Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

08 Disember 2014

RESEPI LAKSAM SEDAP!

Resepi Laksam Sedap | 

Resepi laksam (12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang 
disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye.. kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...
terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..

*kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis..
kuah laksam 6 orang makan
3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..
masukkan baki air rebusan ikan
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana
ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus


resepi dari Facebook..

4 ulasan:

  1. Nanti cuti nak buat. Favourite niii. Aarrrgghhh. Craving dah ni. Sobs

    BalasPadam
  2. ya Allah ya Allahh sedapnyaaaa! nak balik kampunggg!

    BalasPadam
  3. Allah.. sujud syukur kalau ada org nak masakkkan. selalu balik kg kat tg malim, restoran bawah jambatan ketapi.. mmg ohsem laksam dia

    BalasPadam
  4. Sedap nyaaaa....susah nak cari laksam kat sarawak nii...

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers