BUTANG KENA FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Disease) | Sebelum tu meh teman gitau dulu apa itu FLUTD tu.. sebab nanti korang pun tertanya-tanya macam teman dulu gak.. baik ambil tahu sikit untuk ilmu bersama .. ye tak..
FLUTD atau lebih mudah dikenali sebagai batu karang bagi kebanyakan pembela kucing merupakan pembunuh kucing dalam diam tanpa kita sedari. teman pun baru ini 1st time bawak kucen sendiri berubat.. kalau tak.. sebelum ni tau main kucen je.. yang bawak ke klinik selalunya abah.. kecuali si Mata Beso dulu.. teman yang buat rawatan Fisioterapi sendiri kat Mata Beso (hingga Mata Beso dari Lumpuh dah boleh berjalan.. Alhamdulillah) tapi lepas teman dok KL.. Mata Beso dah takde dah..sedih.. Opsss.. sambung citer Butang balik...
FLUTD atau lebih mudah dikenali sebagai batu karang bagi kebanyakan pembela kucing merupakan pembunuh kucing dalam diam tanpa kita sedari. teman pun baru ini 1st time bawak kucen sendiri berubat.. kalau tak.. sebelum ni tau main kucen je.. yang bawak ke klinik selalunya abah.. kecuali si Mata Beso dulu.. teman yang buat rawatan Fisioterapi sendiri kat Mata Beso (hingga Mata Beso dari Lumpuh dah boleh berjalan.. Alhamdulillah) tapi lepas teman dok KL.. Mata Beso dah takde dah..sedih.. Opsss.. sambung citer Butang balik...
Gambar Atas: Gambar semalam (26/2/2015) ketika Butang masih tak sedarkan diri, kena bius , dijangka pukul 6 petang semalam baru sedar.. tapi awal sebelum tu lagi dia dah sedar.. memang cergas budak ni.. kami pun terkejut..
Baru tahu kucen klu kena bius mata nya memang terbuka luas.. ok.. ilmu baru..
Pada 24/2/2015 (Selasa)
Didapati Butang seperti berperangai pelik.. bertinggung di setiap tempat dalam rumah.. teman berasa pelik sangat.. sampaikan dekat kaki teman pun dia nak bertinggung.. selepas tu baru teman faham kenapa butang buat macam tu.. selepas ternampak butang try ke pasir toiletnya dengan begitu kerap.. dan bila diperhatikan.. butang bertinggung lama tapi air kencingnya tak keluar-keluar.. masa tu baru tahu Butang kena FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Desease) atau dalam bahasa melayunya.. Kencing tak lawas..
Teman punya risau mula gigih mencari petua atau untuk mengatasi masalah butang.. Dan terjumpa banyak petua dalam blog2 pencinta haiwan iaitu salah satunya blog Shehren sahadan.. Terima kasih kerana sudi melayan pertanyaan teman.. Ia sangat melegakan..
Teman punya risau mula gigih mencari petua atau untuk mengatasi masalah butang.. Dan terjumpa banyak petua dalam blog2 pencinta haiwan iaitu salah satunya blog Shehren sahadan.. Terima kasih kerana sudi melayan pertanyaan teman.. Ia sangat melegakan..
Pada 25/2/2015 (Rabu)
Teman telah bawa Butang ke sebuah Klinik Swasta untuk check keadaan Butang.. pada masa tu Butang dah mengerang sakit ketika nak cuba kencing.. di klinik Swasta itu Doktor check satu bahagian di perut (pundi kencing) dan berkata bahagian pundi kencing dah keras.. bermakna ada batu karang disitu.. terkejut teman dengar berita tu.. terus tanya kos untuk rawatan.. kira-kira nak dekat RM700 jugak lah.. tapi bila bincang dengan suami.. dengan keadaan kewangan tak mengizinkan bulan ni.. kami prefer untuk bawak ke Hospital Verterinar Kerajaan di Cheras sahaja..
