Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

19 Mei 2014

30 DAYS RAMADHAN HIJAB CHALLENGE


Korang pernah dengar tak tentang laman web kat atas ni? Haa.. jom kita mengajak kawan2 berhijab.. selain menghormati bulan Ramadhan yang bakal tiba ni.. hemm.. teman baru hari ni tahu ada laman web ni, saja buka tengok.. hemm.. memang laman web ni menarik perhatian teman untuk stay lebih lama disitu, teman baca setiap isi kandungan disitu.. 

Disini serba sedikit tentang laman web tersebut yang teman baca, mari kita baca sama2 apakah tujuan sebenar laman web ini dilancarkan.. 
Hari Hijab Sedunia atau World Hijab Day Kempen Hari Hijab Sedunia atau World Hijab Day ini ialah hasil ilham wanita New York bernama Nazma Khan yang berhijrah dari Bangladesh ke New York sejak berusia 11 tahun.“Membesar di kota New York, saya berdepan pengalaman yang sukar ekoran memakai hijab.“Di sekolah menengah, saya (digelar) Batman atau Ninja,” katanya.
Bercerita tentang pengalamannya selepas kejadian 11 September, Nazma akui pernah dipanggil Osama bin Laden atau pengganas.
“Apabila saya masuk kolej selepas kejadian 11 September, mereka panggil saya Osama bin Laden atau pengganas. Ia menyakitkan.
“Akhirnya, saya berpendapat satu-satunya jalan untuk mengakhiri diskriminasi ini adalah dengan mengajak wanita lain untuk merasai pengalaman berhijab.
Tidak menyangka ideanya itu mendapat sokongan dari seluruh dunia, Nazma dihubungi oleh rakyat dari pelbagai negara termasuk UK, Australia, Perancis dan Jerman.Dilancarkan berikutan kes Diskriminasi yang sering berlaku terhadap golongan yang berhijab.. “Akhirnya, saya berpendapat satu-satunya jalan untuk mengakhiri diskriminasi ini adalah dengan mengajak wanita lain untuk merasai pengalaman berhijab.
Tidak menyangka ideanya itu mendapat sokongan dari seluruh dunia, Nazma dihubungi oleh rakyat dari pelbagai negara termasuk UK, Australia, Perancis dan Jerman.PEMAKAIAN hijab atau tudung mula mendapat perhatian seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa apabila satu kempen memakai hijab dianjurkan di seluruh dunia buat kali kedua.
Kempen ini memberi ruang kepada wanita bukan Islam untuk mencuba memakai tudung seperti wanita Islam selain mencipta kesedaran terhadap masyarakat seluruh dunia.
Ilmuan Islam dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk melihat kempen itu mampu memberikan kesedaran yang diperlukan dalam masyarakat demokratik tentang asas hak dan mendidik masyarakat tentang asal serta sebab berhijab ekoran beberapa negara telah mengharamkan pemakaian hijab.
Fuhh.. begitu banyak pengalaman2 mereka2 yang dulunya free hair kini telah berhijab.. banyak perkongsian cerita tentang bagaimana mereka mula berhijab.. apakah perubahan yang baik berlaku selepas mereka berhijab? apakah dugaan2 yang mereka hadapi apabila mereka memilih untuk berhijab, banyak cacian dah ejekan apabila mereka mula berhijab.. ada juga sokongan dari orang luar yang memberi galakan kepada mereka untuk terus bertahan dengan ujian dan dugaan kerana penghijrahan mereka itu satu langkah yang murni.. 

Haa.. terdapat jugak kisah artis kita yang berhijab dalam website tu tau.. antaranya ialah Mizz Nina dan berberapa yang lain.. Kagum teman dengan penghijrahan mereka dan keberanian mereka menempuh dugaan sesudah berhijrah/berniqab/berhijab..

buat yang rajin membaca tu, meh singgah website dan Facebook yang tertera dibawah ni.. maybe bagi yang belum terbuka hati untuk berhijab akan dapat sesuatu dari sini mana la kita tahu kan.. just ikhlaskan hati baca dulu.. selepas itu tepuk dada tanya selera.. tiada PAKSAAN untuk melakukannya dan tiada GALAKAN untuk TIDAK melakukannya......... u know the meaning right? (^__^)

Jom jenguk Facebook World Hijab Day

Nak baca lagi pasal ni??--->KLIK SINI

1 ulasan:

  1. bagus nie..mengajak ke arah kebaikan.. mane tau sape2 yang tak pkai tudung, bile join challenge nie, terbuka hati nak pakai terus.. :)

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers