Resepi Puteri Ayu Cheese |
Aduhaiii.. gebu gilerrrr kottt.. nak try buat lah.. huhuhu.. bila nya entah nak buat ni.. takpe.. macam selalu, tepek dulu resepi.. kekekeke.. dah buat nanti teman tunjuk yea camne ropa nya.. jadi ke tidakkk.. hahahaha.. my lovely kakak ipar (kak intan) pandai buat ni.. sangat2 cantik dan menyelerakan! huhu.. mak teman pun suka ni.. tapi mak suka yang kaler hijau tu.. taruk kelapa.. setiap kali bulan puasa, mesti mak suruh beli kat bazar ramadhan kuih ni.. mak panggil ni kuih hijau.. sebab kaler dia warna hijau.. hahaha.. ni baru tahu nama dia Puteri ayu rupanya.. hihihihi.. jom tengok resepinya..
Resepi Puteri Ayu Cheese
Bahan-bahan
Resepi Puteri Ayu Cheese
Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 sudu kecil ovellete
Pewarna ikut suka
perisa ikut suka kalau nak letak ( x letak pun xpe)
Cara-cara:-
1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lagi.
2. masukkan tepung, susu cair ..pukul lagi hingga sebati,bahagikan kepada berapa bahagian(ikut suka)letak warna,kacau sebati
3. isikan cheese dalam acuan,kukus sebentar agak agak dalam 2-3 minit, selepas itu letak adunan dan kukus lebih kurang 10 minit atau sehingga masak dengan api yang sederhana.
Bahan utk cheese
250 cream cheese
2 sudu besar gula castor
25ml air
1 sudu besar susu cair
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:-
Satukan semua bahan pukul(mixer) hingga sebati,,,,siap
**sapukan minyak pd acuan dulu **
Resepi/gambar dari :
Suriani Osman
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Padamakak ni kalu benda yg ada cheese msti suke nyer...
BalasPadamganti bhg putih yg pakai kelapa ngn cheese ek