Hai semuaa.. teman ni saja nak share pasal ALS Ice Bucket Challenge yang udah berlalu seminggu lepas, ni baru nak up entri... itupun selepas asyik ternampak video orang curah air berisi ais atas kepala diorang.. dah terlampau ramai sangat yang up video macam tu kat FB, membuatkan teman tertanya-tanya, apakah motif diorang berbuat demikian?? Pada mulanya teman ingat diorang saja suka-suka.. yelah, sekarang ni kan ramai sangat suka buat benda pelik-pelik, lepas tu boleh plak jadi viral dan jadi ikutan orang lain.. yang merepek-repek pun nak ikut gak buat.. aishhh..
Hari tu masa tengok Wrestling (WWE) pun ada jugak ahli gusti yang buat benda yang sama, ini membuatkan teman lagi rasa ingin tahu.. tak seperti video viral yang lain, teman tak amik pot pun..
Tapi, yang ni memang buat teman terpanggil nak tahu sangat apa kebendanya mandi sebaldi ais ni, hu2.. rupa-rupanya mandi ais atau ALS Ice Bucket Challenge ni merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau Lou Gehrig's disease di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Khairy Jamaluddin (KJ)
Di Malaysia semakin menular apabila KJ iaitu Menteri Belia Dan Sukan menyimbah sebaldi ais sebagai tanda sokongan kepada kempen ALS Ice Bucket Challenge ini.
Datuk Nazri
Dan kemudian cabaran ALS Ice Bucket Challenge ini dilakukan oleh Datuk Nazri iaitu Menteri Pelancongan setelah dicabar oleh KJ...hehehehe.
Terkini Lee Guan Eng telah menerima cabaran Datuk Nazri yang mencabar beliau membuat ALS Ice Bucket Challenge ini.
Selain pemimpin-pemimpin kerajaan yang menyahut cabaran ini, artis2 Malaysia juga tidak terkecuali melakukannya.. antaranya ialah Lisa Surihani.. Jom tengok Video bawah ni..=)
Wahh.. agak mengejutkan jugak apabila Pengasas Facebook Mark Zuckerberg pun turun terjun menyahut cabaran dalam Ice Bucket Challenge ni, dan beliau kemudian mencabar Bill Gates untuk melakukan perkara yang sama bagi meningkatkan kesedaran penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).
Petikan kata2 oleh Mark Zuckerberg yang di post di FB beliau :
"Yesterday, Governor Chris Christie challenged me to do the ALS Ice Bucket Challenge.
I accepted his challenge, and now I'm challenging Bill Gates, Sheryl Sandberg and Reed Hastings next. You guys have 24 hours to complete the challenge or you have to donate to the ALS foundation "
Dan seperti dijangka Bill Gates turut menyahut cabaran Mark Zuckerberg itu, dan melakukannya dengan cara yang agak special, lain dari yang lain.. kalau nak tengok Video, sila klik Utube ni > http://www.youtube.com/watch?v=XS6ysDFTbLU#t=71
Top WWE superstars yang menyahut
Cabaran ALS Ice Bucket Challenge
CM Punk pun sahut cabaran gak! lama tak tengok CM Punk dekat WWE..
Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock, sahut cabaran gak!
Vince Mc Mahon pun take part.. =)
Chris Jericho
Dolph Ziegler
Dan tak ketinggalan juga, iaitu..... Hulk Hogan!! heeeee...
Sedikit sebanyak info berkenaan ALS Ice Bucket Challenge :
ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.
Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
The Ice Bucket Challenge is an event started by the ALS Association in order to raise awareness of ALS, also known as Lou Gehrig's disease, and to raise donations. If you're nominated, you must dump a bucket of ice water on you or donate money to the organization, which will go to funding the research to find treatments and a cure for ALS."Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) is a progressive neurodegenerative disease that affects nerve cells in the brain and the spinal cord. Motor neurons reach from the brain to the spinal cord and from the spinal cord to the muscles throughout the body. The progressive degeneration of the motor neurons in ALS eventually leads to their death. When the motor neurons die, the ability of the brain to initiate and control muscle movement is lost. With voluntary muscle action progressively affected, patients in the later stages of the disease may become totally paralyzed." - ALS Association
Risiko ‘Ice Bucket Challenge’ Terhadap Kesihatan
Tiada risiko bersifat major yang akan berlaku kepada mereka yang menyertai ‘Ice Bucket Challenge’ (Cabaran Baldi Ais) yang ketika ini sedang viral di media sosial, kata doktor pakar.
Menurut Ahli Jawatankuasa Persatuan Integrasi Perubatan Profesional Malaysia (MIMPA) Dr Rahmat Harun, cabaran tersebut hanya berisiko tinggi terhadap mereka yang berusia atau mempunyai masalah kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis.
“Ia tidak mendatangkan risiko yang besar kerana rasa kesejukan seketika di kepala. Ia berbeza dengan ‘brain freeze’ yang didapati jika mengambil makanan sejuk seperti ais krim. Brain freeze berlaku apabila rasa sejuk memberi kesan kepada suhu teras badan. Air dan ais yang digunakan dalam cabaran ini dituang dari jauh, jadi ianya tidak memberi kesan yang banyak ke atas suhu badan.
“Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis, tubuh mereka tidak mampu menerima kesejukan secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kejutan kepada badan dan mungkin boleh menyebabkan pengsan,” kata Dr Rahmat yang juga seorang pakar bedah.
Selain dari risiko yang minima, Dr Rahmat tidak menggalakkan orang ramai menyertai cabaran ini tanpa memahami tujuan ia dilakukan.
“Mungkin ramai yang melakukan ‘Ice Bucket Challenge’ sekadar suka-suka dan sekadar mahukan ianya menjadi trending. Mereka mungkin tidak tahu apa itu ALS.
“Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari merupakan salah seorang penderita penyakit ALS. Sekiranya ianya (Ice Bucket Challenge) dilakukan untuk mendatangkan kesedaran ke atas penyakit berkenaan, tidak mengapa,” jelas Dr Rahmat lagi.
ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan* tiga orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Jika mereka yang dicalonkan tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan USD100 ke Yayasan ALS. Ini bertujuan bagi mengutip derma untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut.
Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang dirasai adalah sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit ALS.
ALS atau disebut juga sebagai Lou Gehrig, adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang.
Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
Cabaran mandi ais ini menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas Kapten Besbol Boston College, Pete Frates telah disahkan mengidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tersebut.
Cabaran itu kemudiannya menjadi viral di media sosial dengan penyertaan ramai selebriti Hollywood seperti Justin Bieber, Lady Gaga, Dave Grohl dan ramai lagi.
Di Malaysia, bukan sahaja dari kalangan selebriti malah tokoh politik seperti Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan turut menyertai cabaran ini.
Note : Ha2.. Orang biasa pun dha buat, Orang terkenal pun dah buat, Artis pun dah buat, ahli Politik pun dah buat.. Blogger ada ke yang sahut caabaran ni yea? saje nak tahu je.. heee.. kalau ada gitau le.. nak gak baca story n pengalaman korang..
Kalau ada yang sedang dalam proses nak sahut Cabaran Mandi Ais ni, jangan lupa up Video yea.. nak tengok.. he2.. Opsssss.. tapi jangan Tag teman udahlah yea.. mokcik taknokk..
Kalau ada yang sedang dalam proses nak sahut Cabaran Mandi Ais ni, jangan lupa up Video yea.. nak tengok.. he2.. Opsssss.. tapi jangan Tag teman udahlah yea.. mokcik taknokk..
masa fae tau abt ALS ice bucket challenge ne is from instagram artis ehe
BalasPadamdayah tau tentang ni pun dri super junior..huhu
BalasPadamtahu dalam 2,3 hari lepas... mula mula tak faham kenapa jadi viral benda ni. bila kaji, baru tahu..
BalasPadam