Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

15 Ogos 2014

DOA/NIAT KETIKA MENGAMBIL WUDUK

Bacaan Dan Doa Ketika Berwuduk | Berikut adalah bacaan Doa yang teman selalu amalkan ketika berwuduk.. (tapi kadang2 kalau nak cepat, terlupa jugak.. heeee..).. Alang2 dah ambil wuduk tu, apasalahnya rajinkan mulut baca niat2 ni.. lagi rasa bermakna yang amat sangat wuduk kita tu, percayalah.. Moga jadi perngkongsian buat semua.. 
 
 
Salam Jumaat buat rakan2 blogger dan pembaca blog ini, tadi masa jengjalan ke blog kawan2.. teman terjumpa entri yang ni di Blog http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/ .. Saja teman reshare sebab teman pun selalu amalkannya sejak rakan ofis teman ajar dulu..rakan ofis tu namanya Kak Has.. dialah selalu share dan mengajar teman macam2 berkaitan agama.. syukur.. kami saling kongsi macam2 info dan artikel berkaitan ilmu agama ni.. 

Nak pulak di Ofis ada seorang yang bijak agama.. Ustaz Tajuri.. kalau tak faham atau keliru, kami akan rujuk pada Ustaz Tajuri.. Tapi sekarang teman dah tak koje.. tak dapat le nak macam dulu.. dulu kalau ada kemusykilan je terus direct tanya Ustaz.. hee..

Oklah.. sebenarnya apa yang teman pelajari sama2 dengan Kak Has, doa semasa berwuduk tu adalah seperti gambar diatas ni tau.. tapi teman kongsikan jugak yang mudah diingat untuk korang yang baru tahu.. apakata sama-sama kita ramai2 amalkan yea.. Ini dia Doa/Niat Ketika kita Mengambil Wuduk.. 


Ketika mengambil Wuduk niatkanlah dalam hati..
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim dan janganlah Kau biar aku tergelincir Jatuh ke dalam Api Neraka.. 
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

16 ulasan:

  1. subhannah.tq TB. sangat sangat bermanfaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sangat2 kerana berbagi ilmu... Semoga dilimpahkan rezeki pada anda dunia akhirat..

      Padam
  2. perkongsian yg sgt bermanfaat.. nak print and tampal kat dinding lah.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. he2.. bagus.. mula2 baca, pastu hafal.. pastu takyah tengok kertas pun dh ingat dah.. tapi kena buat hari2.. heee

      Padam
  3. Salam, thanx for this sharing..sy hafal untuk anggota wajib ketika wudhu' saje..insyaAllah, try hafal semua dan buat sekali anggota yg sunat.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah kita, teman hafal anggota yang wajib je.. baru yang ni jumpa selebihnya.. takpe.. leh cuba amalkan ..

      Padam
  4. perkongsian yg sangat bagus..terima kasih ya.. :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak, terima kasih berkongsi ilmu berguna .. sheila nak print letak kat rumah :)

    BalasPadam
  6. terima kasih perkongsian ilmunya salam kunjung balas...

    BalasPadam
  7. terima kasih nyk2... sgt bagus info ni...

    BalasPadam
  8. perkongsian yang sangat menarik kak butang :)

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers