Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

01 April 2014

KALAU HILANG BIAR HILANG SAMA2, KALAU MATI BIAR MATI SAMA2...


Sebak Baca Instagram Intan Maizura Othman (Isteri Hazrin Hasnan, Pramugari Pesawat MH370). Bukan semua dapat menerima berita tragedi ini dengan kekuatan yang ada. Ada yang kehilangan punca dan sebagainya. Tetapi inilah yang terpaksa mereka terima. Orang yang tersayang untuk mereka selama ini telah tiada.
Begitulah tragedi yang menimpa Hazrin Hasnan, pramugari pesawat MH370, yang mana isterinya Intan Maizura Othman redha dengan ketentuan ilahi sebaik sahaja menerima pengumuman tragedi malang menimpa pesawat itu oleh Perdana Menteri pada 10 malam 24 Mac 2014 ..  
Bila teman baca jea bait2 kata2 Intan Maizura Othman tu, teman terfikir macam manalah rasanya kalau teman ditempat dia, macam mana rasanya kalau yang hilang/pergi itu adalah hubby tersayang teman? tak dapat nak bayangkan apakah perasaan yang datang masa tu.. 
Tambahan pula, baru2 ni hubby teman cakap nak gi Hong Kong lagi, nak amik stock barang motor, teman halang dan cakap jangan gi lagi buat masa ni.. tunggu keadaan reda dulu.. tapi hubby tak nak dengar, sebab dia fikir kalau macam tu, kalau stock barang kurang macam mana? Hemm.. bila hubby teman cakap camtu.. teman dah tak daya nak kata apa2.. dia memang degil sikit.. tapi kalau dah dia kata macam tu, biarlah teman pun ikut sekali.. biarlah teman bersama2 dia walau apa2 pun terjadi.. teman tak rela lepaskan dia pergi sorang2.. biarlah teman bersama2 dia.. 
Mungkin dia takkan faham kerisauan teman ni, dan mungkin dia pun tak terfikir (or terpaksa tak nak fikir) pasal bahaya yang kemungkinan berlaku kepada dia bila dia berada HK pada masa ini dimana krisis rakyat Malaysia di boikot di sana.. Nak tak nak.. biarlah teman follow dia.. mungkin itu yang terbaik.. Moga masa kami nak gi sana nanti, keadaaan dah semakin pulih..

teringat apa yang teman cakap pada dia hari tu.. takpelah.. nak ikut gak lea.. kalau mati pun, biar mati sama2.. (tiba2 lak suara rasa sebak nak nangis masa tutur ayat tu.. )

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak, semoga dipermudahkan segala urusan kalian sepanjang di HongKong sana. jaga diri baik2 tau~~~

    BalasPadam
  2. tgk buletin utama aritu pun x sangka pembaca berita tu boleh menangis tersedu sedan. apatah lagi kita ni. baru berpisah beberapa hari pun dah terasa. ini kan pulak berpisah dgn cara mcmni, intan tu pulak tgh pregnant. mmg sedih sgt2..semoga semuanya kembali dgn selamat. amin..

    BalasPadam
  3. Mmg menyedihkan.. sebak rasanya bila baca status2 tu... Al Fatihah... aamiin...

    BalasPadam
  4. aduhla dik,yelah kadang lelaki nih jenis yg mls nk pikir yg remeh2... kite lak yg tkt kan

    BalasPadam
  5. Bila kehilangan orang yg d sayang mmang amat d rasai. Moga intan tu tabah utk mnjalani kehidupan yg mendatang

    BalasPadam
  6. Memang sedih dan sebak baca luahan hati kak intan ni. Moga dia terus tabah dan sabar menghadapi hari2 mendatang.

    Singgah sini..jemput ke blog perempuankampungmoden.blogspot.com

    BalasPadam
  7. menitik2 airmata kami baca d opis last week ;(

    BalasPadam
  8. Salam..hmmmm mmg sedih bace dan dgr luahan isteri pramugara Mh370 tu..before ni pun, bakal tunang sy selalu jgk pegi overseas, atas urusan kerja...selama itu pun sy lepaskan dia pegi sana dgn berat hati, apetah lagi lepas kejadian MH370 ni, makinlah kalau boleh xnak terus bg dia g mana2 naik flight..at least, klw nak pergi, pergi dgn saya lepas kawin...betul kata u, apa2 pun biar tempuh sama2.. :(

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers