Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

10 Jun 2014

4 Sebab Peha Besar!


Opsss.. apa ni?? Tengkubutang ni tak habis2 dengan entri Peha Beso nye yea?? ha3.. yelah2 teman mengaku.. memang asyik up entri pasal peha beso aje kan.. buka apa.. teman sendiri terasa macam badan dah naik ni.. peha dah makin lebor.. almaklumlah.. asyik makaann je kojenya dok kedai ni.. 

hi3.. tapi, teman tau.. bukan teman sorang je macam ni, ramai lagi wanita yang macam teman kan.. dan cuba sedaya upaya untuk mengecilkan bahagian tersebut.

Tetapi, sebelum korang memulakan misi menurunkan serta mengecilkan bahagian peha, apa kata ketahui dulu 4 punca mengapa peha korang lebih besar berbanding orang lain. Baca ni..

1)      TERLALU BANYAK DUDUK
Tidak banyak bersenam dan bergerak boleh menyebabkan peha kamu semakin berisi. Bukan itu sahaja, terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk juga boleh memberi kesan yang ‘tidak cantik’ di bahagian peha. Ini kerana, apa bila kamu dalam posisi duduk peha akan semakin mengembang. Jadi, apabila kamu tidak bergerak atau bersenam ia akan membuatkan lebih banyak lemak terkumpul di bahagian tersebut malah membuatkan peha kamu mengelebih dan tidak pejal.

2)      SALAH PILIH JENIS SELUAR
Konsepnya sama seperti memakai ‘corset’. Lebih ketat lebih padat. Sama seperti seluar dan peha. Jika kamu pakai seluar yang jenis memeri atau strectable seperti palazo, peha mempunyai peluang untuk terus mengembang dan berubah bentuk tanpa di sedari. Jadi, tidak hairanlah mengapa peha kamu semakin besar dan melebar.

3)      KETURUNAN
Cuba perhatikan bentuk badan ahli keluarga kamu. Jika ibu atau kakak kamu mengalami masalah yang sama itu tandanya kamu mewarisi genatik peha besar. Ini menunjukan peluang untuk kamu miliki peha yang kurus agak tipis. Namun, jika di iringi dengan azam dan semangat yang kuat besar kemungkinan kamu dapat kecapi apa yang di idamkan bukan?

4)      BENTUK TUBUH
Jangan risau,memiliki peha yang besar tidak bermaksud kamu memang gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan. Sebenarnya,bentuk badan juga menentukan saiz peha milik kamu.Contoh bentuk badan seperti buah pear @ potongan A.  

So, teman pun gigih la cari senaman yang untuk kecilkan peha, dan disini teman kongsikan jugak senaman yang teman cari hari tu.. dari laman web Kevin Zahri, meh tengok meh.. 

tengok sini jugak-->SENAMAN KECILKAN PEHA

12 ulasan:

  1. memang pun...huhu...paha ni semakin hari smakin besar...disebabkan genetik + suka duduk...huhu

    BalasPadam
  2. ha? jenis seluar pun ada affect? takkan sy nak pakai skinny je..huhu aurat..

    BalasPadam
  3. kikiki..gigih ye bersenam?? alaa, xpyh nk gigih sgt TB bukan gemuk pon....peha pon sdg elok je kot

    BalasPadam
  4. oooooooooo..baru tau..tq TB..hihihi.nice info

    BalasPadam
  5. hamboih... kena cuba senaman kecilkan peha ni... nanti cuba senaman kecilkan peha, tapi kalau peha je kecil? camne??? hahhaha..

    BalasPadam
  6. Alamak...peha aku dah kecik dan slim ni....nak kena senaman gak ker?...ekekekekeke

    BalasPadam
  7. kebanyakan perempuan semuanya ada peha besar. Susah gak nak kecikkan balik T_T

    BalasPadam
  8. Peha ayam kfc.. mengidamnya..

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers