TIPS KELUARGA BAHAGIA | JANGAN BERGADUH LAMA-LAMA! |
Tanpa pergaduhan, kita mungkin tidak akan tahu sikap sebenar pasangan atau melihat sendiri cara masing-masing memujuk kembali selepas bersengketa.
Namun, pergaduhan tidak seharusnya dibiarkan lama hingga menyebabkan masalah besar dan membuatkan pasangan tidak lagi mesra.
Akhirnya, pergaduhan yang dibiarkan itu mengakibatkan pertengkaran yang kadangkala mampu mencederakan pasangan dan paling teruk apabila perlu bercerai kerana menganggap tiada lagi jalan penyelesaiannya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, pada 2011 pernah menyatakan kadar perceraian di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit.
Tentu kita terkejut apabila mendengar statistik berkenaan. Sebagai pasangan suami isteri yang begitu menyayangi rumah tangga, seharusnya mencari cara terbaik bagi mengatasi pergaduhan sekali gus mengelakkannya daripada lebih memudaratkan rumah tangga.
Berikut beberapa panduan yang mungkin dapat membantu pasangan suami isteri untuk mengelak pergaduhan terutama apabila berada di bulan mulia ini.
Kawal emosi

Cuba kawal emosi dengan menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Biasanya, wanita sering dikaitkan dengan emosi berlebihan berbanding lelaki.
Sebaiknya, kawal perasaan dan jangan tunjukkan perasaan marah atau tidak puas hati di depan pasangan selain bertindak bijak dengan setiap perkataan yang ingin diluahkan.
Sekurang-kurangnya, dengan bersikap tenang kita tidak akan menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah meluap-luap.
Jangan cari masalah
Tolak ansur perkara penting yang perlu ada dalam perhubungan suami isteri. Sebelum melakukan sebarang keputusan, pastikan berbincang bersama pasangan terlebih dulu.
Jangan cuba mencetuskan kemarahan dengan mengungkit perkara tidak berkaitan ketika pertengkaran dengan alasan ‘tidak sengaja’ mewujudkan pergaduhan.
Perlu ada kejujuran dan kepercayaan
Setiap pasangan suami isteri perlu mempunyai dua sikap penting ini iaitu kejujuran dan kepercayaan. Ia menjadi kunci utama dalam mengukuhkan lagi hubungan yang dibina sekian lama.
Jika tiada, sukar untuk pasangan suami isteri itu mahu membina keluarga bahagia dengan hanya bersandarkan gelaran saja.
Berterus terang
Jalan terbaik untuk membina kepercayaan adalah dengan berterus terang. Jika ada sebarang masalah lebih baik berterus terang kerana jika ia disimpan dan diketahui oleh pasangan menerusi orang lain, pasti akan menjadi sebab kepada pergaduhan.
Lebih baik bercakap benar tanpa menyembunyikan sebarang masalah. Sekurang-kurangnya ia dapat diatasi bersama pasangan jika kita tidak mampu mengatasinya.
Bersikap terbuka
Bagi mengelakkan pergaduhan, cuba fikirkan perkara positif atau kenangan indah ketika bersama pasangan. Jangan terlalu ambil serius mengenai perkara yang tidak penting.
Pandang setiap perkara yang berlaku dengan fikiran positif. Dengar penjelasan atau pendapat daripada pasangan tanpa membantah di awal perbincangan.
Jangan ungkit perkara lama
Perkara lama biarkan berlalu dan jangan diungkit kerana pasti akan menyebabkan pergaduhan. Jangan membongkar kembali kisah silam jika ia hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.
Jangan bandingkan
Elakkan daripada sikap suka membanding antara pasangan dengan rakan lain kerana ia hanya akan menyakitkan hatinya.
Tiada siapa yang suka jika diri mereka dibandingkan dengan orang lain apatah lagi mahu bergaya sama dengan rakan berkenaan.
Perlu diingat, tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan memiliki perangai serta cita rasa sama untuk membezakan sikap dengan orang lain.
Jika perkara ini tidak dikawal, ia akan merugikan diri sendiri kerana pasangan akan mula menjauhkan diri dan mencari alasan untuk tidak mahu bersemuka dengan anda.
Buang sikap ego

Masalah pergaduhan tidak akan selesai jika pasangan suami isteri asyik menegakkan ego masing-masing. Tidak mahu beralah kerana sikap ego yang tinggi menyebabkan pergaduhan itu tiada jalan penyelesaian.
Ego mempunyai fungsi dan kebaikan jika ia berada di tempat yang betul. Namun, ia juga boleh mengundang padah jika tidak dikawal dengan baik.
Jangan mengongkong

Sikap terlalu mengongkong menyebabkan pasangan tidak berpuas hati dan sentiasa merasa tiada kebebasan untuk melakukan aktiviti disukai.
Setiap masa, pasangan perlu melaporkan aktiviti dilakukan menyebabkan mereka berasa rimas dan akhirnya keluar mencari rakan bagi menghilangkan rasa bosan.
Justeru, sikap saling mempercayai amat penting bagi mengelakkan kongkongan terhadap pasangan kerana takut mereka bermain kayu tiga.
Kadangkala pasangan perlu diberi kelonggaran dan kebebasan untuk melakukan aktiviti digemari atau bersendirian bagi mengurangkan tekanan mereka ketika di tempat kerja atau di rumah.
Namun, di sebalik kebebasan yang diberikan, jangan pula kita mengambil kesempatan untuk melakukan perkara tidak disukai pasangan sekali gus menyebabkan mereka hilang kepercayaan.
Setia

Kesetiaan pasangan dapat mengelakkan kita daripada berlaku curang terutama bagi suami isteri yang terpaksa tinggal berjauhan disebabkan tuntutan tugas.
Kesetiaan perlu ada bagi mengukuhkan hubungan suami isteri dan mengekalkan hubungan yang bahagia. Walaupun dirundung kedinginan, pasti pasangan akan segera mencari jalan menghangatkan lagi hubungan kerana sifat sayang masih menebal.
Pandai ambil hati dan bijak memilih masa sesuai
Pilih waktu sesuai untuk berbincang apabila berlaku pergaduhan. Elak daripada memilih waktu pasangan baru pulang dari tempat kerja atau keletihan kerana ia berkemungkinan besar hanya akan mengundang padah.
Luahkan perasaan tidak puas hati secara berhemah dan berlemah lembut ketika masing-masing berada dalam mood yang baik dan tenang.
Jika pasangan masih marah, biarkan dia tenang seketika dan carilah peluang atau cara terbaik yang disukai untuk memujuknya kembali.
Jangan lupakan perkataan ‘maaf’ kepada pasangan walaupun kesalahan bukan berpunca daripada kita bagi meredakan suasana yang sedang panas.
Jangan balas dendam

Apabila hati disakiti pasangan, pastinya kita ingin melakukan tindak balas untuk menyakiti hati suami atau isteri semula.
Ia kononnya dilakukan dengan tujuan melahirkan rasa bersalah di hati pasangan dan rasa sakit hati yang dialami bagi mengajar pasangan selepas apa yang dilakukan ke atas diri kita.
Ia mungkin kelihatan seperti idea yang baik, tetapi sebenarnya akan menyebabkan hubungan bertambah dingin dan masalah lain pula akan berlaku.
Jangan menjatuhkan hukuman kepada pasangan tanpa memikirkan kesan yang akan diterima kelak apabila anda melakukan kesalahan sama.
Jangan tinggikan suara
Apabila emosi dan kemarahan menguasai diri, sukar untuk mengawal suara ketika bercakap lebih-lebih lagi jika pasangan mula meninggikan suara.
Walau apapun yang berlaku, kita mesti ingat, bercakap dengan nada marah dan menengking tidak akan menyelesaikan masalah.
Cuba bercakap dalam keadaan yang tenang, berlemah lembut dan tidak menengking apabila konflik berlaku antara pasangan.
Suasana tenang membolehkan kita memikirkan baik dan buruk setiap perkataan dilontarkan. Cara begini akan dapat membantu menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
Terlalu sensitif
Jangan mudah terasa dengan perkara dilakukan pasangan. Jika pasangan memberi nasihat, anggap ia untuk kebaikan diri dan keluarga.
Pastinya pasangan tidak akan bercakap atau memberi nasihat jika kita tidak melakukan sebarang kesilapan mahupun perkara yang tidak disukai olehnya.
Memberi maaf dengan segera jika pasangan terlepas cakap kerana ia mungkin dilakukan tanpa disedari atau berfikir panjang.

Sumber : Harian Metro
great tips
BalasPadamTq anum
Padamalhamdulillah setakat nie tak pernah lagi gaduh2 he..
BalasPadamHehehe.. Alhamdulillah..
Padambila salah sorang dari kami marah/merajuk,... kami biarkan dia sejuk dengan sendiri dulu, pagi esok baru pujuk balik.... tak boleh kalo dua2 panaskan.... bila sorang api, sorang lagi perlu jadi air untuk memadam bahang kepanasan pasangan ^_^ .... alhamdulillah ni lah salah satu tips yang banyak membantu menjayakan rumahtangga kami.. syukur
BalasPadamAlhamdulillah. Betul tu. Kena salah seorang cool klu dua2 sana naik.. Alamat perang besar lagi2 la merebak
Padambaik :)
BalasPadamGood girl
Padambgus tip, bleh dijdikan sbagai panduan.:)
BalasPadamAlhamdulillah..
PadamAssalamualaikum kakak. hehehe gaduh2 sayang takpe kan? hikhikhiii
BalasPadamGaduh2 sayang tu boleh lah.. Heeee.. Manja2 n pujuk2 balik kan.. Hihihi
Padamcantekk..saya share kat fb group family saya. Jom jenguk dan kritik laman saya kat sini >>>stanzaku :)
BalasPadamWah. Yeke.n teeima kaasih yea
PadamSesekali gaduh-gaduh manja. Kalau selalu cari penyakit namanya. Perkahwinan perlukan tolak ansur.http://kidsandmumapparel.com
BalasPadamHa a.. Sesekali gaduh manja tak ngapa.. Klu x gaduh rasa sunyi pulak hubungan. Xde cabaran.. Heeee
Padam