Pada 2 Ogos 2014 (Sabtu) teman dapat mesej ucapan tahniah dari my sister tentang blog masuk Utusan, dia kata terbaca kat wall hubby pasal ni.. Masa tu teman masih di wad.. (kena tahan sebab suspek apendik dan batu hempedu)..
Masa adik cakap tu rasa terkejut gak lea sebab akhirnya keluar paper awal gak.. ingatkan bulan September or bulan2 seterusnya.. kita dah ready le bersabar menunggu berita happy tu.. rupa2nya lagi awal dari apa yang dijangka.. Alhamdulillah..
Tak lama pastu hubby pun sampai, dia bawa helaian/sisipan suratkhabar Utusan yang citer pasal blog Tengkubutang tu.. muka ada senyuummm.. (walaupun hari sebelum tu menangis sebab doktor cancel buat ultrasound) ..ini nantilah teman citer yea..
Actually sepatutnya wartawan Utusan email teman bagitau yang pada 26 Julai keluar paper citer pasal blog Tengkubutang ni, tapi bila adik teman check paper, takde plak.. dan teman pun tak fikir lain, maybe sebab Utusan nak selitkan citer pasal blog Tengkubutang ni selepas raya kot..
Sebab pada masa tu orang kan tengah sibuk2 nak beraya, rasanya elok up citer yang berkaitan dengan persiapan raya.. So, teman pun fikir camtu je lea kan.. maybe itu perkara yang sama difikirkan oleh team Utusan..
heeeee.. tak kisah le keluar lambat pun, asalkan tetap keluar.. Jangan tak jadi, segan pulak kena perli dengan mak dan abah nanti.. hi3..
Alkisahnya.. Pada 15 Julai 2014 yang lepas, teman mendapat panggilan telefon dari Wartawan dari Utusan Malaysia, iaitu Encik AZRIN yang ingin membuat temujanji untuk interview dan photoshoot..
Pada mulanya beliau mencadangkan nak buat photoshoot di Taman2 atau dimana2 tempat yang cantik... tapi teman pulak pada masa tu agak susah nak keluar jauh2 disebabkan ada komitmen dengan kedai teman yang kebetulan hari yang sama ramai pulak customer kata nak datang kedai..
So, teman pun beritahu apa yang sebenar, dengan nada memahami en. Azrin bagi cadangan untuk buat photoshoot di kedai teman aje kerana itu lebih baik kerana kalau boleh nak jugak cerita2 lain tentang Blogger, bukan hanya sekadar cerita berkenaan blog aje..
Kalau dalam gambo tu memang tak berapa terang untuk dibaca kan? so, ni teman copy dan paste sekali apa yang en . Azrin forward kan sebelum confirm nak keluar paper Utusan.. sudi2 lah membaca yea..
Mula menulis beberapa bulan selepas berhijrah ke ibu kota pada tahun 2012, Noorazlina Mohd Shafi mengisi masa lapangnya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Katanya, rasa bosan yang mencengkam jiwa membuatkannya mencari sesuatu aktiviti untuk dijadikan sebagai hobi.
Wanita awal 30-an yang dibesarkan di Ipoh, Perak ini mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Coronation Park, Ipoh sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Kg. Dato Ahmad Said (SMKDAS). Kemudian dia berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ipoh sehingga tamat tingkatan lima.
Selepas beberapa ketika bekerja sambilan, anak ketiga daripada lima beradik ini berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Perdagangan Mara dalam bidang Kesetiausahaan Syarikat. Kemudian, Noorazlina bekerja di sebuah Koperasi Tentera sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian selama 12 tahun sebelum meletak jawatan dan berkahwin.
Kini, dia banyak meluangkan masa untuk menulis dan membantu perniagaan suaminya yang terlibat dengan perniagaan aksesori motosikal berkuasa tinggi di ibu negara. Bagi anda di luar sana yang mahu melihat kelainan dan keunikan gaya penulisan wanita ini boleh singgah ke http://tengkubutang.blogspot. com. - AZRIN/AZLAN HADI ABU BAKAR
==============================================================================================
Buat ketika ini blog saya masih lagi fokus untuk berkongsi cerita tentang kenangan pahit atau manis untuk dijadikan tatapan rakan pembaca . Ia juga menjadi tempat untuk saya berkongsi resepi, petua dan pendapat serta tips kecantikan yang menjadi topik perbualan golongan wanita mahupun lelaki. Di samping itu juga, saya jadikan blog sebagai diari digital saya apabila turut menjadi tempat saya meluah dan mengabadikan peristiwa dan sejarah penting yang berlaku dalam hidup saya supaya dapat dijadikan inspirasi kepada rakan-rakan, ahli keluarga mahupun anak-anak saya pada suatu hari nanti.
H: Siapakah pendorong utama saya?
Suami dan rakan-rakan yang punya minat sama dalam penulisan tidak putus-putus memberi galakan dan dorongan untuk saya kembangkan lagi blog yang sedia ada. Pelbagai idea dan tunjuk ajar diberikan untuk saya perbaiki mutu penulisan agar dapat menarik pembaca terus singgah. Alhamdulillah, setakat ini saya berpuas hati dengan jumlah pengunjung yang mengikuti laman blog saya.
H: Mengapa orang perlu singgah ke blog saya?
Kerana hanya blog saya sahaja yang menggunakan ganti nama 'teman' iaitu kata ganti nama bagi orang Perak yang bermaksud saya'. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada masyarakat tentang keunikan negeri Perak dan asal-usul saya yang sememangnya dari Perak. Selain itu, cara penulisan saya juga tidak terlalu formal kerana bagi saya, pembaca lebih gemar atau cenderung memilih sesuatu bahan bacaan yang agak santai.
H: Apa yang saya lakukan selain menulis?
Jika tidak menulis, saya akan beri tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan yang ada bersama suami saya. Suami saya sudah lama berniaga tetapi baru beberapa bulan sebelum ini kami berjaya membuka sebuah kedai aksesori yang dikenali sebagai Full Throttle Motorcycle Accessories. Perniagaan itu juga saya akan masukkan ke dalam blog saya. Kini saya akan mempunyai cabaran baharu iaitu memperbanayakkan lagi penulisan yang menjurus ke arah permotoran.
H: Rahsia tentang diri saya?
Saya seorang yang pemalu, tetapi adakalanya saya seorang yang peramah. Saya juga bukan seorang yang penyabar, jadi kebanyakan kenalan saya berjaga-jaga ketika bersma-sama dengan saya. Selain itu, saya juga minat melukis sejak kecil dan sehingga kini saya masih lagi melukis sekiranya ada kelapangan. Satu lagi hobi saya iaitu saya mempunyai tiga ekor kucing perliharaan. Memelihara mereka juga menjadi salah satu rutin harian saya dan para pembaca boleh mengikuti perkembangan mereka di blog kedua saya iaitu http://kucenkucenbelog. blogspot.com.
Sekalung penghargaan dan Ucapan terima kasih buat wartawan Utusan yang sangat sporting dan memahami iaitu Encik Azrin dan tak lupa juga buat fotografer iaitu En. Azlan.. kerana sudi melayan karenah teman yang macam2 ni.. heee.. sorry kalau tak pandai possing ye.. =P ..
Apa2 pun, terima kasih sekali lagi kerana sudi pilih blog Tengkubutang untuk diletakkan dalam sisipan Blogger Pilihan untuk kali ini.. tQ So Much! Sangat2 terharu.. Ucapan Selamat Hari Raya buat En. Azrin dan En Azlan serta semua team Utusan.. daripada Tengkubutang dan Full Throttle Motorcycle Accessories
==============================================================================================
H: Siapakah pendorong utama saya?
Suami dan rakan-rakan yang punya minat sama dalam penulisan tidak putus-putus memberi galakan dan dorongan untuk saya kembangkan lagi blog yang sedia ada. Pelbagai idea dan tunjuk ajar diberikan untuk saya perbaiki mutu penulisan agar dapat menarik pembaca terus singgah. Alhamdulillah, setakat ini saya berpuas hati dengan jumlah pengunjung yang mengikuti laman blog saya.
==============================================================================================
H: Mengapa orang perlu singgah ke blog saya?
Kerana hanya blog saya sahaja yang menggunakan ganti nama 'teman' iaitu kata ganti nama bagi orang Perak yang bermaksud saya'. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada masyarakat tentang keunikan negeri Perak dan asal-usul saya yang sememangnya dari Perak. Selain itu, cara penulisan saya juga tidak terlalu formal kerana bagi saya, pembaca lebih gemar atau cenderung memilih sesuatu bahan bacaan yang agak santai.
