Gambar lama, Anniversary ke 2 tahun lepas (2013).. | Masa ni muka kami serabut giler sebab tengah bertungkus lumus siapkan kedai.. kenangan abadi buat kami apabila kakak ipar dan abang ipar yang datang buat surprise sambut Anniversary kami.. Sedangkan kami sendiri pun boleh lupa kerana sibuk dengan hal kedai.. tq Kak Ina dan Abg Ma..
Hai.. hari ni genap 4 tahun teman dan encik suami melayari hidup bersama.. dan pada tanggal 10 Mac 2012 kenangan saat cincin nikah disarungkan di jari manis masih terbayang dimata.. kenangan yang tidak akan dilupakan hingga akhir hayat..
Terima kasih buat suami tersayang kerana telah memberi pelbagai ilmu dan kasih sayang kepada teman sepanjang kami hidup bersama.. Perkenalan yang membawa kami ke jinjang pelamin dan sehinggalah sampai ke tahap ini, diduga dengan pelbagai dugaan namun kami tetap teruskan mengenali hati budi masing-masing walaupun setelah berkahwin.
Semoga kasih sayang kami berkekalan hingga akhir hayat, hingga hujung nyawa.. abadi selamanya.. Aamiinn.. Aamiin.. Aamiin.. Yarabbal Alamin..
Happy Anniversary hubbymiaw.. Happy Anniversary jugak buat Full Throttle Accessories yang menyambut Ulangtahun ke 2 hari ini.. 10 Mac 2016..
Kebetulan 10 Mac juga adalah tarikh pembukaan kedai kami Full Throttle Accessories (FTA), ini adalah tahu kedua bagi FTA .. Semoga perniagaan kami bertambah maju dan berkembang sehingga dapat mengubah masa depan kami akan datang.. Moga Allah permudahkan segalanya..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Alhamdulillah.. Skjap je dh 4thn. :) happy anniversary kak.. :)
BalasPadamtq mimi.. Alhamdulillah.. kan.. kejap je 4 tahun
PadamAlhamdulillah, sweet couple, cantik tuan tanah ni:) happy anniversary, moga bahagia dunia akhirat dan success.
BalasPadamAlhamdulillah.. tq Babypose
Padamtahniah !
BalasPadamhapy eniberseri kak. semuga berseri-seri hari-hari :)
BalasPadam