Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

18 Disember 2015

Doa dan Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Hubby Tersayang!

Doa dan Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Hubby Tersayang! |
Assalammualaikum.. hari ni teman curi-curi masa sikit nak update sikit entri Ucapan Selamat Hari Lahir ni.. Ucapan ini ditujukan untuk Hubby teman yang akan menyambut Hari Lahirnya pada 27 Disember 2015 ini.

Haha.. Sengaja Up Entri ni awal-awal coz teman asyik jadi Orang kedua, Ketiga ke 100 aje bila tak wish awal-awal macam ni.. tau nape?? sebab zaman teknologi ni.. Facebook contohnya.. belum tepat jam 12 malam esoknya, udah ada orang komen in advance.. Happy Birthday to you kat Facebook tu.. haaaa.. mentang-mentang kome dapat Notification awal yea... laju je semua nak komen Happy Besday yeee...  pastu teman ni jadi orang yang ke 100  wish.. wahahahaha..
Yelah.. dalam satu minit ramai bebeno yang wish Happy Birthday ke dia(friend dalam list FB)
So, untuk menjadikan im the one n Only yang wish Besday dia paling awal.. ini lah caranya.. kih3.. Opsss.. apa kau melalut ni ha labuuuu..??? hahaha.. Ok Ok ..

Nak ucapkan Happy Birthday buat MyLoveMiawSKY hubby tersayangku yang mungkin satu hari akan baca entri ini.. heheheh(sebab tau dia memang suka skodeng blog teman!!) Skodeng je kojer dia yea.. haha.. Baca SINI SINI dan SINI



VIDEO : DOA SELAMAT HARI LAHIR
Jom baca doa ini.. ditujukan untuk hubby teman, tapi doa ini boleh juga ditujukan buat orang-orang yang korang sayang jugak..Teman share dari blog khalifah-luahanrasa.blogspot.my

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran orang tersayangku ini, Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun2 sudah.Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah,banyak,berkat dan direstuimu Ya Allah.Jauhkanlah dia dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga. 

Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga. 

Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itumudah.Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya.Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya. 

Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik,terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu,Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu. 

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari dirinya dengan cahaya Nur Mu dalam hatinya,telinganya,matanya,kiri kanannya,mukanya,belakangnya,atas dan bawahnya,urat sarafnya,dan pada darahnya,serta dagingnya,rambutnya dan lidahnya..kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Ya Allah,Ampunilah segala dosa2 nya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman2 nya dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa. 

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukmin/mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya. 

Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan,kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada orang tersayangku ini di dunia dan akhirat.Kau Jadikan dia hamba yang beriman,bertaqwa,beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak.Jadikanlah dia sebaik2 lelaki/wanita iaitu lelaki/wanita yang soleh/solehah seindah hiasan di dunia ni.Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal 'Alamin. 

Juga diucapkan Selamat hari Lahir Buat sahabat Alam Maya teman iaitu Zaza yang menjadi rakan chatting2 dan care selalu.. Selamat hari lahir yea.. Semoga dimurahkan rezeki buat Zaza tau.. tak kira dalam apa jua yang zaza lakukan.. Aamiinnnn.. DANNNNNNN... 

SELAMAT HARI LAHIR JUGA BUAT SEMUA YANG MENYAMBUT HARI LAHIR...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT.. AAAMIINNN.. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 
Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 
Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



2 ulasan:

  1. selamat hari lahir.moga bertambah rezeki dan kesihatan yg baik

    BalasPadam
  2. tp ni awal bebenor wish nya TB...haha...ok la..disebabkan taku terlupa, sya pun wish happy birthday kat hu bby Tb ye..semoga segala impian yg baik-baik akan ditunaikan ..amiinn.... :)

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers