Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 November 2015

Surah Al-Waqiah | Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia & Akhirat

Surah Al-Waqiah | Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia  & Akhirat


Salam Jumaat buat semua.. disini teman nak share lagi satu buku yang amat sesuai ada untuk setiap rumah.. yea.. buku ini mengenai Surah yang patut kita amalkan setiap hari selepas solat Isyak.. Amalkan.. kalau boleh hafal.. hafal terus.. semoga ia menjadi amalan yang tak pernah ditinggalkan sampai bila2.. ada khasiat dan kelebihan membaca Surah Al-Waqiah ini.. silalah baca yea kelelbihan2nya dibawah ini..

Allah menepati janjinya apabila kita tidak mengingkarinya. Oleh itu, laksanakan pesanan nabi yang menganjurkan kita membaca surah al-Waqiahpada waktu malam. Sesungguhnya, surah itu mengandungi kelebihan yang dahsyat bagi memudahkan kita mencari rezeki.

Prakata
Bab 1: Pendahuluan
Kelebihan-kelebihan Surah di dalam Quran
Surah al-Fatihah
Surah al-Baqarah
Surah al-Kahfi
Surah Yasin
Surah ad-Dukhan
Surah al-Waqiah
Surah al-Waqiah Termasuk Surah Makkiyah
Asbabun Nuzul Surah al-Waqiah
Persoalan-persoalan

Bab 2: Maksud Surah al-Waqiah
Sekilas Berkenaan Kandungan Surah-surah
di dalam Quran
Al-Waqiah, Surah yang ke-56
Hubungan Surah al-Waqiah dan Surah al-Hadid
Menjelaskan Mengenai Kiamat
Pedihnya Neraka dan Nikmatnya Syurga
Keistimewaan Surah al-Waqiah

Bab 3: Membaca Surah al-Waqiah Menjauhkan Kefakiran
Beribadah dan Berusaha
Kekuatan Spiritual Memudahkan Rezeki
Membacanya Setiap Malam
Jumlah Bacaan
Istiqamah
Pasrah pada Tuhan

Bab 4: Menyingkap Keajaiban Ayat-ayat dalam Surah al-Waqiah
Simbolisme Tafsir dan Takwilnya
Kekuatan Batin dalam Surah al-Waqiah
Iktiraf dan Qanaah
Mengamalkan dengan Khusyuk
Menyingkap Diri
Terapi Logik Mengenai Keseimbangan dan Ketenangan

Bab 5: Pemahaman Batin Surah al-Waqiah
Mendekatkan Diri pada Allah
Bibir Berucap, Fikiran Mengingat
Reaksi Usaha
Keseimbangan Emosi dan Spiritual
Motivasi Diri dan Amalan Spiritual
Mempertahankan Keyakinan dengan Amalan Spiritual

Penutup
Bibliografi

Al-Waqiah, Surah yang ke-56
Di dalam Quran, surah al-Waqiah berada pada kedudukan ke-56 iaitu selepas surah ar-Rahman. Namun asbabun nuzul menjelaskan, surah al-Waqiah diturunkan selepas surah Taha. Ia dinamakan surah al-Waqiah yang bermaksud ‘hari kiamat’ kerana di dalamnya banyak memceritakan perihal kiamat.

Kandungan utama surah al-Waqiah adalah penjelasan berkenaan terjadinya hari kiamat, gambaran syurga dan neraka, serta perihal orang yang banyak melakukan kezaliman dan keingkaran. Tidak ketinggalan juga ia mengandungi maklumat mengenai orang yang beriman. Dalam penjelasannya yang lebih terperinci, ia menerangkan manusia terbahagi kepada tiga golongan pada hari akhirat iaitu:
Golongan yang segera melakukan kebaikan.
Golongan kanan iaitu orang yang beriman.
Golongan kiri iaitu orang yang mengingkari Tuhan.

Surah al-Waqiah menjelaskan, golongan orang yang segera melakukan kebaikan adalah golongan para nabi yang selalu bersegera mengamalkan ibadah kepada Allah dengan penuh tawaduk. 
Golongan kanan pula adalah orang yang soleh iaitu mereka yang bertindak sesuai dengan tuntutan Quran. Ahli tafsir Quran menggambarkan golongan kanan sebagai ashabul yamin atau ashabul mujahadah iaitu orang yang berjihad, orang yang mahu berjuang dan sabar dalam menanggung penderitaan.

Golongan kanan memperoleh kemenangan walaupun mereka ditimpa pelbagai ujian dan kegelisahan. Mereka menyedari kehidupan ini adalah ujian dan ia penuh dengan penderitaan. Kelak, mereka pasti mendapat balasan kebaikan daripada Allah. Mereka melalui semua ujian dengan penuh kerelaan dan keikhlasan seperti Nabi Muhammad yang sering menerima ujian, namun beliau tetap ikhlas dan sabar.

Golongan kiri adalah orang yang mendustakan ayat-ayat Quran. Dengan demikian, mereka adalah orang yang sesat. Mereka mengingkari kebenaran yang datang daripada Allah dan mendustakan agama tauhid. Mereka termasuk dalam golongan orang yang sesat. Mereka mengingkari apa yang sebenarnya dipandang benar oleh hatinya hingga segala kebaikan terasa seperti duri yang menyeksa diri. Inilah manusia sesat yang mendapat balasan neraka pada hari kiamat kelak.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



3 ulasan:

  1. nice sharing sis... buku yang baik... sub bab pun tajuk yg best... insyaaAllah jd amalan kita....

    BalasPadam
  2. singgah jumaat
    perkongsian yang menarik

    BalasPadam
  3. sy pun ada buku ni memang suka baca...=)

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers