Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

10 Februari 2016

Kisah Adik.. Buah Hati Oyen Dan Butang (repost)

Shiro a.k.a Adik (sebab dia paling kecik daripada kucen2 lain dalam umah)
(gambar hari 1st dibela 7/2/2014)

Entri ini 2 tahun yang lepas semasa mula pelihara Adik.. Sengaja teman repost di sini kerana entri yang ni sebenarnya ada di blog kucen teman iaitu Kucen Kucen Belog tu.. Teman taknak terlepas pandang entri yang ni, maka eloklah teman letak entri tentang Adik ni di blog tengkubutang juga.. moga jadi kenangan buat teman sampai bila-bila..  jemput baca entri ini sewaktu teman mula-mula pelihara Adik.. 

Hai.. hari ni teman nak citer pasal kucen baru teman ni, baru tak baru la jugak.. Start bela Shiro a.k.a Adik pada 7.2.2014 .. Masa tu my kakak ipar buat mee kari kat umah dia, so, dia jemput makan .. Chef nya di import dari Taiping, Perak.. hihihi.. sape lagi.. my lovely mother in law (MIL) la yang memasak mee kari special tu.. sedappp... haaa.. pada hari tersebut gak lah.. 

Thah day my SIL tunjuk kucen ni.. masa tu kucen ni taktau gi mana.. dah menghilang kata my SIL.. cari punya cari pastu baru jumpa.. ada kat dalam kotak luar beranda rupanya.. lor.. kesian sangat2.. kesejukan dia..tak aktif (seperti gambaran my SIL sebelum tu yang kucen tu suka lompat2)..  tapi lain pulak masa kami jumpa dia dalam kesejukan hari tu.. memang keras semacam je badan dia,ingatkan dah mati.. Alhamdulillah.. kami sempat selamatkan dia dari mati kesejukan..
Pastu teman amik kucen ni bagi dia tuala dan balut badan dia.. sambil tu letak celah peha nak bagi dia rasa kepanasan haba ibarat dipeluk la kann.. kesian sgt2.. menggeletar dia.. 
Tau ke nape dia basah kuyup tu? hu3.. sebab anak SIL mandikan kucen waktu malam tu.. dua kali dia mandikan kucen yang kecik sangat masa tu.. niat dia sebab nak buang kutu2 kat badan kucen tu.. tapi dia tak keringkan bulu kucen tu.. kucen tu pulak tak pandai lagi nak jilat2 bulu dia.. maka dibiarkan macam tu jea dalam kotak.. kesejukan diluar beranda.. huk3.. 
Bukan salah anak SIL la kan.. sebab dia budak lagi.. dia mana tau menda2 camni kan.. teman pun pernah lakukan perkara yang sama gak masa budak2 dulu.. yelah.. niat kita baik, tapi cara kita tu kita tak tau apa kesannya... anak SIL tu sayang sangat kat kucen.. cadangnya diorang nak bela kucen ni, tapi disebabkan SIL teman takut kucen (fobia sebab pernah kena cako) maka kucen tu diberi ke kami.. 
hihihi.. maka bertambahlea kucen kami.. sekarang dah jadi 3 ekor.. ngeh3.. takpe..kami suka kucen.. haaaa.. lagi satuu.. teman masa mula2 nak terima tu agak keberatan gak tau, sebab teman ni just terima kucen jantan aje.. yg betina takmau.. sebab nanti beranak kang jenuh lak nak cari tuan kucen untuk anak kucen tu.. umah kami pun umah apartment .. tak sesuai kot bela ramei2.. kang berbau asyemm umah ni.. hu3.. 
Lagi satu nak citer ni, teman cukup risau masa mula2 bela tu, sebab taktau lagi jantina dia.. sebab kecik lagi kan.. tapi lepas dah semakin membesar.. baru teman tau jantina dia.. yess.. kucen jantan rupanya.. 

heee.. hari tu ada tanya kat blogger Aby kucen teman ni jenis apa.. teman pun baru tau ni jenis siamese.. err.. betul ke Aby? hu3.. 
Apa2 pun teman happy dengan Shiro ni, sebab dia pandai berak kat tempat yg disediakan.. tak kencing merata dan manjaaa sangat2.. tiap2 malam tido atas kepala teman.. mcm gambo atas ni.. hahahaha.. 
Punya banyak tmpt luas.. tmpat sempit tu jugak dia nk masuk.. kan dah tersepittt.. aigooo
Gelagat Shiro a.k.a Adik bersama si Oyen..
Gambar Shiro Terkini.. udah gemokssss

Sekiann... Note disini.. ada Setengah Gambo-->extract from Google

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



2 ulasan:

  1. suka juga ngan kucing tapi xleh bela sebab takut tak terbela nanti...kami kerap juga keluar pun...

    BalasPadam
  2. Comelnyaaaaaa :D Uish geram tengok <3

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers