NORTH CAROLINA 11 Jan. - Kebanyakan kita sedar terdapat sejumlah pengguna laman web sosial akan menyiarkan sesuatu mengenai diri mereka di akaun-akaun laman web tersebut setiap 10 minit.
Penyelidik Amerika Syarikat (AS) mendakwa, perbuatan itu mempunyai kecenderungan memuja diri sendiri atau narsisistik kerana tindakan itu dilihat mengharapkan perhatian pengikut akaun mereka di laman web seperti Twitter dan Facebook.
Penyelidik turut mendapati orang dewasa yang suka memuja diri sendiri, lebih memilih untuk menyiarkan sesuatu mengenai diri mereka di Facebook berbanding Twitter.
Penyelidik dari Universiti High Point di sini, Shaun Davenport berkata, narsisisme dilihat merupakan pencetus utama keinginan untuk bermegah diri di Twitter.
Beliau mendapati pelajar yang mempunyai kecenderungan itu memilih Twitter untuk menarik perhatian dan mahu mempunyai ramai pengikut.
Bagaimanapun, berdasarkan kajian yang disiarkan di dalam jurnal Computers in Human Behaviour, orang dewasa memilih untuk menyiarkan cerita mereka di Facebook, mencadangkan berlakunya perbezaan antara generasi.
Penyelidik mendapati mereka yang dilahirkan antara awal 1980-an dan awal 2000 sering menyiarkan status di Facebook dan kurang memaparkan kecenderungan memuja diri sendiri. - AGENSI
Sumber : Utusan Online
macam2 kan
BalasPadamehem2..alhamdulillah..tidak tergolong dalam golongan itu
BalasPadamAstaghfirullah
BalasPadam