Namun teman minta cadangan dari doktor Klinik swasta itu, kiranya ada cara lain untuk dicuba.. maka doktor beri suntikan dan ubat untuk kencing tak lawas.. pada malam itu, Butang masih tak ada perubahan, masih tak boleh kencing.. ditambah pula dia mula mengeluarkan buih dari mulutnya.. dan sering muntah beberapa kali.. teman menangis tengok dia.. dan akhirnya teman dan suami NEKAD esok pagi nak bawa Butang ke Hospital Verterinar di Cheras tu.. tak kisah lah kena bangun awal pagi, tempuh jam.. asalkan demi Butang kami rela.. sebelum tu kami ada try nak pergi tanya di Klinik Muezza di Setapak.. Namun nasib tak menyebelahi kami.. klinik itu dah tutup masa kami pergi.. memang waktu operasi sampai pukul 7 sahaja..
Pada 26/2/2015 (Khamis)
jam 7.00 pagi kami bergerak menuju ke Cheras.. agak jam jugak masa tu.. bukan jam sikit.. tapi jam banyak.. tapi takpelah.. janji sampai Hospital Verterinar Kuala Lumpur (dekat Cheras )..
Disana kena ambil nombor giliran macam biasa.. selepas tu kena isi satu form (tiap kali datang kena isi tau walaupun kita pernah datang berkali-kali), selepas tu bila nombor dipanggil teman dan suami bawa Butang masuk jumpa doktor..
Butang tak operate semalam just kena masuk urinal catheter & drip untuk keluarkan air kencing dan batu karang (krystal) yang menyekat saluran kencing Butang.. Masa doktor sedut guna picagari tu.. rasa takut nak tengok darah yang keluar tu, sebab budget darah pekat likat.. tapi bila tengok darahnya tak pekat.. teman berani tunggu sampai habis.. Urine (air kencing) Butang ada campur darah tapi darah tu tak pekat sangat.. maybe tak berapa teruk macam sesetengah kes tu..
Alhamdulillah.. lega rasa sebab bukan kes yang teruk sebab teman cepat sedar Butang kena FLUTD dan cepat bawa ke Klinik.. tQ gak buat hubby miaw tersayang.. sebab sama-sama bawa Butang gi menjalani rawatan segera.. Alhamdulillah.. syukur.. nasib baik dia pun CatLover.. kalau tak.. keseoranganlah teman uruskan semua..
Cat Catheters yang dimasukkan ke kemaluan Butang untuk sedut air kencing Butang yang tersekat dalam Pundi kencing tu..
Masa nak masukkan tiub(Cat Catheters) dekat kemaluan dia, doktor try banyak kali nak sedut keluar air kencing Butang tapi susah sangat.. rupanya saluran kencing dia di block,dengan serpihan batu karang kecik-kecik, teman dah risau masa tu.. tapi akhirnya berjaya gak sedut semua air kencing termasuk darah, Alhamdulillah.. Doktor kata tiub bole buka hari selasa ni, siap kena jahit bahagian bawah tiub tu, bukan letak ajer..
Masa jahit tu, Butang yang dah di bius boleh mengerang.. bayangkan.. dah dibius pun dia boleh mengerang.. maknanya sakit sangat tu kan.. Ya Allah.. masa tu teman nak menangis dah..
Lepas dah settle semua.. Doktor bagi saranan lepas ni bagi Butang makan Premium Food jenama Royal Canin je untuk Butang sebab hanya ini yangs esuai dengan Butang, kalau bagi makanan yang tak sesuai berkemungkinan peratus untuk kena FLUTD akan berulang lagi.. So, kalau sayangkan Butang, kenalah berkorban duit sikit.. kan.. i love Butang.. Harga untuk 1.5kg Royal Canin S/O kalau beli dekat Hospital Verterinar Cheras tu, murah sikit.. dalam RM59.. tapi kalau kat klinik luar.. mahal.. mungkin ada yang murah tapi kena pandai cari klinik la kan.. teman tak jumpa lagi yang murah.. Tapi Doktor kata, Butang kena makan dalam 4 bungkus Royal Canin S/O ni, pastu baru leh tukar yang Royal Canin yang biasa dan murah sikit tu.. sebab nak bagi Butang sembuh betul-betul..taknak sakit Batu Karang mai lagi kan..Oh..tidak..
Haaa.. pastu kami pun gi bayar dan ambil ubat.. banyaknya ubattt.. teman dah gigil dan risau taktau macam mana nak bagi Butang makan ubat-ubat ni.. fdah le kena pastikan Butang banyak minum air lak tu.. kena makan dulu baru leh bagi makan ubat .. adoi.. dugaan dan pengalaman buat teman..
Semuanya berjumlah RM200 sahaja.. Alhamdulillah.. tak melebihi budget kami.. yang penting Butang cepat sembuh.. teman dengan tegasnya takmau buka colar kon kat kepala Butang tu sebab takmau butang jilat tiub kat anu dia tu.. seriau teman .. kang tercabut tiub tu kang.. jenuh..
Gambar Butang tengah mamai lagi ni..
Ni pun mamai mamai gak.. hebat betul kesan ubat bius tu.. kesian plak nengok Butang..
Ni gambo adik yang selalu je dok depan cage ni.. dia tenung je Butang tu.. rindu nak bermain sama kot.. cian adik.. kawan bermanja dia tengah tak sihat tu.. sabo ye dik.. nanti abang Butang sihat leh main wrestling sama-sama balik ye.. =P
Tengok.. punya dia setia menunggu abang Butangnya.. sampai terlelap atas cage tu.. alahai.. sweett
Yang si Oyen ni lak.. time ni nak manja-manja.. mentang-mentang Butang tak sihat.. dia pun tayang manja dia depan Butang.. hohoho.. macam-macam ragam depa ni..
Aloh.. dah kepenatan dok dalam cage.. mula la duduk macam macam posisi Butang ni ha.. kesiaaan.. Butang tak biasa dan tak pernah dikurung.. dah tentulah rasa tak selesa kan.. kita pun tension kalau asik terkurung.. betul tak?
Alhamdulillah.. malam tadi Butang dah start makan dan minum.. syukur sangat-sangat.. baru rasa lega sebab hari ni dah start kena bagi ubat dekat Butang.. so, memang harap Butang makan dan banyak minum.. supaya ubat tu leh lancar dalam perut Butang..
Butang memang budak yang baik.. syukur.. dia tak banyak ragam.. senang jaga dia.. semalam lepas bawak balik rumah.. kami bergilir-gilir jaga.. alahai.. tak sangka hubby miaw2 sangat2 perihatin dnegan Butang ni.. memang sangat2 perihatin.. kadang nampak lebih perihatin dari teman.. cuma kadang papa nya terlebih manjakan Butang sangat.. sampai tak bagi pasangkan Colar Kon tu kat tengkuk butang.. takut Butang tak selesa..
lahaiii.... manjanya Butang ni..Untung kamu dapat papa camni.. huhuhuhu..
Note 1 :
Syok gi hospital verterinar cheras semalam.. semua tuan kucing sangat peramah.. tunggu lama pun tak rasa apa sebab banyak pemandangan cantik cantikk.. kucing lah apa lagi.. Hari SELASA (3./3/2015) kami kena bawa Butang ke sana lagi untuk buka jahitan dan tiub pada anu Butang tu.. dengar citer kali ni takde bius.. boleh ke Butang tahan? Ya Allah.. permudahkanlah..
Note 2 :
Untuk elak Butang Jilat atau risau terbuka tiub kat anu dia tu.. doktor suruh pakaikan Colar bentuk kon tu.. tapi.. alahai.. dalam pengsan pun dia boleh buka.. inikan pulak dah sedar.. jenuh nak sarungkan balik.. pandai je dia buka.. tak selesa kot..
Note 3 :
Buat yang ada bela kucing.. nanti teman share dengan korang apa simptom FLUTD dan apa penyebabnya.. teman share jugak nanti bagaiman prosedur nak rawat kucing kesayangan di Hospital Kerajaan yang teman hantar Butang ni..
Note 4 :
Terima kasih dekat Ain dan Fauzi (pencinta kucen jugak.. jumpa masa kat vet semalam) yang sangat-sangat baik hati pinjamkan kami Cage untuk bagi Butang tidur dengan selesa dalam kereta semalam (26/2/2015-Khamis) .. hehehe.. kucen diorang nama Baby.. hidung hitam macam kucen teman yang bernama Adik tu.. hihihi.. comeyyy
ENTRI BERKAITAN :
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja,
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt..
KLIK
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt..
KLIK
klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page