Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 Januari 2015

RESEPI NASI ARAB YANG SEDAP!!

RESEPI NASI ARAB YANG SEDAP! |
Salam Jumaat semua.. hari ni teman udah sibuk2 mengumpul resepi untuk dijadikan panduan semasa bulan puasa nanti.. eh! bulan puasa je ke? hari biasa takyah masak la yea? uhuhuhu.. ishhh.. idak le ghopa tu kome wehhh... kena gak masak untuk harian punya.. hu2.. tapi teman ni bukan tiap hari masaknya pun.. sebab sejak ada kedai ni.. nak masak pun terhad.. balik umah je dah terkelam kabut masak.. kadang makan pun lambat.. cian encik hubby kan isterinya lambat bebeno masaknya.. hihihi.. im still practicing my skill hokeh.. teman bukan dari kategori pandai masak tau, tapi yang teman tau.. sebelah hubby miaw memang geng-geng tangan ajaib.. hihihi.. 

So, kalau nak masak apa-apa.. pastikan SODAP yeee.. kalau tak sedapp.. jangan harap le masakan itu akan diulang masak, even ko masak dah ada improvement pun, sekali je hubby dah makan tak sedap.. selama-lamanya dia akan set mind tak sedap.. huwaaaaa.. memang betui2 dugaannn.. dan.. memang betul.. ada masakan yang teman dah malas nak masak sejak hubby tak makan.. heee.. teman just masak yang dia betul2 suka aje.. hu2.. Sib baik banyak gak yang Ok.. so, resepi tu memang teman simpan la.. takkan ubah cara masak dah.. hubby suka car tu, so, buatlah masak guna cara or resepi yang sama.. jangan gatai2 tambah or ubah ye.. dia dapat detect! hihihihi.. 

Untung kalau korang dapat hubby yang tak pandai masak, depa makan je apa yang korang masak.. betul tak? hihihihi.. Tapi.. untung jugak kalau dapat hubby yang pandai masak ni.. kita pun boleh belajo dan jadikan dia Tok Guru kita kan.. teman pun pandai dah buat Western Food pun sebab hubby teman yang rajin buat.. heee.. Untung.. Untung dapat hubby yang pandai masak.. takpelah.. kalau kita masak kureng sedap.. dia leh masakkan untuk kita.. macam nabi-Nabi kita buat kat isteri2nya dulu .. ye tak.. heee.. Opss.. panjang plak menaipnya.. jom tengok Resepi Pilihan teman kali ni lak.. hehehehe.. 
RESEPI NASI ARAB YANG SEDAP!
Bahan untuk nasi:
2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren

Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang

Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Resepi Ayam
1 ekor ayam ~ belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:
3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Caranya:
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.

Resepi Salad:
1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Air Asam:
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan 
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)

Resepi dari Page : Chef Wan


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


1 ulasan:

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers