Minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Lautan Hindi menjadi lokasi terakhir penerbangan pesawat MH370 dan sehingga kini seluruh dunia masih lagi bersimpati dengan insiden yang melanda 227 penumpang dan 12 anak kapal yang terbabit.
Demi menghormati insiden tersebut, ramai pihak telah menangguhkan segala aktiviti hiburan, termasuklah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sepatutnya akan berlangsung pada 6 April ini.
Menurut Pengarang Kumpulan Berita Harian iaitu Mahfar Ali, anugerah berprestij itu ditunda berikutan rasa prihatin terhadap isu yang sedang melanda negara saat ini.
Ketika sidang media tersebut, Mahfar berkata tarikh baru bagi ABPBH akan diberitahu kemudian, ekoran terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat semula.
Dalam pada itu, Mahfar berkata, dia tidak menolak kemungkinan ABPBH bakal dilangsungkan di Kuala lumpur kerana perubahan jadual dan pengubahsuaian yang dilakukan di Arena of Stars, Genting Highland.
Untuk pengetahuan, kebanyakkan finalis ABPBH bersetuju dengan tindakan Berita Harian menangguhkan acara ini bagi menghormati insiden memilukan yang menimpa penerbangan MH370 termasuklah Aaron Aziz, Amy Mastura, Yana Samsuddin dan ramai lagi.
Kepada anda yang ingin mendapatkan tiket, penebusan tiket masih boleh dibuat dan pihak penganjur akan memaklumkan mengenai tarikh baru dan tiket yang telah dimilik boleh ditukar kepada tiket baru.
Sumber : OhBulan
Elokk jgk
BalasPadamTak yah buat lagi bgus..
BalasPadamTindakan mcm ni bgs.. buat masa keadaan dah reda.
BalasPadam