==============================================================================================
H: Apa yang saya lakukan selain menulis?
Jika tidak menulis, saya akan beri tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan yang ada bersama suami saya. Suami saya sudah lama berniaga tetapi baru beberapa bulan sebelum ini kami berjaya membuka sebuah kedai aksesori yang dikenali sebagai Full Throttle Motorcycle Accessories. Perniagaan itu juga saya akan masukkan ke dalam blog saya. Kini saya akan mempunyai cabaran baharu iaitu memperbanayakkan lagi penulisan yang menjurus ke arah permotoran.
==============================================================================================
H: Rahsia tentang diri saya?
Saya seorang yang pemalu, tetapi adakalanya saya seorang yang peramah. Saya juga bukan seorang yang penyabar, jadi kebanyakan kenalan saya berjaga-jaga ketika bersma-sama dengan saya. Selain itu, saya juga minat melukis sejak kecil dan sehingga kini saya masih lagi melukis sekiranya ada kelapangan. Satu lagi hobi saya iaitu saya mempunyai tiga ekor kucing perliharaan. Memelihara mereka juga menjadi salah satu rutin harian saya dan para pembaca boleh mengikuti perkembangan mereka di blog kedua saya iaitu http://kucenkucenbelog.
= Ucapan Terima Kasih & Penghargaan =
Sekalung penghargaan dan Ucapan terima kasih buat wartawan Utusan yang sangat sporting dan memahami iaitu Encik Azrin dan tak lupa juga buat fotografer iaitu En. Azlan.. kerana sudi melayan karenah teman yang macam2 ni.. heee.. sorry kalau tak pandai possing ye.. =P ..
Apa2 pun, terima kasih sekali lagi kerana sudi pilih blog Tengkubutang untuk diletakkan dalam sisipan Blogger Pilihan untuk kali ini.. tQ So Much! Sangat2 terharu.. Ucapan Selamat Hari Raya buat En. Azrin dan En Azlan serta semua team Utusan.. daripada Tengkubutang dan Full Throttle Motorcycle Accessories
tQ pada yang tag teman gambo ni... baru terperasan ada Caption salah dekat gambo tu.. sebenarnya kedai kami Full Throttle Accessoriesbukan di Ipoh, Perak... tapi sebenarnya di Kuala Lumpur.. heee.. patutle ramai yang tanya kami buka cawangan di Ipoh ke? hu3.. Aamiiinn kalau benarrr.. =)
tahniah..:)
BalasPadamterima kasih Normi
Padamtahniah...sempoi
PadamAssalammualaikum... TB,
BalasPadamtahniah yer moga anda berjaya dalam dunia blog nie k... kejayaan bukan datang sekelip mata. Perlu usaha yang istiqamah kan... sukses selalu...
mselim3
yer.. terima kasih atas nasihat dan doa.. amat2 hargai snagat.. tq .. =)
Padamtahniah kak :)
BalasPadamSalam Tengkubutang,
BalasPadamWah glamernya keluar paper! Baru Mak Aji kenal rupa paras di sebalik blog ini!
Tahniah..
BalasPadamsalam TB ..
BalasPadamtahniah sbb dapat penghargaan sampai masuk paper ..
nak tanya sket ..
Full Throttle Motorcycle Accessories !!!.. kt mana lokasinya ..
mana tau boleh singgah kt sana bila2 nanti
Alhamdulillah...tahniah kak..
BalasPadamTahniah2.... ini pun dah kira sebagai promosi blog dan bisnes gak ni kan... blooger femes la skrg...ekekeke.. :D
BalasPadamwah.. alhamdulillah tahniah kak :)
BalasPadamtahniah TB....!! dapat masuk dalam ruang blogger pilihan.... semoga lebih maju dengan bisnes dan dunia blog... :D
BalasPadamwah..tahniah yew..semoga terus berjaya dalam dunia blog ni..hehe :)
BalasPadamTahniah diucapkan
BalasPadamTahniah TB..baru arini berkesempatan baca penuh..rezeki TB..saya terus support rakan2 lain juga
BalasPadamwah.. masuk papeer....sonoknya.... :)
BalasPadamtahniah...singgah kat sini jab, baca itu, baca ini.
BalasPadamTahniah! Semoga dunia blogger n perniagaan adik berkembang maju. AAmiin.
BalasPadamwow!!! minah helmet rupanya..hihi
BalasPadamtahniah
BalasPadam