Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

19 Julai 2014

Solekan Untuk Menampakkan Mata Lebih Besar dan Bundar

source from Google |
Bab makeup tang mata ni memang pompuan paling suka punya kan.. sebab dari matalah turun ke hati, cintapun mulalah berputik.. hahaha.. mengarut sudah.. saja teman nak share tips ni ha.. teman ternampak dalam majalah mana entah hari tu, saja buat draft.. pastu simpan.. berkurun lak tu.. terus terlupa nak letak link.. nanti kalau teman jumpa lik teman gitau majalah apa.. mohon share dulu la yea.. jom baca sama2 cara-cara atau teknik makeup untuk beso kan mata.. Mata kecik pun leh jadi beso effect dari makeup tau!

1-SEMBUNYIKAN DARK CIRCLES
Kewujudan lingkaran gelap bawah mata bukanlah sesuatu yang di senangi oleh para gadis. Ini kerana, ia akan menganggu penampilan serta membuatkan mata kelihatan lesu dan tidak bermaya. Secara tidak langsung ia akan menyembunyikan ‘seri’ di wajah. Jadi penggunaan penyamaran cela dapat menyembunyikan kelemahan kamu serta memberi efek segar di kawasan mata.

2-MAGIS MASKARA
Bulu mata juga sangat memainkan peranan penting dalam menampakkan mata lebih segar dan sihat. Oleh itu, gunakan maskara untuk dapatkan hasil magis di kawasan mata.

3-HINDARI EYELINER HITAM
Elakan daripada memakai eyeliner bewarna hitam. Ini kerana, warna gelap akan membuatkan mata kamu lebih kelihatan kecil. Sebaiknya, cuba gunakan eyeliner berwarna terang seperti putih.

4-GUNAKAN GARISAN YANG BERSESUAIAN
Garisan eyeliner yang paling sesuai untuk si mata kecil ialah garisan nipis ke arah luar kelopak mata.  Malah, kamu juga boleh cuba buat garisan di atas bulu mata. Jangan gunakan garisan tebal kerana ia akan membuatkan mata kamu kelihatan pelik dan tidak sesuai.

5-PAKAI ‘EYELINER LIQUID’
Jika kamu ingin memilih eyeliner, pilihan eyeliner jenis cecair sangat sesuai untuk kamu! Ini kerana, ia akan menghasilkan garisan nipis serta tepat seperti apa yang sesuai dengan kamu. Malah, ia juga sangat senang untuk di pakai. Jika salah padamkan sahaja dengan tisu atau wipes kamu.

6-KENING YANG RAPI
Kening juga boleh membantu memberi ilusi   agar mata kelihatan lebih besar dan sihat. Caranya, pastikan kening kamu kelihatan rapi dan bentuknya sesuai dengan mata. Jangan terlalu tebal. Ini kerana, ia akan membuatkan titik fokus pada bahagian mata terganggu serta membuatkan mata kelihatan lebih kecil dari biasa. 

7 ulasan:

  1. Lagi satu jangan lupa pakai contact lenses besau.. hahahahhaah... nice tips!

    BalasPadam
  2. Perkongsian yg menarik..
    Bole apply masa raya nanti....thanks

    BalasPadam
  3. x bese pkai make up kat mata ni. huk

    BalasPadam
  4. done follow sini., singgah sini kejap ye., ohh., mcm tu yer

    BalasPadam
  5. selalu failed bab mekap mata ni...hahahhaha

    BalasPadam
  6. Owh...pakai hentam je sebelum nih...hihi

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers