Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

12 Februari 2016

ALFATIHAH BUAT SYED AMIN (AMIN BEYOND)

ALFATIHAH BUAT SYED AMIN (AMIN BEYOND) |
Kejadian mengejutkan semalam benar-benar buat semua yang menyokong arwah sebelum ini berasa terkilan dan berasa seperti ada dalang dalam kes pembunuhan ini.. ramai yang berteka-teka adakah ia bersangkut paut dengan kes arwah yang pernah mengamuk di Cawangan JPJ Batu Uban di Gelugor kira-kira jam 4.45 petang pada 26 November .. Manakala arwah juga ada memuat naik status seolah-olah arwah tahu yang dia akan mati dengan cara yang sama seperti gambar yang di post di wall Facebook beberapa minggu yang lepas..  
ALFATIHAH BUAT SYED AMIN (AMIN BEYOND) |
Teman ikuti juga kisah Arwah ni dari kes arwah mengamuk di JPJ hari tu.. Tapi tak pernah terfikir yang kisah arwah akan berakhir jadi begini sekali.. Teman menunggu juga apa kesudahannya kes saman yang arwah kena bayar jugak tu walaupun bukan dia yang guna kereta yang sepatutnya dah tak wujud tu.. tetapi akhirnya persoalan tidak terjawab apabila arwah telah pergi buat selama-lamanya.. 

Hilang seorang lagi pejuang kebenaran yang berani seperti arwah. Semoga sesiapa yang terlibat dalam kes pembunuhan arwah Syed Amin (Amin Beyond) mendapat balasan yang sepatutnya.. Walaupun pada hakikatnya kita semua tahu.. pasti kes ini akan lenyap dan senyap macam tu je nanti.. kita tengok jelah apa akan jadi nanti.. yang pasti.. kalau terlepas di dunia.. di akhirat nanti semua yang terlibat dalam kes ni akan mendapat pembalasan yang sepatutnya.. 

Al-Fatihah buat Syed Amin (Amin Beyond).. Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan takziah buat seluruh keluarganya.. untuk sesiapa yang belum tahu tentang kes arwah ni.. boleh baca di bawah ni yea.. 


GEORGE TOWN: Seorang pengusaha nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kereta maut apabila ditembak di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi (11/2/2016-3.30am) Astro Awani .

Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditembak daripada jarak dekat di dalam kereta kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah maut serta merta selepas terkena lima das tembakan di kepala dan badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, suspek juga melepaskan sedas tembakan ke arah dua orang anggota RELA yang mengawal premis tersebut, namun tidak mengenai mereka.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan juga sedang dikenalpasti.

Hasil semakan, Syed Amen amin sebelum ini pernah menjadi viral di laman sosial apabila beliau dipercayai mengamuk di pejabat JPJ dan sedang menanti perbicaraan berhubung kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November lalu. -

---------------------------------------------------------------------------------

KES YANG PERNAH MENJADI VIRAL TAHUN LEPAS

Video enam minit yang menjadi viral akhir tahun lalu menunjukkan Syed Amin Jainul Abidin, 46, berada di luar cawangan JPJ, tidak puas hati apabila tidak dapat memperbaharui cukai jalan untuk keretanya walaupun mendakwa semua dokumen sudah disediakan. 

Syed Amin, yang menguruskan sebuah restoran nasi kandar dan pusat cuci kereta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di George Town pada 31 Disember,dengan mengucapkan kata-kata kesat dan berkata “You all semua makan rasuah” kepada pegawai JPJ Asymal Mansur, 41, . 

Kejadian didakwa berlaku di luar lobi cawangan JPJ Batu Uban di Gelugor kira-kira jam 4.45 petang pada 26 November. 

Syed Amin, dari Jalan Tun Dr Awang Bayan Lepas, menjawab 'ya' apabila ditanya sama ada dia memahami pertuduhan terhadapnya. Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya. 

Peguam Syed Amin, Rosli Ismail berkata anak guamnya memiliki beberapa buah kenderaan dan mendapati dia tidak dapat memperbaharui cukai jalannya. "Saya kemudian menasihatkannya pergi ke JPJ untuk menyiasat mengapa cukai jalan kenderaannya tidak dapat diperbaharui. "Apabila dia pergi ke JPJ, pegawai di sana memberitahunya bahawa salah sebuah daripada kenderaan itu telah ditempah pada tahun 2013 di Baling, Kedah, dan kenderaan yang sama juga telah disita oleh JPJ pada tahun 2003," katanya. Majistret L. Umma Devi membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Februari depan untuk sebutan semula kes penyerahan dokumen. 

Syed Amin mati ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal di Jalan Datuk Keramat selepas diekori dua lelaki. Beliau telah ditembak dua kali di kepala, dua kali di dada dan sekali di lengannya. Syed Amin didakwa menerima beberapa ancaman bunuh sejak kebelakangan ini.
------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



4 ulasan:

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers