Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

30 Ogos 2014

31 sen Per Unique Visit from 8share sempena Merdeka!

Jom Daftar 8Share Klik Sini --->  8share |
Dan selepas daftar korang akan dapat RM1.00 dalam akaun korang, lepas tu mulalah share iklan2 tu dekat Twitter/Blog/Facebook atau mana2 laman sosial lain yang korang ada.. dann.. lepas tu tengoklah akaun korang.. haa.. semakin bertingkat-tingkat wehhh.. hehehehe.. teman dah cashout berkali-kali dah.. syukur.. rezeki.. Korang pun boleh gak, cuma kena rajin share kat wall FB dan laman sosial lain jelah.. jangan malas yea.. Good luck..
Jom Daftar 8Share Klik Sini --->  8share |
Yep! It's happening this Sunday31st August 2014
Remember, only valid for all UV that come in from 7pm to 8.59pm.
So, who's excited for HARI MERDEKA?
Jom Daftar 8Share Klik Sini --->  8share |
Haaa.. nampak tak apa yang bertulis Hijau kat atas ni?? Best kan!! Bagi kawan-kawan yang dah daftar 8share tu.. haaaaa.. ni ada pengumuman terbaru dari Yuna 8share , Yuna kata sempena Hari Kemerdekaan ni, pada 31hb Ogos 2014 bermula jam 7.00pm hingga 8.59pm kita akan dapat RM0.31 sen bagi setiap UV.. hee.. selalunya RM 0.20 kan? haaa.. kali ni untuk special day, RM 031 sen depa kasiii.. haaa.. jangan lupa rajin2 kan diri share iklan-iklan tu yea.. Okey... byee..
Jom Daftar 8Share Klik Sini --->  8share |

29 Ogos 2014

SEJARAH JALUR GEMILANG


Keratan Akhbar Berita Minggu 24 Ogos 2008
Surat Hamzah ketika menghantar rekaan bendera Malaysia.
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur GemilangNama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Jalur Gemilang dalam catatan sejarah
1. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang merentasi Cape Leeuwin di Australia, South Cape di New Zealand, Cape Horn di Amerika Selatan, Kepulauan Fernando de Noronha di Lautan Atlantik dan Cape of Good Hope di Afrika Selatan.

2. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki.

3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007.

4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006.

Fakta Jalur Gemilang
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat IdrisCadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.

Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.

Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.

28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Maksud lambang dan warna;- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.

- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

BELI KASUT BARU!!

Heee.. Semalam hubby teman mesej tanya nak keluar beli kasut tak malam tu, pastu teman balaslea "OK jeaaa.." Malas teman nak push2 dia, sebab teman tau dia pun busy nak uruskan macam-macam hal.. So, teman tunggu je dia yang tetapkan masa bila leh keluar, sebab semuanya kena ikut time FREE dia.. heeee... teman memang tak suka nak set2 kan masa orang lain, biarlah diorang yang pilih time sendiri.. Lagipun malas nak rancang, selalu tak jadi akhirnya.. 

Actually la kan.. yang benonya kami bercadang nak beli kasut teman ni dari Sabtu lepas lagi (23/8/2014).. tapi tengok-tengok ada hal pulak.. So, tak dapat lea nak keluar gi beli.. Tiba hari Ahad lak, dah rasa malas nak keluar sebab hubby nak koje hari Isnin, dia taknak lea penat-penat badan kalau boleh.. hu2.. so, teman pun tak kisah lah kan.. nak buat camne.. dah ada hal.. Ahad tu kami pun duduk je di kedai sampai malam.. 
Haaa.. Lepas dah deal betul2 masa yang sesuai untuk keluar gi Shopping, kami pun bergerak ke sana terus, sana mana? heee.. Gi yang dekat dulu.. Festival Mall City, kami saja tengok harga, mahal le pulok harganya.. aishh.. tak bole jadi ni... kasut hubby yang sama macam kat Festival Mall tu harganya 2x ganda kot dari yang dia beli kat Times Square.. hemm.. So, Hubby kata jom gi Times Square, alahai.. teman sebenonya tak suka gi sana sebab faham2 jelah jalan nak gi sana tu, jammmm.. adoiyaii.. tak suka jam.. takut lagi pun nengok hubby cilok2.. rasa macam lutut nak tersagat ke pintu kereta orang aje dah.. Kalau naik keta, lagi penat.. jammm.. pingsann.. hu3..
Heee.. Tu diaaaaa.. baru tayang sikit2 dulu.. 
heee.. amacam.. ok tak? size 5 ni tau.. jenuh beno teman nak cari.. kat situ semua tinggal size beso-beso aje.. sabo ajelah.. last2 mintak dia tunjuk design apa yang ada size 5.. hemm.. sib baik ada yang berkenan dihati.. lega.. malas nak pilih lama2.. kalau boleh nak balik cepat.. 
haaaa.. ni teman kasi closed up sikit gambo.. 
kaler kegemaran teman ada secotek kat situ.. Oren!!
Haipp.. yang ni kami beli untuk pakai kat dalam kapal terbang nanti,
cadang nak cari kucen tapi takde.. 
Amik jelea apa yang ada.. monyet pun monyetlah.. 
tapi teman punya beruang tu..he3.. yang monyet tu hubby punya.. hik3
tapi macam terbekenan monyet le pulok.. (ngehehehehe) 
Harganya RM11.90 aje..
beli kat DIY 
Comel kannnn.. ada tulis HAPPY TOGETHER tu.. 
Hasil rembatan semalam.. 
28/8/2014 (Khamis) jam 8.30 malam

hu3.. Nak dijadikan cerita, masa kami dalam perjalanan nak balik umah tu kan.. tiba-tiba enjin motor STOP... aiyoo.. teman dah risau kenapa... Hubby check2 tengok minyak dah kering.. aiyooo.. hu3.. camne leh tak perasan entah.. tapi takleh nak kata jugak.. hubby sekarang betul2 bz dengan koje dia, pastu nak buat persiapan macam-macam lagi untuk fly minggu depan.. mungkin disebabkan itu hubby terlupa nak check minyak ada lagi ke tak.. 

Hahaha.. bertolak motor lah kami dari mana entah, tapi memang jauh kami berjalan.. ada insan offer nak tolong tapi disebabkan kami berdua, hubby tolak secara elok... so, kami sambung berjalan tolak motor.. ada le kira-kira 1 km kot kami berjalan.. siap seberang jalan, naik jalan yang macam berbukit sikit, jalan dikawasan gelap.. aduh.. teman tak kisah bab jalan jauh tu sebab teman OK je.. dah biasa lagi pun, cuma yang tak OK sebab jalan sesak dengan kereta, lepas tu jalan gelap, teman tawakal dan berdoa macam2 harap takde apa2 yang buruk jadi.. 

Dah berpeluh hubby menolak motor, akhirnya kami jumpa Caltex.. Isi minyak pastu terus balik.. then singgah kedai mamak, order Nasi Goreng.. makan.. pastu balik.. pastu Tidoq.. pingsann

5 Minuman Mengecilkan Perut

5 Minuman Mengecilkan Perut
Nak tahu tak? Selain daripada mengawal makan serta bersenam, minuman juga mampu membantu kita mengecilkan perut yang buncit. Ia bukan sahaja menyegarkan saat kita meneguk di kala hari yang panas, malah ia juga membantu kita menjaga bentuk badan yang ideal serta menurunkan berat badan.

Tetapi itu tidak bermaksud minum minuman seperti soda dan bergas ya.

Terdapat 5 minuman yang membantu kita mengecilkan perut.

AIR PUTIH / MINERAL /DRINKING WATER
Minum air seperti ini dapat membantu kita menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Malah ia juga mencegah hidrasi serta mengurangkan rasa lapar. Jadi, tidak hairan dengan beberapa teguk air putih mampu mengurangkan suapan nasi atau makanan dalam mulut. Bukan itu sahaja, ia juga membantu melancarkan sistem perkumuhan dalam badan serta mengeluarkan segala toksik dalam badan melalui peluh dan air kencing. Sebaiknya minum air putih sebelum dan selepas tidur.

JUS TEMBIKAI
Ya, tidak di nafikan minuman ini sangat sedap untuk di minum terutamanya di musim panas. Tetapi ia juga boleh membantu menurunkan lemak di tubuh serta meningkatkan ketahanan serta membentuk otot. Jus ini mempunyai kandungan seperti nutrisi, likopen dan vitamin yang dipercayai mampu mencegah kanser.

TEH AIS PAPERMINT
Kombinasi teh dan papermint bermanfaat menyegarkan serta bantu membakar lemak. Papermint juga membantu tubuh untuk mencerna makanan tinggi lemak seperti steak dan burger dengan lebih lancar dan cepat.

TEH HIJAU
Siapa yang tidak tahu dengan kehebatan minuman teh. Ia bukan sahaja dapat menenangkan diri malah ia juga terbukti efektif dalam mengurangkan lemak di badan. Sebaiknya minum teh sebelum kamu lakukan segala aktiviti yang mengeluarkan peluh agar proses pembakaran lebih berkesan.

MILKSHAKE COKLAT
Kanak-kanak memang suka dengan air berperisa ini bukan ? Jangan kata kanak-kanak, kita dewasa pon memang sukakan minuman ini. Minuman ini memang tidak di nafikan boleh membantu melancarkan proses penurunan berat badan.

Nak tahu macam mana? Minuman ini mampu membuatkan kita kenyang, secara tidak langsung ia akan membuatkan kita rasa kenyang. Tetapi harus di ingat, kalori untuk minuman ini sangat tinggi.

Oleh itu pastikan selepas kita minum, sulamkan dengan air putih untuk menstabilkan kandungan kalori dan gula dalam badan.

Jawapan Apo Bondo Eh Ni - Episod Raya Aidilfitri

JAWAPAN APO BONDO EH NI 
EPISOD 5 - EDISI RAYA |

1. SOTONG BAKAR
2. BAS TAMBAHAN
3. BANK RAKYAT
4. TART NENAS
5. PEMUZIK JALANAN
6. KAD RAYA BERLAGU
7. KOSONG KOSONG
8. KUIH SIPUT
9. MAHARAJA LAWAK
10. LAMPU KELIP KELIP
11. JULING AIR
12. OPS SELAMAT
13. AIR KOTAK
14 AIS KRIM GORENG
15. BERMADU KASIH
16. EKSPRES MUTIARA
17. BAJU SUTERA
18. KENANGAN KELUARGA
19. JAGA PERCAKAPAN
20. KUIH BAHULU
21. KECUAIAN
22. NASI AMBANG
23. ORANG ORANG
24. SUAMI
25. BUKU HUTANG
26. CAT RUMAH
27. KOKTEL BUAH BUAHAN
28. SELOKA HARI RAYA
29. TELINGA LINTAH
30. CUTI RAYA
31. CERMIN MATA HITAM
32. KUIH SAMPAN
33. TAKBIR SUBUH HARI
34. BAJU KEBAYA
35. OPS RAYA
36. TUMPANG KERETA
37. CORNFLAKE MADU
39. SEKATAN JALAN
40. LIDAH KUCING
41. DOA MAKBUL
42. AIR ASIA
43. KUIH SEPOTONG
44. SEPADAN
45. BERHIAS DIRI
46. BUAH BERANGAN
47. DISKAUN RAYA
48. BENDERA MERAH
49. HARI JADI
50. NASI IMPIT
51. PUASA ENAM
52. SANAK SAUDARA
53. DODOL
54. CUTI SEKOLAH
55. JAGA TELINGA
56. BERWASPADA
57. KUIH BAKAR
58. RUMAH TERBUKA
59. SATAY KAMBING
60. MUZIK RAYA TERBAIK
61. MANDI SUBUH
62. KAD RAYA
63. WAJIK
64. TERBIT FAJAR
65. BERSUKA RIA
66. LONTONG
67. TUDUNG BAWAL
68. SALING BERKUNJUNG
69. PECAH MASUK
70. SONGKOK JOHOR
71. BONUS RAYA
72. SMS LEBARAN
73. UBAH SUAI RUMAH
74. KEK PISANG
75. LAMPU PANJUT
76. FAJAR SYAWAL
77. DENDANG HARI RAYA
78. KETUPAT DAUN PALAS
79. SURAT CINTA
80. JANGAN MEMBAZIR
81. ALMOND LONDON
82. RENDANG TOK
83. BISKUT MAKMUR
84. TEPUNG PELITA
85. BAKAR LEMANG
86. SYAITAN TERLEPAS
87. CEKAK MUSANG
88. KEK LAPIS
89. SALAM PERANTAUAN
90. PAGI PAGI BUKA PERIUK
91. MERCUN BOLA
92. LAMPU KETUPAT
93. ROTI JOHN
94. HALAMAN ASMARA
95. PENYUBUR JIWA
96. LAGU RAYA
97. SEBULAN PUASA
98. PANDU CERMAT
99. DENDANG PERANTAU
100. BERAS BASMATI
101. HULUR SEDEKAH
102. INGAT ORANG TERSAYANG
103. BERMAAF MAAFAN

JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 1 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 2 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 3 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 4 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 5: KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 6 : KLIK SINI



Have Fun ya!! (^_______________^)v


DOA AWET MUDA & BADAN SIHAT

Doa petua awet muda & kecergasan badan
Doa Awet Muda & Sihat Tubuh Badan | 
Pinjam bait2 kata ini... "Kesihatan tubuh badan antara nikmat Allah yang amat besar. Bila nikmat yang diberi ditarik sedikit, barulah kita sedar yang kita manusia penuh lalai." Barulah ingat nak baca doa sihat tubuh badan. jom kita baca ramei2...

1. Doa awet muda: Jom hafal dan beramal

“Wahai Tuhan, aku berlindung kepada Mu daripda kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada Mu daripada timpaan bala bencana, kecelakaan dan nasib  yang buruk. Ya Allah, daku (insan) yang lemah, kuat dan segarkanlah diriku, ya Allah Yang Maha Pengasih.”
  • Amalkan baca doa awet muda di atas. Mudah-mudahan badan kita sentiasa segar dan cergas untuk menunaikan ibadah kepada Allah.
doa sihat tubuh badan
“Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada badanku, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada pendengaranku, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada penglihatanku, ya Allah hamba berlindung kepada Mu daripada kekufuran dan kepapaan, ya Allah hamba berlindung kepada Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada tuhan melainkan Engkau.”

Baca pada waktu pagi dan petang. InshaaAllah, badan, telinga dan pendengaran menjadi sihat serta minda aktif lagi beraura positif.

FLEXILINER FOR EYE | EYELINER TERBAIK!




Cantik sungguh matamu bila pakai ni, haaa.. jangan taktau  artis Korea pun suka pakai Eyeliner ni tauu.. Mata diorang terselah bila digariskan dengan Eyeliner yang macam berus Khaligrafi ni.. Nak mata beso? haaa.. memang inilah mendanya yang boleh buat mata kotang berubah 360"... errr.. tak tak.. bukan 360'.. kang juling le pulak jadinya.. heee.. tapi apa yang teman leh katakan.. teman suka pakai eyeliner ni, sebab tak comot dan tahan lama, dan lagi pulak, teman yang mata elergik ni rasa ok je pakai.. mata tak merah.. 

berminat mau order? PM teman di FB Tengkubutang Miaw yea.. 

28 Ogos 2014

JAWAPAN UNTUK EMOJI GAME : APO BONDO EH NI? : EPISOD 5 (RAYA)

JAWAPAN APO BONDO EH NI 
EPISOD 5 - EDISI RAYA |

1. SOTONG BAKAR
2. BAS TAMBAHAN
3. BANK RAKYAT
4. TART NENAS
5. PEMUZIK JALANAN
6. KAD RAYA BERLAGU
7. KOSONG KOSONG
8. KUIH SIPUT
9. MAHARAJA LAWAK
10. LAMPU KELIP KELIP
11. JULING AIR
12. OPS SELAMAT
13. AIR KOTAK
14 AIS KRIM GORENG
15. BERMADU KASIH
16. EKSPRES MUTIARA
17. BAJU SUTERA
18. KENANGAN KELUARGA
19. JAGA PERCAKAPAN
20. KUIH BAHULU
21. KECUAIAN
22. NASI AMBANG
23. ORANG ORANG
24. SUAMI
25. BUKU HUTANG
26. CAT RUMAH
27. KOKTEL BUAH BUAHAN
28. SELOKA HARI RAYA
29. TELINGA LINTAH
30. CUTI RAYA
31. CERMIN MATA HITAM
32. KUIH SAMPAN
33. TAKBIR SUBUH HARI
34. BAJU KEBAYA
35. OPS RAYA
36. TUMPANG KERETA
37. CORNFLAKE MADU
39. SEKATAN JALAN
40. LIDAH KUCING
41. DOA MAKBUL
42. AIR ASIA
43. KUIH SEPOTONG
44. SEPADAN
45. BERHIAS DIRI
46. BUAH BERANGAN
47. DISKAUN RAYA
48. BENDERA MERAH
49. HARI JADI
50. NASI IMPIT
51. PUASA ENAM
52. SANAK SAUDARA
53. DODOL
54. CUTI SEKOLAH
55. JAGA TELINGA
56. BERWASPADA
57. KUIH BAKAR
58. RUMAH TERBUKA
59. SATAY KAMBING
60. MUZIK RAYA TERBAIK
61. MANDI SUBUH
62. KAD RAYA
63. WAJIK
64. TERBIT FAJAR
65. BERSUKA RIA
66. LONTONG
67. TUDUNG BAWAL
68. SALING BERKUNJUNG
69. PECAH MASUK
70. SONGKOK JOHOR
71. BONUS RAYA
72. SMS LEBARAN
73. UBAH SUAI RUMAH
74. KEK PISANG
75. LAMPU PANJUT
76. FAJAR SYAWAL
77. DENDANG HARI RAYA
78. KETUPAT DAUN PALAS
79. SURAT CINTA
80. JANGAN MEMBAZIR
81. ALMOND LONDON
82. RENDANG TOK
83. BISKUT MAKMUR
84. TEPUNG PELITA
85. BAKAR LEMANG
86. SYAITAN TERLEPAS
87. CEKAK MUSANG
88. KEK LAPIS
89. SALAM PERANTAUAN
90. PAGI PAGI BUKA PERIUK
91. MERCUN BOLA
92. LAMPU KETUPAT
93. ROTI JOHN
94. HALAMAN ASMARA
95. PENYUBUR JIWA
96. LAGU RAYA
97. SEBULAN PUASA
98. PANDU CERMAT
99. DENDANG PERANTAU
100. BERAS BASMATI
101. HULUR SEDEKAH
102. INGAT ORANG TERSAYANG
103. BERMAAF MAAFAN

JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 1 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 2 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 3 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 4 : KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 5: KLIK SINI
JAWAPAN PENUH APO BONDO EH NI ? EPISOD 6 : KLIK SINI



Have Fun ya!! (^_______________^)v


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers