Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

16 Januari 2015

Kadar harga terkini Passport Malaysia 2015

SHARING IS CARING |
Satu notis arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa kadar bayaran membuat atau memperbaharui passport untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia adalah sebanyak RM200

Kadar bayaran baharu tersebut menyaksikan pengurangan sebanyak RM100 jika dibandingkan dengan kadar harga terdahulu iaitu sebanyak RM300

Dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, pasport untuk tempoh sah selama dua tahun telah dimansuhkan . 

Sehubungan itu, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sahlaku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti lampiran yang disertakan dibawah

Harga baharu ini akan berkuatkuasa mulai 15 Januari 2015
Menurut notis yang sama, bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun dan jemaah haji dikenakan bayaran sebanyak RM100 berbanding kadar asal iaitu sebanyak RM150 .

Sementara itu, bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan tersebut .


KategoriKadar Bayaran
Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahunRM200
Pemohon yang berumur 60 tahun ke atasRM100
Pemohon yang berumur 12 tahun ke bawahRM100
Jemaah HajiRM100
Orang Kelainan Upaya (OKU)Percuma
Sebarang keterangan atau maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan: http://www.imi.gov.my




Credit : My Sumber





Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 




8 ulasan:

  1. haha. teringat kelmarin, kakak ipar nak menangis sbb dah 2 mggu tergendala urusan nak buat passport. en driver bz memanjang sampai frust kakak ipar mengenang anak2 dia dan suami kat luarnegara.

    hikmahnya dpt harga murah. hihi. melonjak dia malam td

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah.. untung lah dapat harga murah.. betul.. ada hikmah kan

      Padam
  2. xde rzki lg nk ke luar ngra..klu ada nti bru leh bt..hehe..mudah2an dpt le nti jejak

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah Zaza.. ome day.. doa banyak2.. hee.. gi Haji ke.. haa.. Aamiinn..

      Padam
  3. Ok.la tu dah murah.. tp still juga x dpt kemana sbb duit x de..hah

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers