Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

27 Ogos 2014

Lirik Lagu Penglipur Lara - Hazama

Lirik Lagu Penglipur Lara - Hazama | 
haaa.. yang ni lagi satu lagu Hazama yang teman suka dengo.. lagu ni rancak.. dan yang bestnya ialah ada pantun kucing kat dalam lagu ni, pastu ada Ikan kekek Mak Iloy Iloy tu pun teman suka.. kih3.. adalah sebab2 nya, mana leh citer.. heee.. apa yang teman nak gitau, memang teman suka sangat lagu-lagu hazama kali nih.. Jom kita dengo jomm.. heee.. Tapi lagu ni takleh Challenge lagu Malaikat tu.. sebab lagu tu sedap bebeno teman dengo.. feeling ajo.. walaupun yang sebenarnya lirik tu SEDIH tauuu.. heee.. nak dengo lagu Malaikat? klik sini--->Malaikat


| Lirik Lagu Penglipur Lara - Hazama |
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Apa nak hairan?
Zaman macam sekarang

Buah Cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak hairan?
Sama di sisi tuhan

Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita ***
Usahlah terasa 
Jangan mudah melatah 

Ku penglipur lara **
Saja nak bercerita **
Usahlah terasa **
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual

Ikan Kekek Mak ilui ilui
Ikan Gelama Mak ilai ilai
Gaya ranggi tiada, Adui!
Apa nak hairan?
Janji cantik perangai

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik pula bercabang tiga
Kalau tak tahu jangan menambah
Apa nak hairan?
Baik lu diam saja

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri
Lihat ke dalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri
Lupa semalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri
Lihat ke dalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri
Lupa semalam
Semalam yang hilang

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual!


Hazama

Album - Penglipur Lara

Lagu - Penglipur Lara

7 ulasan:

  1. sebenarnya lagu ni klo dengar btol2 nasihat kan...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikummm...lama sungguh tak singgah sini. Akak minat gak hazama..terutama lagu kerelakan jiwa..bersungguh-sungguh menjiwai betul kalau dia ni menyanyi

    BalasPadam
  3. Best lah lagu ni...

    BalasPadam
  4. best2x lh lagu hazama nie,sye suka betul*-*

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers