Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 Oktober 2014

AWAL MUHARAM | DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN
Pada 25/10/2014 (Sabtu) ni bermulalah tahun baru Islam buat kita semua yang beragama Islam.. Pada tanggal 1 Muharam 1436 ini marilah kita sama2 berhijrah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.. menjadi insan yang disayangi Allah.. menjadi umat yang soleh dan taat kepada perintahNya.. Moga Awal Muharam kali ini disambut dengan diri kita yang baru dan bersih.. Aamiiinn.. Yarabbal Alamin.. Jom kita buat persediaan untuk menyambut Awal Muharam nanti.. 

PENGENALAN MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Mengingati diri sendiri untuk tidak ketinggalan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.. 
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 

2 ulasan:

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers