BENTUK/LEKUK TUBUH WANITA |
Wanita sememangnya dikurniakan dengan pelbagai keunikan dan keistimewaan. Selain diselimuti dengan bermacam emosi, mereka juga memiliki bentuk/lekuk tubuh tersendiri.
BENTUK JAM PASIR
Berada di tengah-tengah di antara pir dan epal. Tidak kurus dan tidak gemuk. Mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha kelihatan berotot dan kuat. Bentuk tubuh seperti ini biasanya menjadi idola para wanita juga lelaki. Memiliki pinggul yang lebih langsing dan dada serta pinggang yang berisi.
· Mereka yang dikurniakan bentuk tubuh seperti ini sangat bertuah dan bebas memilih apa jua busana.
· Untuk kelihatan menawan, anda boleh memilih sequin dress, peplum atau lace.
BENTUK LURUS
Tubuh seperti ini turut dikenali sebagai tubuh berbentuk pisang atau pembaris. Ada yang beranggapan wanita yang dikategorikan dalam bentuk tubuh lurus kelihatan kurang menarik. Biarpun kurus dan tidak mempunyai lebihan lemak di badan, namun golongan ini juga sebenarnya agak sukar untuk memilih busana.
· Gayakan busana yang diperbuat daripada material yang mempunyai ‘volume’ seperti chiffon, hycon atau ruffle untuk memberi gambaran lebih berisi serta elakkan memakai busana ketat.
· Usah memilih busana yang terlalu pendek kerana ia akan menyerlahkan lagi tubuh kurus anda.
BENTUK PEAR
Bahagian dada kecil dan pinggang ramping. Badan dikatakan seperti duyung. Mempunyai pinggang,pinggul dan paha yang agak besar.
· Pilih aksesori yang boleh dipakai di bahagian leher bagi menimbulkan ilusi yang kelihatan seimbang dengan pinggul dan paha.
· Hindari pemakaian legging atau busana yang melekap pada tubuh.
EPAL
Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas. Memiliki pinggul yang kecil dan kaki langsing. Ia seakan mirip dengan rupa bentuk buah epal dan membuatkannya kelihatan lebar dan gemuk.
· Elak pemilihan busana daripada bahan buatan spandex yang akan membungkus tubuh ketat. Cari busana yang agak longgar untuk membantu menutup bahagian pinggang .
· Hindari pemakaian aksesori yang terlalu banyak di bahagian pinggang agar tidak terlihat makin lebar dan gemuk.
· Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.
Heee.. agak2 korang yang mana satu?
err..malu plak nak pilih yg mne satu.. macam2 eh..dpt gak tau pemakaian macam mne kan..nice entry! :)
BalasPadamheheh klakor pula
BalasPadamhahahaha.. macam ni pon boleh.
BalasPadamvisit my blog ^_^