Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 Oktober 2014

Kemalangan Ngeri Melibatkan Penunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi di Karak

Takziah pada keluarga mangsa terlibat.sesungguhnya ajal itu atas kehendak Allah, tidak awal dan tidak lewat walaupun sesaat. Maha pencipta lebih mngetahui sesuatu. .. Pada pemandu kereta tersebut beringat la pada pengguna jalanraya yg lain. |

Gombak: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam kemalangan itu.
Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi sebelum tiba lima belas minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.
"Seorang mangsa yang parah sudah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut ditempat kejadian," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 2:11 PM


انّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَاِÙ†ّا اِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَجِعُÙˆْÙ†َ 

بِسْــــــــمِ اٌللَّÙ‡ِ اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْـــــــــم

ِ
Ø£ٌلحَÙ…ْدُÙ„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِ اٌÙ„ْعَÙ„َÙ…ِينَ*

اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ*

Ù…َÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ اٌلدِّÙŠْÙ†ِ* Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُÙˆْدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِÙŠْÙ†ُ*

Ø¥ٌÙ‡ْدِÙ†َا الصِّرَØ·َ اٌÙ„ْÙ…ُسْتَÙ‚ِÙŠْÙ…ُ*

صِرَØ·َ اٌÙ„َّØ°ِÙŠْÙ†َ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِّÙ…ْ غَÙŠْرِاٌÙ„ْÙ…َغْضُبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*

آمِـــــــــين*.

..آمِÙŠّÙ†ْ… آمِÙŠّÙ†ْ… ÙŠَ رَ بَّÙ„ْ عَÙ„َÙ…ِÙŠّÙ†


Allahuakbar.. serius.. masa teman dapat berita ni semalam.. terkejut dan menggigil sangat.. walaupun arwah tiada kena mengena pun dengan teman, malah kami tak mengenali antara satu sama lain pun, tetapi teman turut merasa hiba  mendapat perkabaran kemalangan ngeri semalam.. 

Seperti biasa, kalau berlaku kemalangan berkaitan Motor Berkuasa Tinggi (Superbike) ni, pasti adik beradik serta kenalan rapat akan pm / mesej / call bertanya keadaan teman dan hubby kerana mereka tahu kami memang menggunakan transport itu je kemana-mana.. kecuali kalau dekat-dekat pakai motor kecik aje.. 

Dan mereka menyatakan rasa risau mereka dengan keselamatan kami.. Tapi, bukan nak kata.. kalau Allah dah nak tarik nyawa kita.. kadang tengah baca surat khabar di ruang tamu pun boleh jadi... tahu2 dah tak bernafas.. kuasa Allah semua tu.. walau kita berjaga macam mana pun kalau dah ketentuan ajal kita disitu, terpaksa redha dengan takdir.. 

Namun, teman berasa amat kecewa dengan komen2 negatif segelintir pengguna jalan raya dan pengguna Facebook yang mengomen secara sukahati mereka.. tak pernah memikirkan hati keluarga arwah.. dan tak selidik dahulu cerita sebenar..terus menghukum mangsa kemalangan sebagai punca segalanya berlaku.. 

Teman bukan cakap2 kosong.. sepanjang teman balik kampung menaiki motor dengan hubby teman, pernah beberapa kali di himpit kereta ke tepi, pernah kereta tiba-tiba memasuki lorong kecemasan tanpa memberi signal.. pernah sepanjang lorong motor/kecemasan berderet kereta menggunakan lorong kecemasan itu.. dimana lagi selamat kami nak lalu? di tengah2 pun bahaya, di lorong motor pun tak kurang juga bahayanya.. 

Pengguna jalanraya lain seperti kereta dan lori juga perlu perihatin dengan keadaan sekeliling, jangan secara semberono sahaja membelok ke kiri atau ke kanan sesuka hati.. 

dan paling sedih bila berlakunya kemalangan, Masyarakat banyak menunding jari kepada penunggang motorsikal berkuasa tinggi (hanya kerana berpandukan kepada segelintir sahaja penunggang motorsikal yang kurang berhemah).. 

Sedangkan kebanyakan penunggang motorsikal seperti kami hanya menjadikan pengangkutan itu sebagai keperluan dan kemudahan kami untuk kemana-mana.. bukan tujuan untuk berlumba atau sebaliknya.. malah ada juga yang menubuhkan group motorsikal berkuasa tinggi untuk tujuan beramal.. mungkin ramai yang tidak tahu.. tetapi cubalah buka mata.. jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.. jangan kerana seorang penunggang motorsikal tak berhemah, habis semua kami di anggap pesalah pada setiap kejadian kemalangan.. sudah-sudahlah menghukum manusia kerana kita tidak layak pun untuk memberi hukuman.. 

Apa2 pun.. teman sekali lagi mengucapkan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan ini.. semoga roh mangsa berada dalam ketenangan dan ditempatkan diantara golongan yang ebriman.. Aamiinn.. 

3 ulasan:

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers