaler korang yea? dan adakah personaliti tu sesuai dan memang benar sama dengan diri korang yea? meheheheheheee.. jom share sini.. nak tau gak korang personaliti yang macam mana kan.. hik3.. ada yang betul, dan ada yang tak.. so, anggaplah menda ni sekadar hiburan hati di pagi2 ni.. jap lagi nak upload entri untuk Jumaat lak.. 

14 ulasan:

  1. haha..saya merah..memang kebetulan, ada persamaan dengan yang dinyatakan =P

    BalasPadam
  2. saya suka kaler merah dan hitam.... ada sifat pendendam rupenya.. ekekeke.... tp jarang pula berdendam dgn orang... selalunya dimaafkan segala kesalahan...
    p/s: semoga cpt sembuh TB...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak tengku. sheila suka hijau. hehehe. memang agak sama dengan personaliti sheila. hihi

    BalasPadam
  4. ehe,,blog akak pink..sbb mia suka pink....

    BalasPadam
  5. banyak kaler yg saya suka, x tentu. hehehe

    BalasPadam
  6. hehe, sy pulak suka pink dengan hijau..ada la jugak samanya tu..

    BalasPadam
  7. hehe, sy pulak suka pink dengan hijau..ada la jugak samanya tu..

    BalasPadam
  8. buat masa skrg ni minat sangat warna pink purplish.. :)

    BalasPadam
  9. Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.·


    em

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers